Showing posts with label Artikel Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Artikel Ilmiah. Show all posts

Friday, November 14, 2014

Defending hadith as authority - Part 1

Secara umumnya, hadith merupakan penerangan atau penjelasan; dan sistem perundangan tambahan kepada al-Quran.

Namun, dewasa ini, terdapat banyak pihak yang bangkit mempersoalkan kedudukan hadith Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam yang menjadi pegangan utama umat Islam selepas al-Qur’an, baik dari golongan mubaligh Kristian, atheist, syiah malah dari segelintir Muslim yang menolak hadith yang sering digelar Quranist.

Sebahagian umat Islam yang membaca atau mendengar kata-kata dan hujah mereka kadangkala terpengaruh dan seakan menerimanya, dek kekurangan atau kosong tentang ilmu hadith yang sangat hebat lagi unik ini. Maka, kita sebagai pendakwah mempunyai peranan yang besar dan penting untuk mendidik masyarakat Muslim ke arah memahami agama dengan lebih mendalam, khususnya mengenai hadith dan sunnah nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam.

Hanya menunding jari ke arah golongan yang menyerang dan mengkritik Islam tidak akan menyelesaikan masalah, malah ia menampakkan lagi kelemahan kita dalam merealisasikan misi dakwah yang bersifat rahmat ke seluruh alam.

Friday, November 30, 2012

Ummah Centric vs Jemaah Centric

*Artikel lama, lebih kurang 6 tahun lalu oleh Dr Maszlee Malik, Pensyarah UIAM. Bagiku, amat baik untuk dibaca bagi yang belum pernah baca.

Ketika saya pernah ditanyakan oleh salah seorang siswa, "Ustaz ni jemaah JIM ke?". Saya segera membalas, "Tidak, saya ahli jemaah Muslimin". Dia bertanya, "Jemaah baru ke tu?". Saya katakan kepadanya, "Tidak, ia telah wujud semenjak zaman Rasulullah S.A.W lagi".

Beliau tidak berpuas hati, "Itu saya tahu, tapi kan ustaz ahli JIM". Saya membalas sambil tersenyum, "Ya, saya ahli JIM, ahli Darul Fitrah, ahli Persatuan Ulama Malaysia, ahli Muslim Profesional Forum, ahli Pertubuhan al-Nidaa, rakan kepada ABIM, Ricoi, Hunafa, Accin, US, PAS, keADILan, UMNO dan macam-macam lagi "jemaah".

Sunday, April 1, 2012

Bolehkah sebut “InsyaAllah..Amin”?

Ramai juga orang sering mengungkapkan “InsyaAllah..amin” dalam kehidupan seharian. Namun, jika dilihat kembali ungkapan ini menurut perspektif agama, adakah ia dibenarkan? Kalau tak dibenarkan, adakah larangan itu berbentuk ‘makruh’ atau ‘haram’?

Soal kedua ini enggan saya ‘masuk campur’ sebab saya bukanlah seorang yang bertaraf ‘mujtahid’ untuk mengeluarkan fatwa.

Thursday, December 8, 2011

Perutusan Sempena Tahun Hijrah 1433. . .

إن الحمد لله , نحمده و نستعينه و نستغفره، و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضلّ له، و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله - وحده لا شريك له، وأشهد أنّ محمداً عبده و رسوله: أما بعد

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah ‘Azza Wa Jalla, atas rahmat dan limpah kurnia-Nya, dapat kita meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini, untuk masuk ke tahun baru dalam taqwim Hijrah, tahun 1433 Hijrah. Mudah-mudahan kesempatan hayat yang masih ada ini dapat kita manfaatkan secara optimum bagi memperoleh rahmat serta keredhaan-Nya, insyaAllah.

Sunday, October 30, 2011

Mengangkat Tangan Ketika Khatib Membaca Doa?

image

Secara umumnya, mengangkat tangan ketika berdoa’ ini sunnah. Ini berdasarkan hadith Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam, sabdanya :

“Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia, apabila hambanya mengangkat tangan kpadanya, ia tidak akan menolak dengan tangan kosong” – Riwayat Al-Tirmidzi no: 3556, dinilai Sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Tirmidzi.-

Akan tetapi, mengangkat tangan semasa berdo’a didalam Khutbah Jumaat bagi Khatib bukanlah sunnah untuk mengangkat tangannya. Ia hanya disunnahkan menunjuk dengan menggunakan jari telunjuk. Malah para sahabat mengutuklarang khatib mengangkat tangan ketika berdo’a.

Wednesday, June 22, 2011

Semoga kita dipanjangkan umur…

Artikel a.k.a coretan ringkas hari ni ditulis sempena hari ulangtahun kelahiranku yang ke-19. Ramai la juga yang wish sama ada di facebook, SMS atau cakap depan2. Jazakumullah khairal jaza’ – thanks a zillion – terima kasih daun keladi, kepada semua yang berkenaan! =)

Teringin saya ungkapkan suatu ‘isu’ atau perkara untuk sama-sama renungkan dan fikirkan bersama. Apakah ia?

Kita seringkali mendengar ungkapan “semoga panjang umur” apabila orang lain wish birthday kepada orang lain. Persoalannya, adakah umur kita yang ditetapkan contohnya 30 tahun, boleh dipanjangkan kepada 60 tahun?

Sunday, April 24, 2011

Kisah Kewafatan Rasulullah…


Anas bin Malik radiallahu ‘anhu meriwayatkan katanya: Sekalian kaum muslimin yang sedang bersolat Subuh di belakang Abu Bakr di hari Isnin itu dikejutkan dengan kemunculan Rasulullah dari sebelah tabir bilik Aisyah sedang jemaah bersembahyang. Baginda melihat dan memberi senyumannya, Abu Bakr pun berundur ke belakang untuk menyertai saf di belakang, kerana beliau menyangka Rasulullah hendak keluar bersembahyang.
Kata Anas lagi: Hampir-hampir sidang jemaah terpesona dengan solat mereka kerana gembira melihat Rasulullah Solallahu ‘alaihi Wasallam, namun Baginda memberi isyarat kepada mereka supaya meneruskan sembahyang. Lepas itu Baginda melepaskan tabir dan masuk ke dalam. Selepas itu Rasulullah Solallahu ‘alaihi Wasallam tidak berkesempatan lagi untuk bersembahyang lima waktu yang lain. Semasa siang semakin cerah Rasulullah Solallahu ‘alaihi Wasallam  menjemput Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu, menyebabkan beliau menangis, lepas itu Baginda memanggil Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu menyebabkan Fatimah tersenyum, kemudian Aisyah berkata: Kami pun bertanya apa ceritanya?

Saturday, April 23, 2011

Berbakti Kepada Ibu Bapa…

image

Hadis yang menjadi teras perbincangan:

عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله ؟ قال : ( الصلاة على وقتها ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( ثم بر الوالدين ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( الجهاد في سبيل الله ) . قال : حدثني بهن ، ولو استزدته لزادني

Maksudnya: Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah?

Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”

--- Hadis riwayat Imam Bukhari(no 5970) dan Imam Muslim(no 85) --

Tuesday, April 19, 2011

Sunnah Nabi Yang Ditinggalkan…

imageDewasa ini, kita barangkali suka bertelagah dalam pelbagai isu. berdoa beramai-ramai sesudah solat ke tak. macam-macam betul. Namun, persoalan muslim yang peka pada agamanya akan bertanyakan tentang hukum sebenar berdoa beramai-ramai setiap kali selepas solat seperti yang dilakukan hampir di seluruh masjid-masjid di Malaysia, Indonesia dan alam Melayu.

Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah(wafat 751H) berkata:

“Adapun berdoa selepas salam dari setiap solat dengan menghadap kiblat atau menghadap makmum maka tiadalah ianya menjadi pertunjuk nabi solallahu ‘alaihi wasallam bahkan juga tiada riwayat yang sahih atau sekalipun hasan mengenainya ” (lihat Za’dul Ma’ad m/s 257 Jilid 1)

Hal ini jelas dalam hadis seperti berikut:

Daripada Abi Umamah radiallahu ‘anhu, katanya: Aku pernah pernah bertanya kepada Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam: “Apakah doa yang amat didengari?” Maka baginda menjawab: “Doa di tengah malam dan di penghujung solat wajib(selepas tahiyyat sebelum memberi salam)“. – Hadis hasan Riwayat Imam At-Tirmizi [no 1044]

Lafaz “دبر الصلوات المكتوبة”  dalam hadis berkenaan adalah lebih tepat kepada d penghujung solat wajib yang membawa maksud berdoa selepas tahiyyat akhir tetapi sebelum memberi salam dan bukannya selepas memberi salam.

Tuesday, April 5, 2011

Nasihat Daripada Saudaramu...



