Friday, December 9, 2011

Dedikasi Untuk “Pelajar UIAM”. . .

Logo CFS

[MUHASABAH] Sesungguhnya, kita telah melakukan 'hijrah makaniyyah' iaitu hijrah secara tempat iaitu dari tempat tinggal atau tempat belajar kita ke Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia, dari rumah atau sekolah kita dulu.

Namun, persoalannya, adakah kita telah juga melakukan 'hijrah maknawiyyah' yakni hijrah secara hakiki iaitu perubahan kita ke arah lebih baik selepas masuk ke Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia ini? Hijrah berkenaan boleh dibahagikan kepada dua aspek utama.

Pertama, dari sudut tahap pemikiran, akhlak dan budi pekerti atau lain kata keperibadian. Adakah selepas masuk ke sini, tahap pemikiran kita semakin meningkat? Akhlak dan budi pekerti kita semakin baik? Kita berada di 'Universiti Antarabangsa', so our mind should be also correspond as international level! hehe..

image

Kedua, dari sudut ilmu terutama ilmu agama. Adakah setelah masuk ke sini, tahap kefahaman agama kita semakin banyak? Atau masih lebih kurang seperti di sekolah dahulu? Kita berada di 'Universiti Islam' yang mana masyarakat awam memandang tinggi terhadap pelajar UIAM sebagai bakal ilmuwan dan cendekiawan Islam pada masa depan, maka tahap kefahaman agama kita sepatutnya bertambah walaupun bukan ambil IRK, sebab berada dalam universiti Islam!

Amatlah malang jikalau keberadaan kita di sini tidak memberi 'impak' yang 'optimum' terhadap diri kita. Jauh lebih malang kalau kita menjadi lebih teruk! Na'uzubillah...

Akhir kalam, Cukuplah dua persoalan di atas untuk ana, juga antum untuk kita sama-sama memuhasabah diri pada malam penghulu hari ini. Sekadar ingin berkongsi perkara ini bersama sahabat2 untuk manfaat bersama.... Bukan nak tunjuk bagus atau pandai atau apa2 je seperti yang 'sesetengah orang' katakan.. ^___^

Semoga Allah 'Azza Wa Jalla senantiasa merahmati hidup kita dan mengampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup kita !

Smile

No comments: