Wednesday, December 28, 2011

Indahnya Sebuah Persahabatan Sejati…

Pertama sekali, coretan ringkas ni tertulis dalam keadaan aku menikmati hot cup tea bersama twiggies, dalam bilik hotel Flemnington, Taiping yang sejuk ni. Hehe.. Bercuti bersama keluarga tercinta di sini. Bukan selalu cuti-cuti 1Malayisa ni. huhu..

Kedua, aku pun tak faham kenapa aku pilih tajuk ni bagi coretan kali ini. Huhu. Ayat tak ketahuan. Tak mengapalah… Itu soal lain. Tajuk memang penting, tapi kandungannya jauh lebih penting!

Saturday, December 24, 2011

Masa: Tak Cukup Atau Kurang keberkatan?

Pertama sekali, ingin dimaklumkan bahawa artikel ini ditaip ketika saya berada di atas bas, dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Perlis. Dek ‘kesesakan’ lebuh raya utara selatan yang menyebabkan trafik menjadi perlahan, terasa diri ini sukar pula untuk melelapkan mata walau agak letih pada hari ini. Cuma lambat post sebab tak ada broadband ke wireless connection dalam bas ini. hehe..

Baiklah.. kembali kepada perkara asal. Saya pernah diajukan dua soalan yang berkait rapat dengan tajuk artikel ini.

Thursday, December 22, 2011

Bingkisan Ringkas Buat Calon PMR 2011….

download

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh…

Pertama sekali, selamat datang ke alam persekolahan menengah atas bagi tahun 2012 yang bakal menjelma kepada calon PMR 2011.. Mungkin kehangatan keputusan peperiksaan PMR yang baru diterima itu masih terasa bagi semua calon.

Sudah pastinya ada yang bergembira dengan kejayaan yang dicapai, rasa biasa sahaja atas keputusan yang dianggapnya biasa dan sudah pastinya ada juga yang sedih dan kecewa kerana tidak memperoleh keputusan seperti apa yang diimpikan.

Tuesday, December 13, 2011

Jangan Berbicara Tentang ‘Politik’!

image

Ada seorang sahabat mengungkapkan kata-kata yang lebih kurang begini: “Tak best la ‘post’ benda2 yang tak ada kaitan dengan kita ni kan. Rasa tak ada guna je!”. Tatkala aku membacanya, aku masih terfikir, apa maksud tersirat daripada apa yang dikatakannya?

Aku meneka dia maksudkan ‘politik’. Aku bersikap ‘diam’ dan tidak komen apa-apa, hanya tengok komen orang lain. Sehingga ada seorang berkata, “Isu semasa kenalah ambil tahu. Jangan hidup umpana katak di bawah tempurung”. Komen itu membuka ‘pekung’ sebenar apa ‘motif’ post berkenaan apabila dia membalas “Ya la, tapi tak naklah isu yang boleh memecah belahkan kita kan...tak nak isu sensitif la”.

Tambahnya lagi, “contoh yang paling ketara adalah politik. Well.. semua orang ada pendapat masing2. Tapi jgn sampai sebab benda macam ni kita boleh bergaduh. Jangan sampai orang melayu sendiri berpecah belah dan bangsa lain asyik ketika melihat kita”.

Sunday, December 11, 2011

Soal Jawab: Tak Pakai Tudung Masuk Neraka?

image

Soalan
Salam abg. ni ade satu bnde musykil. betul ke org yg xpakai tudong confirm masuk neraka?

sye ade tegur sorg pompuan ni. gewdikss la. hehe ni ha die post .
"ko pikir pompuan x pkai tdung,xd adat ker?ko pikir pompuan seksi,x smbhyang ker?ko pikir pompuan melepak,xd maruah ker? heah pompuan ad batas jgak.."
then sy pon tegur la.
"Perempuan yg pakai tudung tak semstinya masuk syurga,
tapi yg tak pakai tudung konfem masuk neraka."
based on ade byk artikel dakwah yg sy tgok sblom ni.
then die start berdebat dgn sy.
last2 die ckp tuhan yg tentukan sape masuk syurga.

Mohon pandangan abg. Tq.

--- Mohd Akmal

Saturday, December 10, 2011

Fenomena Gerhana: Suatu Kebesaran Allah

Daripada Abu Masud Al-Anshari radiallahu 'anhu, bahawa Rasulullah Sollallhu 'Alaihi Wasallam bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِمَا عِبَادَهُ وَإِنَّهُمَا لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ مِنْ النَّاسِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ حَتَّى يُكْشَفَ مَا بِكُم

Maksudnya: "Sesungguhnya matahari dan rembulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Dengan kedua ayat tersebut Allah membuat rasa takut kepada hamba-hamba-Nya. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seorang manusia. Kerana itu bila kalian melihatnya, maka solatlah dan berdoalah kepada Allah sampai hilang apa yang menakutkan kalian."

-- Hadis Riwayat Imam Muslim(911), An-Nasaie(1490), Asy-Syaukani(6/2999), As-Suyuti(2016) --

* Klik sini berkenaan tatacara melaksanakan solat sunat gerhana

Friday, December 9, 2011

Dedikasi Untuk “Pelajar UIAM”. . .

Logo CFS

[MUHASABAH] Sesungguhnya, kita telah melakukan 'hijrah makaniyyah' iaitu hijrah secara tempat iaitu dari tempat tinggal atau tempat belajar kita ke Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia, dari rumah atau sekolah kita dulu.

Namun, persoalannya, adakah kita telah juga melakukan 'hijrah maknawiyyah' yakni hijrah secara hakiki iaitu perubahan kita ke arah lebih baik selepas masuk ke Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia ini? Hijrah berkenaan boleh dibahagikan kepada dua aspek utama.

Thursday, December 8, 2011

Perutusan Sempena Tahun Hijrah 1433. . .

إن الحمد لله , نحمده و نستعينه و نستغفره، و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضلّ له، و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله - وحده لا شريك له، وأشهد أنّ محمداً عبده و رسوله: أما بعد

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah ‘Azza Wa Jalla, atas rahmat dan limpah kurnia-Nya, dapat kita meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini, untuk masuk ke tahun baru dalam taqwim Hijrah, tahun 1433 Hijrah. Mudah-mudahan kesempatan hayat yang masih ada ini dapat kita manfaatkan secara optimum bagi memperoleh rahmat serta keredhaan-Nya, insyaAllah.

Thursday, December 1, 2011

Antara ‘Kita’ dan ‘Doa’…

image

Si A menulis suatu 'permintaan' yang 'disalin' daripada satu sumber, yang dia sebenarnya 'tak faham', namun orang kata itu 'permintaan yang baik', maka dia 'tak peduli' walaupun 'tak faham'. Maka selesai menulis, dia serahkan kertas berkenaan kepada si B untuk membuat 'tuntutan', sebab si B seorang yang sangat baik.

Selesai membacanya, si B bertanya, "Apa yang kamu nak ni?". Jawab si A,"Seperti yang tertulis dalam itulah". Balas si B,"Yalah..tapi apa sebenarnya yang kamu maksudkan?". Respon Si A,"Ish..Seperti yang tertulis dalam itulah!". Kata Si B,"Aik..marah pula? Padahal kamu nak minta dengan aku. Kamu faham ke tak apa yang tertulis dalam itu?". Jawab Si A,"Errr...tak faham langsung, cuma orang kata itu permintaan yang baik".

Tuesday, November 29, 2011

Catatan Kembara Di Serambi Makkah. . .

image

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah ‘Azza Wa Jalla yang merahmati dan memberkati perjalanan percutian aku bersama sahabatku, Muhammad Rushydi Bin Musa, ke negeri Kelantan Darul Naim, untuk menghadiri kenduri perkahwinan Cikgu Laili(nama penuhnya Noorlaili Suriati Binti Mohd Hanafi) iaitu Guru Tingkatan 5 Ali 2009, SMK Agama Arau iaitu kelas aku, yang mengajar subjek physics.

Kali terakhir aku menjejakkan kaki di negeri ini adalah pada 7 tahun yang lalu, iaitu ketika lawatan bersama sahabat-sahabat Sekolah Kebangsaan Jejawi, iaitu selepas tamat peperiksan UPSR. Itu juga merupakan kali pertama, maknanya kali ni adalah kali kedua. hehe..

Saturday, November 26, 2011

Soal Jawab : Adakala Couple dibolehkan?

image

Soalan:

Ada kawan saya ni, dia kata:

"ustazah kata nk couple leh tpi kite kene jaga batas,,,,,,,,kite nk dating leh tpi kene ade org ke3 untuk teman,,,,,org yg ke3 itu bknlah syaitan tpi org yg bleh melarang kite melakukan maksiat,,,,,,,,kite nk msg leh tpi jgn kerap sangat sampai terlupa untuk menunaikn kewajipan kite sbgai umat Islam iaitu solat atau pun beribadah kpd Allah,,,,,
dan jika kita msg,,,kite harus lh tnye kpd gf/bf kita tentang solat agar dia x tertinggal solat,,,,,,,,dkt situ kita juga boleh peroleh pahala......"

kapel mmg xbley lgsg kn?? mcm na nk jwb kat bdk 2?? Satu lagi, kta bley x msg dgn llki..mksdnya..kta ari2 mmg wjib r msg dy..smbg2..tp kta mmg xda prasaan apa2 lgsg pun kat dy..

--- Insan prihatin

Thursday, November 24, 2011

Antara ‘Aku’ dan ‘Mereka’. . .

image

Puisi ini tidak ditujukan kepada sesiapa.. Tidak berniat untuk sindir sesiapa. Namun, mungkin ada yang ‘terasa’ kalau membacanya. ^__^

Mereka kata hebatnya aku, professionalnya aku tatkala berkata-kata…
Aku kata setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri!

Mereka kata pandainya aku, nak jadi macam aku…
Aku kata setiap insan mempunyai kemahiran dan kepandaian tersendiri!

Mereka kata kita jangan jadi syok sendiri, tak boleh dikritik dan ditegur…
Aku kata kesalahan mesti ditegur, kesilapan dikritik, tapi bukan dicari!

Thursday, November 17, 2011

UPSR: Mengimbau Kembali Kenangan. . .

UPSR 2010 Result

Pada hari ini, keputusan UPSR 2011 telah diumumkan. Melihat dan membaca kisah kejayaan, suka dan duka pelajar-pelajar yang gembira dengan pencapaian yang membanggakan, aku terimbau kembali kenangan 7 tahun yang lalu, iaitu pada 11 November 2004, di mana aku melalui apa yang sahabat-sahabat lalui pada hari ini.

Bagi yang telah menduduki dan mendapat keputusan peperiksaan ini bertahun-tahun lamanya seperti aku, kadangkala mendapati keputusan UPSR seakan bukan ‘pengukur’ siapa yang bakal berjaya dalam kehidupannya, juga sebaliknya.

Thursday, November 10, 2011

Menjawab ‘kritikan’ sebahagian orang….

image

Hah! sebenarnya saya kurang ‘gemar’ untuk menjawab kritikan orang terhadap diri ini. Bukan kerana mengganggap kritikan itu salah dan tidak berasas, namun merasakan tindakan menjawabnya mengundang ‘cerita’ yang lain pula. Walau bagaimanapun, diri ini turut merasakan kadangkala ada perlunya untuk menbalas kritikan yang dilemparkan secara terbuka atau tertutup, bagi memuaskan hati kedua-dua pihak.

Ada perkara yang memang tak dapat dinafikan ada ‘khilaf’ atau perbezaan pandangan disebabkan mentaliti dan persepktif yang berlainan antara satu sama lain. Justeru, hendaklah dihormati dan diraikan perbezaan pendapat yang wujud. Mustahil yang amat jikalau inginkan agar tidak wujud situasi seperti ini!

Tuesday, November 8, 2011

Keilmuan tinggi , Akhlak buruk?

image

Artikel kali ini inginku menekankan salah satu aspek daripada perkara-perkara yang amat penting dalam kehidupan, iaitu soal akhlak. InsyaAllah, dalam artikel selepas ini akan disentuh lagi perkara yang ada hubung kaitnya dengan ini iaitu sikap.

Dewasa ini, kita dapat lihat hilangnya kemuliaan akhlak sebahagian manusia, lebih-lebih lagi yang melibatkan umat Islam. Pelbagai jenis jenayah berleluasa antaranya rasuah, rogol, rompak dan sebagainya. Kita sememangnya bimbang dengan realiti pada hari ini. Namun, ada satu perkara yang juga tidak kurang seriusnya, iaitu para ilmuan yang ramai sedia maklum mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi, namun sayangnya ada sebahagiannya mempunyai akhlak yang buruk.

Monday, October 31, 2011

Murtad: Di Mana Silapnya?

image

Sebenarnya saya agak ‘confused’ nak letak tajuk apa bagi artikel cetusan pemikiran kali ini, namun, fokusnya satu – gejala murtad dalam kalangan umat Islam pada hari ini. Dah lama sebenarnya nak karang pasal ini, cuma idea tak tercetus secara ‘lengkap’. Alhamdulillah, sekarang rasa ok nak sebut pasal hal ini mengikut perspektif saya sebagai umat Islam yang masih kurang ilmu, yang pastinya orang boleh terima, boleh tak nak terima. Terpulang.

Soalan yang sering diajukan oleh masyarakat: Kenapa berlakunya kes-kes murtad dalam kalangan umat Islam pada akhir zaman ini? Apakah puncanya? Salah siapa?

Pertama, saya ingin menyebut tentang punca utama yang paling besar dalam hal ini iaitu berkenaan soal aqidah umat Islam. Kita boleh lihat dengan jelas menerusi media massa sama ada televisyen, internet dan akhbar, berlakunya ‘krisis’ aqidah melalui lambakan cerita seram, gejala bomoh dan dukun serta penularan ‘hadis’ palsu terutama berkenaan fadhilat dan ancaman sesuatu amalan. Ketiga-tiga perkara ini sangat berkait rapat dengan aqidah umat Islam.

Sunday, October 30, 2011

Mengangkat Tangan Ketika Khatib Membaca Doa?

image

Secara umumnya, mengangkat tangan ketika berdoa’ ini sunnah. Ini berdasarkan hadith Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam, sabdanya :

“Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia, apabila hambanya mengangkat tangan kpadanya, ia tidak akan menolak dengan tangan kosong” – Riwayat Al-Tirmidzi no: 3556, dinilai Sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Tirmidzi.-

Akan tetapi, mengangkat tangan semasa berdo’a didalam Khutbah Jumaat bagi Khatib bukanlah sunnah untuk mengangkat tangannya. Ia hanya disunnahkan menunjuk dengan menggunakan jari telunjuk. Malah para sahabat mengutuklarang khatib mengangkat tangan ketika berdo’a.

Saturday, October 29, 2011

The Truth Not To Be Told – Part 2

Truth is out there

After about 3 weeks.. here it is! The post to continue the story told to all of you! Hopefully, you will obtain good messages or moral of the story. Not merely wasting your time reading this post. hehe..

Kisah diteruskan lagi.. Selepas Hari Raya Aidilfitri, presiden PRESSS, Akhi Kamarol Adzam telah meminta aku menyerahkan semua fail dan dokumen berkaitan setiausaha PRESSS kepadanya, dan aku pun menurut je la apa yang diperintahkannya.

