Thursday, December 8, 2011

Perutusan Sempena Tahun Hijrah 1433. . .

إن الحمد لله , نحمده و نستعينه و نستغفره، و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضلّ له، و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله - وحده لا شريك له، وأشهد أنّ محمداً عبده و رسوله: أما بعد

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah ‘Azza Wa Jalla, atas rahmat dan limpah kurnia-Nya, dapat kita meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini, untuk masuk ke tahun baru dalam taqwim Hijrah, tahun 1433 Hijrah. Mudah-mudahan kesempatan hayat yang masih ada ini dapat kita manfaatkan secara optimum bagi memperoleh rahmat serta keredhaan-Nya, insyaAllah.

0511-0903-1003-0820_Asian_Elementary_Student_Reading_a_Book_clipart_image.jpg

Pertama sekali, ingin ditekankah bahawa Muharram bukanlah bulan di mana Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam melakukan Hijrah ke Yathrib(Madinah), sebaliknya ia berlaku pada hujung bulan Safar(sekitar 26 atau 27 haribulan) dan tiba di Madinah pada tanggal 12 Rabi’ul Awal.

Taqwim Hijrah pula diasaskan ketika zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar Bin Al-Khattab radiallahu ‘anhu, selepas para sahabat mencadangkan agar diadakan satu sistem kalendar, seperti mana kaum Nasrani di Rom yang mempunyai kalendar Masihi.

Maka para sahabat radiallahu ‘anhum berbincang dalam majlis syura, perkara pertama dibincangkan, tahun pertama taqwim Hijrah ini ingin dikira dari tahun mana. Ada yang mencadangkan pada tahun kelahiran Rasulullah, namun ditolak kerana dianggap cuba menyerupai kaum Nasrani yang mana kalendar Masihi dikira dari tahun kelahiran Nabi ‘Isa Alaihi Salam. Maka dipilih tahun di mana berlaku peristiwa Hijrah, kerana ia mempunyai significant yang sangat besar dalam sejarah umat Islam.

Kemudian, dibincangkan pula, nak bermula dari bulan mana, yakni bulan mana dikira bulan pertama. Ada yang mencadangkan bulan Ramadhan, ada cadang Rabi’ul Awal, namun akhirnya dipilih Muharram, kerana pada ketika itu, kebanyakan umat Islam baru pulang daripada melakukan ‘ibadah Haji, jadi mereka mempunyai semangat baru dan amatlah sesuai Muharram dijadikan bulan pertama dalam taqwim Hijrah. Begitulah sedikit sebanyak sejarah yang masih ramai masih keliru dan salah faham.

Kedua, marilah sama-sama kita memuhasabah diri kita ini. Setelah sekian lama kita hidup di muka bumi ini, pastinya kita ada melakukan hijrah secara makaniyah(tempat) sama ada tempat tinggal, tempat belajar dan sebagainya, namun persoalannya, adakah kita turut berhijrah secara maknawiyah(hakikat hirah sebenar)?

Kedua, bagaimana keadaan kita pada hari ini? Adakah sama dengan tahun lepas? Bertambahkah ilmu kita teutama dalam bidang agama jika dibandingkan dengan tahun lepas? Ketiga, bagaimana pula dengan mentaliti dan personaliti kita? Adakah semakin matang dan semakin baik budi pekerti dan akhlak kita?

Sama-samalah kita tanya diri kita ini dan jawab kesemuanya!

Ketiga, suka untuk saya memberi sedikit analogi. y = ‘hijrah’ .   dy/dx = ‘pengorbanan’. d2y/dx2 = ‘sabar’. Diadaptasi dari konsep ‘derivative’ yang dipelajari dalam ‘Calculus’. hehe.. Kita sentiasa perlu berhijrah ke arah diri yang lebih baik, dalam konteks ilmu, sikap, peribadi dan sebagainya. Namun, ia memerlukan ‘pengorbanan’ dan ‘sabar’ dalam merealisasikan hasrat kita untuk berhijrah. Jika tidak, hasrat kita itu akan ‘terkubur’ sebagai ‘azam’ yang ‘hangat-hangat tahi ayam’!

Sedikit penjelasan berkenaan analogi di atas. Kalau differentiation, ia untuk 'membezakan' antara satu insan dengan yang lain, adakah hijrah seseorang itu dengan dia melakukan pengorbanan, adakah dia berkorban dengan penuh kesabaran atau ada penyesalan dsb?

Manakala, integration pula adalah untuk 'meintegrasikan' atau 'memperbaiki' keperibadian. kalau seseorang itu hanya jenis sabar, sebenarnya masih tak cukup, duk kerja sabar je dengan kerenah orang dsb.. kena belajar berkorban pula. cuba berubah lagi dengan berkorban. Nak berkorban pun tak berapa cukup, perlukan integrasi dengan perubahan dengan hijrah. hehe.. Tak boleh terima analogi ini dan penjelasannya? Tak mengapa.. saya tak pasti anda terima! :)

Akhir kalam, semoga kita senantiasa memohon pertolongan, rahmat, barakah serta keredhaan Allah Ta’ala. Jangan pernah berputus asa dariapda rahmat-Nya. Walau sebanyak mana pun dosa kita, ketahuilah wahai insan, keampunan dan rahmat Allah itu jauh melebihi kemurkaan-Nya!

Kata Abdullah ‘Ibn Mas’ud radiallahu ‘anhu:

أكبر الكبائر الإشراك بالله والأمن من مكر الله والقنوط من رحمة الله واليأس من روح

Maksudnya: “Di antara dosa-dosa besar yang paling besar : Mensyirikkan Allah, merasa aman daripada azab Allah, berputus asa daripada rahmat Allah, dan berhenti berharap dari belah ihsan Allah  --- Hadis riwayat Al-Hafiz Al-Haitsami(1/109)di dalam Majmu’ Az-Zawaied : sanadnya sahih, dan juga ada di dalam Tafsir Ibn Kathir(2/243). hadis ini Mauquf)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, bahawa Rasulullah sollallahu alaihi wassalam bersabda, bahawa Allah 'Azza Wa Jalla berfirman:

"Seorang hamba telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku. Lalu Allah 'Azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya.

Namun, kemudian dia kembali melakukan dosa, dia berkata: Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya- dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya.

Namun, sekali lagi dia melakukan dosa selepas itu, dia berkata: Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu, Aku ampunkan engkau." -- Hadis Riwayat Imam al-Bukhari(no 7507) --

Semoga Allah ta’ala senantiasa mengampuni kita dalam keterlanjuran kita dalam urusan hidup kita. Semoga apa yang saya sampaikan sedikit sebanyak bermanfaat untuk kita bersama. Ia sekadar peringatan khusus untuk diri saya sendiri sebenarnya, juga untuk umat Islam umumnya.

Smile

Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman
Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya, Selangor
12 Muharram 1433H bersamaan 8 Disember 2011M

No comments: