Tuesday, August 23, 2011

Siapakah Itu Orang Yang Muflis?

قول صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لأصحابه: {أتدرون من المفلس؟ قالوا: المفلس من لا درهم له ولا متاع, فقال: إن المفلس من أمتي من يأتي يوم القيامة بصلاة وصيام وزكاة، فيأتي وقد شتم هذا, وقذف هذا, وأكل مال هذا, وسفك دم هذا, وضرب هذا؛ فيعطى هذا من حسناته، وهذا من حسناته؛ فإن فنيت حسناته قبل أن يقضى ما عليه، أخذ من خطايا من ظلمهم فطرحت عليه ثم طرح في النار

Maksudnya:  Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam bertanya kepada para sahabat, "Tahukah kamu siapakah itu orang yang muflis?", para sahabat menjawab, "Orang yang muflis ialah orang yang tidak ada dirham, atau tidak ada harta kepunyaan".

Sabda baginda: "Sesungguhnya yang muflis daripada umatku, dia akan datang pada hari Qiyamah dengan solat, puasa dan zakat. Dan dia datang dengan dia telah mengutuk yang ini, dan dia telah menuduh zina yang ini, dan dia telah makan harta yang ini, dan dia telah menumpahkan darah yang ini, dan dia telah memukul yang ini. Maka diberikan yang ini daripada kebaikannya dan yang ini daripada kebaikannya. Maka jika habis kebaikannya sebelum diselesaikan apa yang ada terhadapnya, diambil daripada kesalahan-kesalahan mereka dan dicampakkan ke atasnya. Kemudian dia dicampakkan ke neraka”

- Hadis sahih riwayat Imam muslim, hadis no 2581 -

Tuesday, August 16, 2011

Tarikh Nuzul Quran : Satu Perbincangan

image

Oleh: Dr. Ahmad Najib bin Abdullah Al-Qari

Nuzul Al-Qur’an merupakan satu peristiwa penting berhubung sejarah Al-Qur’an itu sendiri. Justeru, ia mendapat tempat khusus dalam karya-karya Ulum Al-Qur’an (Ilmu-ilmu berkaitan Al-Qur’an ). Tumpuan diberikan untuk menjelaskan hakikat nuzul dan tahap-tahap penurunan Al-Quran.

Al-Syaikh Muhammad Abd Al-‘Azim al-Zarqani ada menyatakan bahawa Nuzul al-Qur’an adalah asas keimanan terhadap al-Qur’an itu sendiri dan juga keimanan terhadap Nabi SAW.[1]