Sunday, October 23, 2011

Orang yang bijak yang sebenar-benarnya….

image

Artikel yang dikarang ini sebenarnya merupakan kesinambungan terhadap artikel sebelum ini bertajuk "Kita dilahirkan sebagai orang yang pandai!” Ya.. Dewasa ini, kita dapat melihat macam-macam jenis orang yang bijak pandai. Sama ada yang bijak tetapi seakan tidak bijak atau bijak yang sebenar-benarnya bijak. Apakah maksud disebalik “‘bijak yang sebenar-benarnya?”.

Sebelum memulakan perbahasan berkenaan tajuk ini, ingin ku tanyakan kepada yang membaca, “Adakah anda seorang yang bijak?”, jawab jangan tak jawab. Kalau anda jawab ya, baiklah kalau begitu. Jika anda jawab tidak, saya menasihati anda untuk membaca artikelku yang lepas yang sepatutnya dibaca terlebih dahulu sebelum membaca artikel ini iaitu "Kita Dilahirkan sebagai orang yang pandai!”. Ok.. Bagi yang jawab ya tadi, soalan kedua untuk anda, “Adakah anda orang yang bijak yang sebenar-benarnya?”.  Tidak kisah jawapan anda ya ataupun tidak, anda boleh ‘menilai’ semula selepas membaca saki baki artikel ini.

Friday, October 21, 2011

Nilai Ilmu dan Kehormatan Para Ilmuwan..

Oleh: Dr Maszlee Malik

Ketika saya berada di Universiti Al Bayt,di Mafraq Jordan untuk pengajian pra-siswazah, kami mempunyai seorang pensyarah yang amat diminati dan disayangi oleh para pelajar, termasuk juga pelajar-pelajar non-Muslim. Beliau adalah Dr Bahjat. Beliau disukai kerana sikap terus terang, jujur, berani dan ketegasannya di dalam menyampaikan kebenaran dan mesej Islam. Sebelum saya menyudahkan pengajian, dia pernah bercerita kepada kami bagaimana beliau telah diminta surat tunjuk sebab, dipanggil ke ibu pejabat Mukhabarat (SB) di Amman, diugut dan diberikan tekanan kerana kelantangannya.

Di peringkat PhD, saya telah bermukim hampir 4 tahun di Durham University di bandar Durham, UK. Banyak ilmu yang saya pelajari, dan banyak makna kehidupan yang saya tempuhi. Menariknya suasana keilmuan dan juga atmosfera keintelektualan begitu dirasakan di sini. Di dalam Universiti, para ilmuan, para professor dan para pensyarah dihormati pandangannya. Apa sahaja pandangan mereka sering mendapat tempat di media. Media di UK juga bebas, dan menjaga etika mereka di dalam hal-hal yang dibangkitkan oleh para akademik.

Wednesday, October 5, 2011

The Truth Not To Be Told – Part 1

image

Finally.. here it is! The wanted post to be revealed for my furenzo! Hopefully, you will read this with an open mind, don’t shock or feel anything unnecessary. hehe..

Kisahnya bermula aku jatuh sakit pada awal Ramadhan lalu, apabila aku seringkali sakit dada dan sakit kepala, kejap ok kejap tak ok. entah kenapa.. mungkin sebab ‘tension’ agaknya, mungkin! Dah sakit, maka aku ‘ponteng’ kelas. Seperti biasa, ada la dapat ubat dan MC. Doktor kata jangan tension2, makan ubat sampai habis. Ada 3 hari aku tak berpuasa sebab sakit ni, kena makan ubat berkala.

Friday, September 23, 2011

Alahai.. Persepsi Bukan Fakta!

Setelah sekian lama aku sunyi tanpa post di bawah kategori cetusan pemikiran, kini kembali dengan post dengan tajuk yang agak pelik yang mana barangkali ada segelintir pihak yang kurang bersetuju atau membangkang tajuk ini seratus peratus. Tak kisah la apa pandangan yang membaca, itu keterbukaan pendapat dan penerimaan yang harus kita terima.

Idea untuk menulis berkenaan tajuk ini dek kemelut negara berkenaan sejarah, tidak terkecuali perjalanan hidupku sendiri. Persoalanku untuk anda yang membaca, apa yang anda faham tentang persepsi dan apa pula fakta? Itu perkara pertama yang harus difahami terleibih dahulu. Walau bagaimanapun, aku tak nak terangkan di sini.

Tuesday, August 23, 2011

Siapakah Itu Orang Yang Muflis?

قول صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لأصحابه: {أتدرون من المفلس؟ قالوا: المفلس من لا درهم له ولا متاع, فقال: إن المفلس من أمتي من يأتي يوم القيامة بصلاة وصيام وزكاة، فيأتي وقد شتم هذا, وقذف هذا, وأكل مال هذا, وسفك دم هذا, وضرب هذا؛ فيعطى هذا من حسناته، وهذا من حسناته؛ فإن فنيت حسناته قبل أن يقضى ما عليه، أخذ من خطايا من ظلمهم فطرحت عليه ثم طرح في النار

Maksudnya:  Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam bertanya kepada para sahabat, "Tahukah kamu siapakah itu orang yang muflis?", para sahabat menjawab, "Orang yang muflis ialah orang yang tidak ada dirham, atau tidak ada harta kepunyaan".

Sabda baginda: "Sesungguhnya yang muflis daripada umatku, dia akan datang pada hari Qiyamah dengan solat, puasa dan zakat. Dan dia datang dengan dia telah mengutuk yang ini, dan dia telah menuduh zina yang ini, dan dia telah makan harta yang ini, dan dia telah menumpahkan darah yang ini, dan dia telah memukul yang ini. Maka diberikan yang ini daripada kebaikannya dan yang ini daripada kebaikannya. Maka jika habis kebaikannya sebelum diselesaikan apa yang ada terhadapnya, diambil daripada kesalahan-kesalahan mereka dan dicampakkan ke atasnya. Kemudian dia dicampakkan ke neraka”

- Hadis sahih riwayat Imam muslim, hadis no 2581 -

Tuesday, August 16, 2011

Tarikh Nuzul Quran : Satu Perbincangan

image

Oleh: Dr. Ahmad Najib bin Abdullah Al-Qari

Nuzul Al-Qur’an merupakan satu peristiwa penting berhubung sejarah Al-Qur’an itu sendiri. Justeru, ia mendapat tempat khusus dalam karya-karya Ulum Al-Qur’an (Ilmu-ilmu berkaitan Al-Qur’an ). Tumpuan diberikan untuk menjelaskan hakikat nuzul dan tahap-tahap penurunan Al-Quran.

Al-Syaikh Muhammad Abd Al-‘Azim al-Zarqani ada menyatakan bahawa Nuzul al-Qur’an adalah asas keimanan terhadap al-Qur’an itu sendiri dan juga keimanan terhadap Nabi SAW.[1]

Saturday, July 23, 2011

Aku Dalam Dilema Kehidupan?

Ketika mana post ni dicoretkan, aku berada di rumahku di Perlis Darus Sunnah. Balik cuti weekend je. Untuk mencari kedamaian dan ketenangan jiwa. Al maklumlah… hidup ni kita tak dapat tidak kita pasti akan menghadapi gelora dan krisis yang menguji keimanan dan kebergantungan kita dengan Allah ‘Azza Wa Jalla.

