Soalan:
Salam abg. ni ade satu bnde musykil. betul ke org yg xpakai tudong confirm masuk neraka?
sye ade tegur sorg pompuan ni. gewdikss la. hehe ni ha die post .
"ko pikir pompuan x pkai tdung,xd adat ker?ko pikir pompuan seksi,x smbhyang ker?ko pikir pompuan melepak,xd maruah ker? heah pompuan ad batas jgak.."
then sy pon tegur la.
"Perempuan yg pakai tudung tak semstinya masuk syurga,
tapi yg tak pakai tudung konfem masuk neraka."
based on ade byk artikel dakwah yg sy tgok sblom ni.
then die start berdebat dgn sy.
last2 die ckp tuhan yg tentukan sape masuk syurga.
Mohon pandangan abg. Tq.
--- Mohd Akmal
Jawapan:
Alhamdulillah, syabas diucapkan kepada saudara atas keprihatinan saudara terhadap salah satu daripada ‘permasalahan’ umat Islam pada akhir zaman ini. Semoga Allah Ta’ala merahmati dan meredhai usaha baik saudara ini.
Cuma sebenarnya saya kurang ‘gemar’ untuk menjawab soal berkaitan ‘agama’ kerana saya bukanlah ‘orang agama’ dan tidak mengambil ‘bidang agama’. Oleh sebab itu, saya cuba jawab di luar konteks ‘hukum’ dan ‘fatwa’, lebih kepada prinsip asas Islam dan pandangan peribadi(bukan fatwa).
Berkenaan wanita tak bertudung confirm masuk neraka itu, secara peribadi, wallahu'alam, Allah jualah yang mengetahui, setakat pengetahuan dan ilmu yang sikit lagi terhad, tiada hadis yang menyatakan sedemikian. Walaupun ada kita dengar kisah wanita yang digantung rambutnya di neraka, kesahihan kisah itu tak diketahui, jika benar sekalipun, ia bukan bererti semua wanita yang tak bertudung confirm masuk neraka.
Soal tersebut kita serahkan saja kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dalam mengadili hamba-hambaNya. Persoalan yang kita tak tahu: kenapa dia tak pakai? Memang dia jenis degil? Atau jahil atau apa? Itu juga serahkan kepada Allah untuk menilainya.
Yang paling penting ialah kita cuba berdakwah, menegur dan menasihati orang macam ni, juga menasihati antara satu sama lain dalam perkara makruf dan mengubah/mencegah perkara mungkar, bukan terhad kepada ‘isu tudung’ sahaja.
Saya kurang ingin memberi penekanan terhadap ‘isu tudung’ ini sahaja. Suka untuk saya berkata dalam konteks yang lebih umum.
Ada yang berkata, "Walaupun saya 'zahirnya' nampak tak baik, jangan ingat saya tak menunaikan solat!". Tambah dia lagi, "So don't judge people like judging a book by its cover!".
Satu soalan: Orang yang bersolat tapi tak puasa atau sebaliknya, macam mana tu? Jawapannya mudah. There is something wrong with his/her faith(iman)!
Firman Allah Ta’ala:
Maksudnya: Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu(wahai Muhammad), iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” – Surah Al-Ankabut, ayat 45
Ketahuilah dengan penuh kesedaran bahawa tujuan utama pensyariatan solat itu adalah untuk mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar! Kalau solat kita tak menyebabkan kita tercegah daripada melakukan perkara keji dan mungkar, itu bermakna ada ‘kecacatan’ atau ‘ada yang tak kena’ dengan solat kita.
Maka tidak pelik sebenarnya jika ada yang berkata, “saya tetap menunaikan solat walaupun saya buat maksiat”!
Dalam sebuah hadis, daripada Abu Hurarirah radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
ما من أحد يدخله عمله الجنة فقيل : ولا أنت ؟ يا رسول الله ! قال : ولا أنا . إلا أن يتغمدني ربي برحمة
Maksudnya: “Tidak ada amal seorang pun yang dapat memasukkannya ke syurga." maka dikatakan, "Adakah engkau demikian juga wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Aku juga, kecuali Tuhanku melimpahkan rahmat-Nya kepadaku” --- Hadis Riwayat Imam Muslim(2816) --
Namun begitu, Allah ta’ala berfirman:
Maksunya: “(yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Salaamun'alaikum, masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan." – Surah an-Nahl, ayat 32
Kata Al-Imam an-Nawawi rahimahullah dalam menjelaskan hal ini :
"Erti ayat tersebut adalah bahawa seseorang masuk Syurga kerana sebab amal perbuatannya, kemudian ditambah dengan taufik dari Allah Ta’ala untuk dapat mengerjakan amalan tersebut serta hidayah dari Allah Ta’ala agar dia mampu menjadi ikhlas beramal, ditambah lagi diterimanya amal perbuatan itu dengan rahmat dan kurnia Allah Ta’ala. Sehingga benarlah bahawa seseorang tidak akan masuk Syurga semata-mata hanya dengan amal perbuatannya saja." [Syarah Sahih Muslim, XVII : 159] --- Dinukil dari buku Mutiara Pilihan Syarah Sahih Muslim - Petikan Intisari Penting Karya Monumental Imam An-Nawawi karangan Syeikh Sulthan bin 'Abdillah Al-Umari, edisi asal atas judul : Al Fawa'id Al-Muntaqah min Syarh Sahih Muslim.
Bagaimana kita ingin kita masuk syurga kalau tidak melakukan perintah Allah dan jauhi larangannya? Adakah kita layak terima rahmat-Nya? Namun kita perlu juga melakukan amal soleh kerana ia merupakan juga salah satu cara mendapat rahmat Allah.
Sama-sama kita renungi dan hayati suatu kata-kata ini:
“Antara ciri orang yang dikatakan wara' itu ialah orang yang 'sibuk' mencari ksilapan diri sendiri dan mengubahnya sampai 'tak ada masa' nak 'sibuk' mencari kesilapan atau kesalahan orang lain”
Mungkin ada yang salah faham dengan kata-kata di atas. Maksud kata-kata ini bukanlah menghalang teguran/kritikan. Memang kesalahan/kesilapan wajar dikiritik/ditegur sebab mungkin tuan empunya diri tak 'perasan', jadi orang lain yang nampak dan sedar benda ni perlu tegur. Cuma yang ditekankan di sini ialah mencari kesalahan!
Akhir kalam, semoga Allah Ta’ala memberikan kita kekuatan untuk saling menasihati, tegur menegur dan berdakwah antara satu sama lain, agar umat Islam semakin baik dan pastinya perpaduan ummah semakin utuh. Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah ‘Azza Wa Jalla. Wallahua’lam.
___________________________________________________
* Sudut soal jawab membolehkan pengunjung mengemukakan sebarang bentuk soalan sama ada dari sudut motivasi, agama, pendapat umum dan sebagainya. Apa yang dijawab bukan hukum, tetapi pandangan peribadi! Soalan yang terpilih akan disiarkan di blog ini, selainnya akan dibalas melalui emel. Sila klik sini untuk mengemukakan soalan.
___________________________________________________
No comments:
Post a Comment