Thursday, August 16, 2012

Sayang vs Benci – Bahagian 2

Kelibat Luqman Hakim dan Muhammad Irsyad dilihat oleh beberapa orang sahabat Irsyad yang bertugas berdekatan dengan pintu masuk utama kampus.

Mereka menyangka Hakim merupakan adik Irsyad, jadi tidak hairanlah Irsyad boleh keluar makan sekali bersama keluarga.

Namun, dalam ramai “committee” yang bertugas, ada yang tidak berpuas hati dengan Irsyad kerana dianggap “curi tulang”.

Wednesday, August 8, 2012

Sayang vs Benci – Bahagian 1

Hari ini merupakan hari pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru bagi kemasukan ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2011/2012.

Luqman Hakim merupakan salah seorang pelajar baru bagi program asasi perubatan. Dia berasa sangat gembira kerana impiannya untuk menjejakkan ke kaki universiti Islam menjadi kenyataan.

Namun, ada perkara yang lebih menggembirakan dia ialah dia bakal bertemu insan yang bernama Muhammad Irsyad, selama ini dia selalu berhubung sebelum ini yang banyak membantunya dalam proses persediaan untuk pendaftaran bagi hari ini.