Tidak kiralah orang itu macam mana. Semantap2 orang yang berdisiplin dan bermotivasi boleh jadi goyah dek gelora dan krisis yang berlaku dalam hidupnya. Dalam perkara inilah yang membezakan umat Islam dengan orang bukan Islam yang meletakkan kebergantungan kepada Tuhan kita – Allah ‘Azza Wa Jalla. Terlalu bergantung kepada manusia barangkali menyebabkan diorang ‘meluat’ dan 'kurang senang’ dengan kita. Itulah hakikatnya dan lumrah kehidupan!

Friday, July 1, 2011

Hakikat Insan dan Jawatan….

tawadhu

Apabila kita bertanding untuk sesuatu posisi/jawatan, kita seringkali mengatakan "Undilah saya! Undilah saya!" sedangkan yang lebih baik dan patut untuk dikatakan ialah "Undilah calon yang terbaik bagi pmenyumbang ke arah kemaslahatan ummah. Jikalau kalian merasakan saya yang terbaik, maka undilah saya, insyaAllah saya akan buat yang terbaik, jikalau 'lawan' saya yang dirasakan terbaik, undilah dia walaupun kalan kenal rapat dengan saya tak dan tak kenal pun dia".

Adakah salah untuk menawarkan diri untuk memegang sesuatu jawatan? Tidak salah sekiranya kita telah jelas konsep amanah dan tanggungjawab serta merasakan diri kita layak untuk memegang jawatan berkenaan. Namun, malangnya, masih ada sesetengah insan yang tidak jelas berkenaan konsep ini dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jawatan atas macam-macam niat.

Wednesday, June 22, 2011

Semoga kita dipanjangkan umur…

Artikel a.k.a coretan ringkas hari ni ditulis sempena hari ulangtahun kelahiranku yang ke-19. Ramai la juga yang wish sama ada di facebook, SMS atau cakap depan2. Jazakumullah khairal jaza’ – thanks a zillion – terima kasih daun keladi, kepada semua yang berkenaan! =)

Teringin saya ungkapkan suatu ‘isu’ atau perkara untuk sama-sama renungkan dan fikirkan bersama. Apakah ia?

Kita seringkali mendengar ungkapan “semoga panjang umur” apabila orang lain wish birthday kepada orang lain. Persoalannya, adakah umur kita yang ditetapkan contohnya 30 tahun, boleh dipanjangkan kepada 60 tahun?

Saturday, June 18, 2011

Bermulanya Lembaran Baru….

imageAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Allah ‘Azza Wa Jalla, yang memberikan aku peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini sehinggalah ke saat ini. Lama juga rasanya aku tak update blog ini dek kesibukan yang menyelubungi diri.

Nak kata sibuk sangat pun.. tak juga. Namun, kesibukan walau tak seberapa tu kadangkala menghilangkan mood aku nak menaip dalam blog ni. huhuhh.. Aku tengok ada orang rajin bebenor update blognya bahkan ada yang update hampir setiap hari. memang tak peliklah blognya famous dan ada ramai followers berbanding blog aku ni. he5..

Dalam post sebelum ni, aku ada kata nak ceritakan laporan penuh Ta’aruf Programme CFS IIUM 2011/2012 yang berlangsung pada 28 Mei hingga 3 Jun 2011 yang lalu. Namun, selepas berakhirnya program berkenaan, aku rasa macam ‘tak perlu’ nak taip laporan berkenaan. Hehe.. Basically, banyak sangat pengalaman dan perkara yang dipelajari sepanjang program ni. InsyaAllah, tahun depan ada rezeki, nak jadi salah seorang student committee buat kali ke-2 sebelum tinggalkan CFS IIUM.

Sunday, May 1, 2011

Kata-kata Itu doa?

Ramai orang seringkali memangil sahabatnya seperti “Wahai sahabatku yang genius” atau “Hai shaikh!” dan apabila direspon, maka mereka berkata, “kata-kata itu kan doa”. Benarkah kata-kata itu doa?

Baik. Pendirian aku dalam hal ini ialah setakat kata2 seperti "Hai shaikh" bukanlah suatu doa. Melainkan disamping taip/tulis seperti itu turut si dia tu berkata, "Ya ALLAH, Kau faqihkanlah sahabatku ini dalam ilmu ugama. semoga dia menjadi seorang 'alim yang hebat dalam membantu dalam menegakkan kembali ajaran Islam yang tulen".

Saya akan bertanya balik, apakah itu doa? Jawabnya, doa antara lain bermaksud memohon sesuatu kepada ALLAH 'Azza Wa Jalla. Tetapi tidak semua doa mesti mengangkat tangan. (Ini bab lain)

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011…

Alhamdulillah, dengan izin dan taufiq ALLAH ‘Azza Wa Jalla, aku dapat menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 buat kali pertama dalam hidupku yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), Kuala Lumpur semalam.

Walaupun pada awalnya, aku keluar dari kampus keseorangan, namun hakikatnya aku ada perjumpaan bersama para sahabat dari laman komuniti Al-fikrah.net di sana. Dapat kami berkenalan dalam dunia realiti, setelah sekian lama berinteraksi dalam alam maya. Memang gembira dapat berjumpa dengan diorang. Semuanya peramah, tawadhu’ dan baik hati. hehe..

Saturday, April 30, 2011

Centre For Foundation Studies, IIUM…

clip_image002Hah! Apakah yang aku nak coretkan dalam post kali ni? Nampaknya, sudah hampir setahun aku menuntut di CFS IIUM ini. MasyaALLAH! Cepat sungguh masa berlalu.

Ingin di sini aku coretkan sedikit apa-apa yang patut dikongsikan bersama sahabat-sahabat yang tidak bersama di sini terutama junior yang mungkin ada yang bakal turut menyertai ‘The Gateway of Garden of Knowledge and Virtue’ ini. Lagipun memang ada permintaan daripada sahabat-sahabat juga meminta daku menulis tentang ini.

Aku akan bercerita tentang pengalaman belajar di sini dalam post yang lain nanti. Itupun selepas tamat semester 3 ini, bermakna tamat 1 tahun pengajian. hehe… Aku nak bercerita ni dalam Bahasa Ingeeris. Tak mengapa kan?

Thursday, April 28, 2011

Apakah Itu ‘Wahabi’?

Negara Malaysia 'bising' seketika apabila seorang pegawai JAKIM mengeluarkan kenyataan mengesyaki kehadiran Shaikh Abdurrahman As Sudais ke Malaysia baru-baru ini cuba menyuntik fahaman wahabi.

Sebahagian umat Islam berasa teruja untuk mengetahui apakah itu wahabi yang sebenar-benarnya.

Berdasarkan sejarah, fakta yang paling rajih tentang 'Wahabi' ialah istilah 'Wahabi' dicetuskan oleh orientalis barat kepada golongan penentang penjajah yang dianggap pengganas yang bermula di India semasa penjejahan British di sana; selain merujuk Shaikh Muhammad Ibn Abdul Wahab yang menjadi tokoh tajdid menentang perbuatan syirik dan bid'ah yang berleluasa pada zamannya dalam mengembalikan ketulenan ajaran Islam yang sebenar.

Sunday, April 24, 2011

Kisah Kewafatan Rasulullah…


Anas bin Malik radiallahu ‘anhu meriwayatkan katanya: Sekalian kaum muslimin yang sedang bersolat Subuh di belakang Abu Bakr di hari Isnin itu dikejutkan dengan kemunculan Rasulullah dari sebelah tabir bilik Aisyah sedang jemaah bersembahyang. Baginda melihat dan memberi senyumannya, Abu Bakr pun berundur ke belakang untuk menyertai saf di belakang, kerana beliau menyangka Rasulullah hendak keluar bersembahyang.
Kata Anas lagi: Hampir-hampir sidang jemaah terpesona dengan solat mereka kerana gembira melihat Rasulullah Solallahu ‘alaihi Wasallam, namun Baginda memberi isyarat kepada mereka supaya meneruskan sembahyang. Lepas itu Baginda melepaskan tabir dan masuk ke dalam. Selepas itu Rasulullah Solallahu ‘alaihi Wasallam tidak berkesempatan lagi untuk bersembahyang lima waktu yang lain. Semasa siang semakin cerah Rasulullah Solallahu ‘alaihi Wasallam  menjemput Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu, menyebabkan beliau menangis, lepas itu Baginda memanggil Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu menyebabkan Fatimah tersenyum, kemudian Aisyah berkata: Kami pun bertanya apa ceritanya?

Saturday, April 23, 2011

Berbakti Kepada Ibu Bapa…

image

Hadis yang menjadi teras perbincangan:

عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله ؟ قال : ( الصلاة على وقتها ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( ثم بر الوالدين ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( الجهاد في سبيل الله ) . قال : حدثني بهن ، ولو استزدته لزادني

Maksudnya: Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah?

Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”

--- Hadis riwayat Imam Bukhari(no 5970) dan Imam Muslim(no 85) --

Friday, April 22, 2011

Catatan Kembara Kehidupan Insan

imageHuhuhu.. Actually, I have no idea what is supposed to be written as the title for this post. Hence, I just choose the previous description of this blog to be placed as the title. What am I going to say in this post? Hmm.. There might be some matters I would like to say for this opportunity. What are them? Be patient arh. hehe..
InsyaAllah today I will return to my hometown, Perlis Darus Sunnah for several days – maybe until Monday. Feeling extremely happy to be back there! From the metropolitan environment in Klang Valley to village environment in Perlis. Hah! Village environment? Of course I have to say so as most of the area in the state is villages, not town or city ok.
Nothing else to describe about the homecoming. Huhu.. moving to next chapter – about my studies in CFS IIUM. All Praises be to Allah ‘Azza Wa Jalla, so far my studies for this semester is so good. Just sitting for mid-semester exams last Monday and already got the result for it. How about it? If it turns to my friends, they must be saying that I’m brilliant bla bla bla.. so I must be getting an outstanding result. Forget them. I would like to express something that we already know but maybe we ‘forget’ it. What is it?

Tuesday, April 19, 2011

Sunnah Nabi Yang Ditinggalkan…

imageDewasa ini, kita barangkali suka bertelagah dalam pelbagai isu. berdoa beramai-ramai sesudah solat ke tak. macam-macam betul. Namun, persoalan muslim yang peka pada agamanya akan bertanyakan tentang hukum sebenar berdoa beramai-ramai setiap kali selepas solat seperti yang dilakukan hampir di seluruh masjid-masjid di Malaysia, Indonesia dan alam Melayu.

Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah(wafat 751H) berkata:

Adapun berdoa selepas salam dari setiap solat dengan menghadap kiblat atau menghadap makmum maka tiadalah ianya menjadi pertunjuk nabi solallahu ‘alaihi wasallam bahkan juga tiada riwayat yang sahih atau sekalipun hasan mengenainya ” (lihat Za’dul Ma’ad m/s 257 Jilid 1)

Hal ini jelas dalam hadis seperti berikut:

Daripada Abi Umamah radiallahu ‘anhu, katanya: Aku pernah pernah bertanya kepada Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam: “Apakah doa yang amat didengari?” Maka baginda menjawab: “Doa di tengah malam dan di penghujung solat wajib(selepas tahiyyat sebelum memberi salam)“. – Hadis hasan Riwayat Imam At-Tirmizi [no 1044]

Lafaz “دبر الصلوات المكتوبة”  dalam hadis berkenaan adalah lebih tepat kepada d penghujung solat wajib yang membawa maksud berdoa selepas tahiyyat akhir tetapi sebelum memberi salam dan bukannya selepas memberi salam.

Sunday, April 17, 2011

Ibadat Berteraskan Ilmu

imageIlmu pengetahuan merupakan sebesar-sebesar nikmat dan anugerah Allah ‘Azza Wa Jalla kepada hambanya bagi menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya, akal manusia sangat terbatas daripada mengetahui rahsia-rahsia alam yang boleh membebaskan manusia dari belenggu kejahilan kepada mendapat hidayah daripada Allah.

Hakikat ini jelas bahawa tamadun dan pembangunan manusia dari dahulu hingga sekarang, ketinggian dan kemajuan serta kemuliaan budi pekerti serta ketinggian taraf hidup manusia tercapai setelah mereka menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

Maksud: “Katakalah – adakah sama orang-orang yang mengetahui (orang berilmu) dengan orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil), Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”(Surah Az-Zumar Ayat 9)

Ayat tersebut menunjukkan dengan jelas, bahawa kelebihan orang-orang yang berilmu berbanding orang yang tidak berilmu. Imam Al-Syafie Rahimahullah pernah berkata :

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَ الأخِرَةِ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِل

Maksud: “Barangsiapa yang hendakkan dunia hendaklah ia berilmu dan barangsiapa yang hendakkan akhirat hendaklah ia berilmu dan barangsiapa hendakkan dunia dan akhirat hendaklah dia berilmu“.

Jelaslah kepada kita bahawa kesenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat bukanlah dapat dicapai dengan pangkat, kedudukan, harta mahupun kekayaan tetapi semua itu mampu dan hanya boleh diraih dengan ilmu pengetahuan. Kita juga menyaksikan bahawa segala permasalahan, kepincangan,dan malapetaka yang berlaku dalam masyarakat dewasa ini berpunca dari kejahilan. Kita melihat contoh yang nyata berlaku dalam masyarakat kita hari ini seperti kes penceraian, buang anak, rasuah, dan perpecahan adalah berpunca dari kejahilan terhadap ilmu agama.Islam menjadikan salah satu tuntutan yang mesti dilakukan oleh umat Islam ialah menuntut ilmu.

Saturday, April 9, 2011

Hidup Yang Penuh Dengan Pilihan...



Huh..sudah lama juga aku tak coretkan kisah perjalanan hidupku dalam blog ni. lebih kurang 3 minggu dah. Yang lagi dahsyat, dah sebulan aku tidak tulis sambungan karya drama Roda Kehidupan 2. Hah! Kenapa? Awat? Apasal? Aku memang jenis suka bergantung pada 'mood' juga la. Bila rasa ada mood nak tulis, baru tulis. Begitu ye? Ya!

Bila difikirkan balik, konsep 'mood' ini disalah ertikan dan disalahgunakan. Kita seringkali menyebut "aku tak ada mood la nak study". Kenapa begitu jadinya? Hal ini disebabkan kita membiarkan kita dipengaruhi oleh persekitaran. Manusia secara umumnya terbahagi kepada tiga - dependent, independent & interdependent. Ia merujuk kepada kita bergantung kepada persekitaran atau kita langsung tidak bergantung kepada persekitaran atau kita mengubah persekitaran. Yang mana satukah kita? Jadilah kita arus yang mengubah persekitaran, bukan persekitaran yang menentukan hala tuju arus kita. Ada faham?

Wednesday, April 6, 2011

Berlapang Dadalah Tetapi Tegas...


Hakikatnya, jika kita memerhatikan insan di sekeliling kita maka kita akan dapati sememangnya insan terbahagi kepada banyak ‘jenis’. Ada yang berlapang dada dengan selapang-lapangnya, ada yang agak keras tetapi tidak begitu tegas, ada yang keras dan tegas, tidak kurang juga yang berlapang dada tetapi tegas. Maka, sudah pasti akan ada yang bertanya antara kesemua ini, manakah yang terbaik untuk menjadi prinsip kita?


Secara peribadi saya, prinsip yang saya pegang adalah seperti dalam tajuk di atas. Berlapang dada tetapi tegas. Apakah itu berlapang dada? Menurut kefahaman saya, ia merujuk kepada keterbukaan kita dalam menerima dan menghormati pandangan, pegangan dan hujah orang lain dalam sesuatu perkara manakala ketegasan pula merupakan refleksi kepada sikap kita terhadap sejauh mana kita berpegang dengan manhaj, metodologi dan prinsip kita itu.

Justeru, berlapang dada tetapi tegas bererti kita bersedia untuk menerima dan menghormati pegangan, pendapat dan hujah orang lain tanpa ada rasa ‘dendam’ atau ‘geram’ dan konco-konconya namun berpegang teguh dengan manhaj, fikrah, metodologi dan prinsip.

Tuesday, April 5, 2011

Nasihat Daripada Saudaramu...



Arghhh... Aku rasa malas tahap gaban nak taip sekarang ni. Entahlah kenapa.... Apapun, demi tidak menghampakan para pembaca setia blogku ini, aku kongsikan sedikit nasihat(copy sebenarnya dari status facebook aku sebelum2 ini) daripada insan yang kerdil dan hina dina ini. Moga bermanfaat untuk kita bersama. yang pastinya, setiap kata-kata insan bisa diterima dan ditolak melainkan kata-kata ALLAH 'Azza Wa Jalla dan Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam...

"Please be open minded yo guys... jangan 'taksub' dengan seorang dua 'tokoh' je. dengarlah kata2 & hujah semua pihak walaupun org yg tidak kita sukai kerana barangkali ada juga perkara yg dia lebih benar drpd kita, setidak-tidaknya dapat mencernakan minda pemikiran kita. Nilailah semua pandangan dengan 'adil.."

"Ia bergantung pada mentaliti juga sebenarnya. org yg berfikiran kritis lebih terbuka untuk mendengar pandangan org lain walaupun diorang berbeza manhaj, pegangan & metodologi. sebaliknya org yg berfikiran pasif lebih mudah 'bersangka buruk' & 'cepat melatah' selain suka 'melabel orang'."

Saturday, March 26, 2011

Top 10 Most Popular Posts of My Blog..

I’ve been looking back over my traffic stats to see what’s interesting to you, my blog reader.  You also seems to really like lists, so here’s another — a rundown of the top 10 posts published on my blog since it's exist on May 2008 until this month (updated monthly):

  1. Antara Suka, Cinta dan Couple

  2. Mengingati Hari Kiamat - Bahagian 1

  3. Result UPU - Pendedahan Eksklusif!

  4. Solat Berjemaahlah Wahai Kaum Lelaki!

  5. Mengingati Hari Kiamat - Bahagian 2

  6. Add Math: Antara Susah & Sikap Kita

  7. Siapa Itu Moammar Gaddafi?

  8. Carta Top 30 Memoriku Di SMKAA (3)

  9. Motivasi Tentang Pelajaran Untuk Teman-temanku

  10. Malaysia – Exam-Oriented Nation?


Thanks a zillion for those who keep visiting my blog. Hopefully, this blog will always benefits to all of you. I welcome feedback from the visitors in order to help me improve this blog.

Sunday, March 20, 2011

Bible Dalam Bahasa Melayu?



Dalam temoh beberapa hari ini, ramai heboh memperkatakan tentang isu kelulusan KDN untuk perterjemahan kitab bible dalam Bahasa Melayu. Ada yang berkeras menentangnya sehingga mengadakan demonstrasi, tidak kurang juga ada yang menyokong.

Bagaimana dengan pendirian saya? Secara jujurnya, perkara ini ada pro & cons. maka ada la hujah yang boleh diterima baik yang diberikan oleh yang menyokong ataupun membantah. Kita perlu jelas dan faham tentang soal ini dengan pemahaman dari konteks Islam, bukan mengikut hawa nafsu, sentimen tertentu dan pemikiran kita semata-mata.

Al Quran telah diterjemah kepada banyak bahasa tanpa ada larangan, tetapi mengapa kita terlalu berkeras membantah apabila Bible diterjemah ke Bahasa Melayu. Adakah Islam bersikap double standard? Umat Islam boleh menuduh sesuatu sebagai ajaran ugama lain yang mereka nafikannya, tetapi kita mengamuk bila orang mengatakan islam pengotor, teruk, terrorist dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, kita tak boleh kata bible bisa diterjemahkan ke dalam BM dan full stop. Tidak! Kita membenarkannya, namun kita mesti manfaatkannya untuk mengajar orang selain mengajak orang mendalami kandungan bible dan bandingkan dengan Al Quran Al Karim. Dengan itu, pegangan aqidah umat Islam akan bertambah mantap. Maka, tidak perlu timbulkan isu "mengelirukan umat islam" dan "berupaya memesongkan aqidah umat islam".

Semua pihak wajib memainkan peranan dalam dakwah kerana ia adalah tanggungjawab bagi setiap muslim. bukan setakat kita mengislamkan yang bukan islam, kita juga patut mengislam orang yang islam sendiri.

Apapun, ini adalah pandangan peribadi. Saya dah kaji la sikit2 tentang hal ini daripada konteks Islam sebelum mengeluarkan kenyataan ini. Kata-kata insan boleh diterima atau ditolak melainkan firman ALLAH 'Azza Wa Jalla dan sabda Rasulullah S.A.W. Semoga kita sentiasa dalam perlindungan, rahmat & keredhaan ALLAH. Sekian, terima kasih.

---- Prof Dr Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman ----
---- Pensyarah lulusan Ijazah sarjana muda Matematik Tulen(UIAM) & Al Quran dan As Sunnah(UIM) -----


*p/s: hahaha..saja perasan sekali sekala. gelaran tu saja2 laa letak. hehehe..bkn gila jawatan. impianku untuk gapai dua ijazah tu. doakan ye.

Semester Break Is Now Over. . .



Huhhh...it is unbelievable. A month vacation has now ended. InshaAllah tonight I will return to CFS IIUM Petaling Jaya with my buddies with new spirit and inspiration. hehehe... Hopefully, all of you will keep praying for my well-being eaaa.

Opppsssss...before that! What?It is about my final exam results. So many people keep asking me about it and I refuse to let them know.
For your information, it is strictly confidential! ha3... No one would know it except closed persons like my family. Anyway, to not make them be frustrating with my stand, I tell them that I am now exit from English Proficiency Course! All praises be to ALLAH! I am extremely happy with it.

This semester will take place for about 2 months and end in the middle of May. Anyway, I think there will be no huge problem as I am going to merely study Mathematics 2 throughout this semester. So, I can totally focus to this subject 99.99%! In addition, it is my most favourite subject! hahaha..However, Islamic lesson is exceptional.

I think that's all for this opportunity. Quite busy today. so i am not able to write too long to 'membebel'. hak3... Thanks for reading. Barakallahu fina abadan abadan. amin ya rabbal 'alamin =)

 

Saturday, March 12, 2011

Ikatan didasari Keimanan bawa kebahagiaan yang berkekalan



Oleh: Lukhman Abdul Taib
(lukhman.taib@live.iium.edu.my)

Manusia tidak dapat hidup bersendirian di atas muka bumi. Penciptaan Hawa AS sebagai teman hidup Adam AS, bukti kasih sayang Allah SWT yang memahami kehendak hamba-Nya yang kesunyian, walaupun hidupnya di Syurga dilimpahi dengan kesenangan.

Insan sanggup melakukan apa sahaja, asalkan fitrah ini dipenuhi. Kenikmatan material yang dimiliki, tidak akan sama dengan kenikmatan suatu ikatan antara dua insan yang saling berkasih sayang. Hatta kenikmatan satu dunia sanggup dibayar untuk mendapatkan kasih dan sayang seorang teman.

Namun, apabila insan mengetahui kebahagiaan yang dikecapi hanyalah sementara di dunia, betapa pilunya hati mengenangkan nasib yang perlu diterima di hari kemudian. Hati terasa ngilu, seperti dihiris dengan pisau, apabila di Hari Akhirat teman “sehidup semati” menikamnya dari belakang.

Malah, ada yang lebih malang, ikatan yang dibina dikhianati sejak di dunia lagi, dikaburi dengan kata-kata yang manis. Umpama menanam tebu di pinggir bibir, suatu pihak telah dibutakan dengan janji-janji manis, walaupun wahyu Allah dan Sunnah Rasul-Nya diletak ke tepi.

Apabila temberang sudah pecah, barulah dia menyedari nilai ikatan yang dibina lebih rendah dan hina daripada sampah sarap, tidak dihargai langsung.

Wednesday, March 9, 2011

Kewajipan Yang Mesti Dilaksanakan...



Ramai orang seringkala memberikan alasan dirinya sendiri tidak cukup baik untuk menegur kesalahan orang lain atau mengajak orang lain kepada kebaikan. Terdapat juga banyak alasan yang lain. Hayati kata-kata Imam An Nawawi r.a berikut :

"Para ulama' menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada prang yang mengajak kepada kebaikan atau orang yang mencegah kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam semua hal, akan tetapi, dia tetap mengajak kepada kebaikan walaupun dia memiliki kekurangan dalam hal yang diajaknya itu dan dia tetap mencegah kemungkaran walau kadang kala dia melakukan apa yang dicegahnya itu. Hal ini kerana sesungguhnya wajib pada dirinya ialah dua perkara, iaitu mengajak dirinya sendiri kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta mengajak orang lain kepada kebaikan dan mencegah mereka dari kemungkaran. Dia tidak boleh lalai dari kedua-dua perkara tersebut" - Imam An Nawawi dalam Syarh Shohih Muslim.

Sunday, March 6, 2011

Zaman Persekolahan Yang Penuh Kenangan!!

Huhhh…sejak beberapa hari ni asyik duk teringatkan pula kenangan zaman persekolahan dulu. Maklum la tengah ‘enjoy’ cuti semester ni. Memang la diisikan untuk perkara2 berfaedah.. tapi ada masa juga nak rasa duk baring & relax serta termenung mengenangkan nostalgia masa lampau. Hehe..

MasyaALLAH..setiap hari kalau aku buka almari baju aku di rumah, pasti akan nampak uniform sekolah yg masih elok lagi tu. Setiap kali nampak tu laa maka timbul rasa dalam jantung hati nak pakai & pergi ke sekolah. Sebab? Memang la masa zaman sekolah dulu asyik rasa juga kalau boleh nak bagi habis cepat lagi bagus..padahal best tu memang best. Tapi bila dah berlalu tu baru rasa betapa seronoknya zaman persekolahan tu. Amat jauh berbeza dengan zaman universiti. Sangat berbeza!!

Friday, March 4, 2011

Hakikat Kebahagiaan & Nikmat...

Suatu kupasan mantap daripada Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin tentang hakikat kehidupan ini - ujian, nikmat, dugaan dan kebahagiaan.... Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, keredhaan & perlindungan ALLAH 'Azza Wa Jalla....





Tuesday, March 1, 2011

Ringkasan Kuliah Bulanan Dr Mohd Asri 27 Feb



Alhamdulillah, selepas dua minggu lepas dapat aku hadiri kuliah Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul 'Abidin di Yayasan Ta'lim TTDI KL, kali ini dapat pula hadiri di Masjid Alwi, Kangar, Perlis. Berikut adalah ringkasan yang dapat aku buat berdasarkan nota yang aku catat. Semoga mendapat manfaat.

- - Muqadimah hadis tentang 3 orang Muslim di hari akhirat. ALLAH ‘Azza Wa Jalla bertanya kepada mereka.
:: Yang pertama – Orang yg mati syahid : “Apa yang kamu buat di dunia dulu?” . Jawabnya “Aku berperang di jalanMu sehingga aku syahid”. Firman ALALH, “Bohong!! Kamu berperang bertujuan untuk orang puji kamu berani”. Maka dia disentap dan dimasukkan ke dalam neraka.
:: Yang kedua – Orang ‘alim : “Apa yang kamu buat di dunia dulu?”. Jawabnya “Aku belajar ilmu dan aku mengajarkannya, aku membaca al Quran keranaMu”. Firman ALLAH “Bohong!! Tetapi kamu belajar supaya orang kata kau ‘alim dan kau baca Al Quran agar orang panggil kau Qari”. Maka dia disentap dan dimasukkan ke dalam neraka.
:: Yang ketiga – orang yang ada keluasan harta: “Apa yang kamu buat di dunia dulu?”. Jawabnya, “Aku tak tinggalkan satu jalan melainkan aku belanjakan hartaku untukMu”. Firman ALLAH, “Bohong!! Kau berbuat begitu supaya orang kata kau pemurah”. Maka dia disentap dan dimasukkan ke dalam neraka.
- Niat sangat penting kerana itulah yang dinilai oleh ALLAH ‘Azza Wa Jalla. Keikhlasan mesti ditanam dalam sanubari kita.

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 28



Asyraaf berasa sangat terkejut dan tergamam apabila dia diberitahu oleh Arif tentang Khairul yang akan kembali ke SMK Agama Ibnu Taimiyah. Arif pula kehairanan akan reaksi Asyraaf itu.

Arif: Kenapa ni Asyraaf? Terkejut semacam je hang ni? Tak suka ke?
Asyraaf: Ish...tak suka apa aihh...memang la terkejut. Dah setahun dia belajar dekat sana tiba2 je nak balik. Betul ke ni?
Arif: Aikkk..dia x beritahu hang ke? Hang kan selalu contact dengan dia? Takkan dia tak beritahu pula?
Asyraaf: Hmmm...tak ada la pula. Hang tahu mana ni?
Arif: Betul laa..ada siapa entah beritahu aku. Err...oklah tu je sebab aku call hang ni. Aku ada hal ni. Nanti kita sembang lagi ye..asif..assalamu’alaikum..
Asyraaf: Oh..ok3...x pe..wa’alaikumussalam..

Saturday, February 26, 2011

Study week, exams period & semester break!





Alhamdulillah..akhirnya berakhir sudah semester 2 pengajian aku di CFS IIUM. MasyaALLAH! Cepat sungguh masa berlalu..rasa mcm baru je mula semester 2 ni. Tapi apakan daya.. Dunia akhir zaman. Peredaran masa terasa begitu cepat….

Masa study week,  ada EPT iaitu English Placement Test. Pergghhh…susah la juga. Terutama part reading. Part writing tu so far boleh la..rasa ok la. Doakan aku & sahabat2ku exit from English Proficiency Course! Siapa la suka nak hadir kelas English 9 jam seminggu? Do you like? Really? You are English lover! Huhu..  2 hari lepas tu, hari jumaat laa. Aku outing & pergi ke kedai buku Fajar Ilmu Baru di Jalan Masjid India.

Terlebih dahulu aku solat jumaat di Masjid Jamek. Aku pergi dgn siapa? Seorang ja!! Sedih tau.. Aku ajak sahabat2ku pergi..tapi pakat x nak ikut. Ada yg sibuk la..mcm2 la. Nak x nak aku pergi keseorangan je lah.

Wednesday, February 23, 2011

Siapa Itu Moammar Gaddafi?



Hari itu kita bercakap soal siapa itu Hosni Mubarak, hari ini timbul pula soal siapa itu Moammar Gaddafi bagi siapa yang tak mengenalinya.. Pergolakan dalam tunjuk perasaan rakyat terhadap pemerintahan kuku besi  regim2 arab kian menyerlah pasca demonstrasi di Mesir dan Tunisia.


Moammar Gaddafi tak pelak adalah pemimpin yang paling lama berkuasa di Afrika dan dunia Arab. Ia memerintah Libya sejak menggulingkan Raja Idris I dalam kudeta tak berdarah pada usia 27 tahun.

Dikenal sebagai pria flamboyan yang dekat akan senjata dan wanita, Gaddafi juga dianggap sebagai seorang operator politik yang terampil membawa negaranya keluar dari isolasi diplomatik.

"Dia unik dalam wacana, dalam perilakunya, dalam praktik dan dalam strategi politiknya," kata analis Libya, Saad Djebbar. "Tapi dia seorang politisi cerdas, jangan salah, ia adalah pelaku politik yang paling hebat di urutan pertama."

Tuesday, February 22, 2011

Mengapa Perlu Sangka Buruk ?

Oleh: Ustaz Haji Zaharuddin Bin Abdul Rahman

Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri terlibat, kunci menanganinya adalah   beristighfar dan taubat. Nabi s.a.w bersabda :-

كُلُّ بن آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ


Ertinya : "Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" (Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)

Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Saya sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati saya tuliskan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah.

Saturday, February 19, 2011

It's time for semester break !!



Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh... May peace be upon all of u.

Hahhh..Without conscious, tomorrow is the final day of exams for me! All praises be to ALLAH ‘Azza Wa Jalla.. Hooray! It’s time for having vacation! How long it will be? Hmm…it is about a month before semester 3 starts on March 21.

What will I do throughout the break? Hahhhh.. a lot of things to be done! Some of matters already in mind that I plan to do is visiting my beloved and respected teachers at my former school of SMK Agama Arau, reading religious books to acquire knowledge on it and helping my parents, siblings and friends in doing house chores and teaching too. Do you me to help you too? Hehe..

Actually, I really miss my handphone and celcom number that is suddenly left in bus for about a month ago.  It is now kept by the bus driver. Hence, I currently use one handphone and one phone number only. I have contacted Transnasional Operation Officer regarding this matter but yet still no news.

I just take opportunity to write down this post after have been studying for about one hour and half. So feel tired and sleepy right when typing this. Should I go for sleeping for a while? Huhu.. It’s up to me la! Ok…I think that’s all what I would like to say for this opportunity. See you soon in next post. Do pray for me so that my buddies and I will pass with flying colours in this final examination!

Monday, February 14, 2011

Jangan Takut Gagal!



“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada ALLAH ‘Azza Wa Jalla dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan Abdullah bin Mas’ud r.a berkata, Rasulullah S.A.W membuat gambar segi empat, dan di tengah-tengahnya ada garis lurus memanjang hingga ke luar garis kotak. Lalu Nabi menerangkan: ini manusia dan garis persegi itu kurungan ajalnya, sedangkan garis lurus panjang yang keluar dari batas  itu, angan-angan, cita-cita manusia, dan garisan kecil itu ialah gangguan –gangguan yang selalu menghinggapi manusia, maka apabila kita selamat dari yang pertama, mungkin terkena yang kedua, jika dia terhindar dari yang satu terkena yang lain” – Hadis Riwayat Imam Bukhari

Tanda Cinta Terhadap Rasulullah S.A.W



Oleh: Abu Anas Madani Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah saw. Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah saw:

(( لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ)) رواه البخاري ومسلم.

“Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain.” [HR: Al-Bukhari]

Ringkasan Ceramah Umum Dr Mohd Asri 13 Feb

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/10/asrimaza.jpg

Allhamdulillah, aku berkesempatan bersama 2 orang sahabatku iaitu Lukman Abd Taib & Abu Aiman ke Ceramah Umum Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis yg kini merupakan Pensyarah USM. Berikut adalah sedikit sebanyak ringkasan intipati ceramah beliau yg sempat aku catat:-

- Maulidur Rasul tidak ada unjuran sambutan khusus dalam Islam

- Para sahabat radiallahu ‘anhum yang ternyata sangat mencintai baginda S.A.W tidak pernah menyambutnya padahal kecintaan mereka amatlah tinggi berbanding umat islam hari ini.

- Abu Quhafah, ayah Saidina Abu Bakr As-Siddiq r.a telah datang kepada baginda nabi S.A.W seraya menghulurkan tangannya untuk berbaiah dengan baginda bagi memeluk Islam. Tatkala itu, baginda S.A.W melihat Saidina Abu Bakr menangis seraya bertanya sebab dia menangis.

- Kata Abu Bakr’ : “Jikalau tangan bapa saudaramu, Abu Tholib di tempat tangan bapaku yang memeluk Islam & ALLAH membuatkan kamu suka dan gembira, adalah lebih aku suka daripada bapaku sendiri memeluk islam yang membuatkan aku gembira".

- MasyaALLAH ! Begitu tinggi dan mantapnya iman Saidina Abu Bakr. Sehinggakan dia lebih meyukai bapa saudara nabi S.A.W memeluk Islam daripada bapanya sendiri yang bisa membuatkan baginda gembira.

- Tanda kecintaan sebenar kepada baginda S.A.W ialah dengan mengikuti sunnah baginda S.A.W dan meninggalkan perkara yang dilarang yang bukan daripada sunnah baginda S.A.W.

- Pendapat terkuat dalam kalangan ulama’ tentang tarikh kelahiran nabi Muhammad S.A.W ialah pada 9 Rabi’ul Awal bukan 12 Rabi’ul Awal. Namun, para ulama’ sepakat baginda lahir pada hari isnin.

- Antara peristiwa penting dalam bulan Rabi’ul Awal ialah penghijrahan Nabi S.A.W bersama Abu Bakr dan umat Islam dari Makkatul Mukaramah ke Yathrib(Madinatul Munawwarah). Bermula 28 Safar baginda keluar dari Makkah menuju ke Gua Thur, kemudian ke Quba’ pada 8 Rabi’ul Awal dan tiba di Yathrib(Madinah) pada 12 Rabi’ul Awal.

Saturday, February 12, 2011

Kita Dilahirkan Sebagai Orang yang pandai!



Ahaaa...mungkin ada yg berkerut dahinya dek baca tajuk artikel kali ni. Hehe.. X pe la. No problem. Biasa la tu. Kita ni memang bila tengok or baca or dengar something yg lain yg ada dlm pemikiran kita, memang akan rasa pelik dan hairan. Itulah lumrah manusia. Namun, yg membezakan kita ialah adakah kita ni jenis open minded yg bisa terima pendapat org lain meskipun kita kurang bersetuju dgnnya. Sifat keterbukaan inilah yg membezakan kita! Huhu... mukadimah pun cakap pasal lain dah ni pula ye. Jgn marah. Back to the topic. Betul ke kita dilahirkan sebagai org yg bijak pandai? Maksudnya semua org pandai ke? Ya! Begitulah yg saya nak kata. Semua!! Aikkk...semua orang? Ye ke? Mengarut la! Itu jawapan sesetengah org bila diungkapkan pandangan ni. Anda pun sama ke? Jawab sendiri la ye..

Mungkin yg masih ‘terkejut’ or hairan or pelik dgn pandangan saya ni tertanya2..kenapa saya cakap mcm tu? Apa rasional saya kata mcm tu? Ok...relax2...be cool. Jgn gopoh2.. baca dgn tenang & hati yg terbuka. Mohon petunjuk drpd Ilahi. Mudah2han anda faham apa yg saya ingin sampaikan. Amin!