Arghhh... Aku rasa malas tahap gaban nak taip sekarang ni. Entahlah kenapa.... Apapun, demi tidak menghampakan para pembaca setia blogku ini, aku kongsikan sedikit nasihat(copy sebenarnya dari status facebook aku sebelum2 ini) daripada insan yang kerdil dan hina dina ini. Moga bermanfaat untuk kita bersama. yang pastinya, setiap kata-kata insan bisa diterima dan ditolak melainkan kata-kata ALLAH 'Azza Wa Jalla dan Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam...

"Please be open minded yo guys... jangan 'taksub' dengan seorang dua 'tokoh' je. dengarlah kata2 & hujah semua pihak walaupun org yg tidak kita sukai kerana barangkali ada juga perkara yg dia lebih benar drpd kita, setidak-tidaknya dapat mencernakan minda pemikiran kita. Nilailah semua pandangan dengan 'adil.."

"Ia bergantung pada mentaliti juga sebenarnya. org yg berfikiran kritis lebih terbuka untuk mendengar pandangan org lain walaupun diorang berbeza manhaj, pegangan & metodologi. sebaliknya org yg berfikiran pasif lebih mudah 'bersangka buruk' & 'cepat melatah' selain suka 'melabel orang'."

Saturday, March 12, 2011

Ikatan didasari Keimanan bawa kebahagiaan yang berkekalan



Oleh: Lukhman Abdul Taib
(lukhman.taib@live.iium.edu.my)

Manusia tidak dapat hidup bersendirian di atas muka bumi. Penciptaan Hawa AS sebagai teman hidup Adam AS, bukti kasih sayang Allah SWT yang memahami kehendak hamba-Nya yang kesunyian, walaupun hidupnya di Syurga dilimpahi dengan kesenangan.

Insan sanggup melakukan apa sahaja, asalkan fitrah ini dipenuhi. Kenikmatan material yang dimiliki, tidak akan sama dengan kenikmatan suatu ikatan antara dua insan yang saling berkasih sayang. Hatta kenikmatan satu dunia sanggup dibayar untuk mendapatkan kasih dan sayang seorang teman.

Namun, apabila insan mengetahui kebahagiaan yang dikecapi hanyalah sementara di dunia, betapa pilunya hati mengenangkan nasib yang perlu diterima di hari kemudian. Hati terasa ngilu, seperti dihiris dengan pisau, apabila di Hari Akhirat teman “sehidup semati” menikamnya dari belakang.

Malah, ada yang lebih malang, ikatan yang dibina dikhianati sejak di dunia lagi, dikaburi dengan kata-kata yang manis. Umpama menanam tebu di pinggir bibir, suatu pihak telah dibutakan dengan janji-janji manis, walaupun wahyu Allah dan Sunnah Rasul-Nya diletak ke tepi.

Apabila temberang sudah pecah, barulah dia menyedari nilai ikatan yang dibina lebih rendah dan hina daripada sampah sarap, tidak dihargai langsung.

Wednesday, March 9, 2011

Kewajipan Yang Mesti Dilaksanakan...



Ramai orang seringkala memberikan alasan dirinya sendiri tidak cukup baik untuk menegur kesalahan orang lain atau mengajak orang lain kepada kebaikan. Terdapat juga banyak alasan yang lain. Hayati kata-kata Imam An Nawawi r.a berikut :

"Para ulama' menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada prang yang mengajak kepada kebaikan atau orang yang mencegah kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam semua hal, akan tetapi, dia tetap mengajak kepada kebaikan walaupun dia memiliki kekurangan dalam hal yang diajaknya itu dan dia tetap mencegah kemungkaran walau kadang kala dia melakukan apa yang dicegahnya itu. Hal ini kerana sesungguhnya wajib pada dirinya ialah dua perkara, iaitu mengajak dirinya sendiri kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta mengajak orang lain kepada kebaikan dan mencegah mereka dari kemungkaran. Dia tidak boleh lalai dari kedua-dua perkara tersebut" - Imam An Nawawi dalam Syarh Shohih Muslim.

Tuesday, March 1, 2011

Ringkasan Kuliah Bulanan Dr Mohd Asri 27 Feb



Alhamdulillah, selepas dua minggu lepas dapat aku hadiri kuliah Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul 'Abidin di Yayasan Ta'lim TTDI KL, kali ini dapat pula hadiri di Masjid Alwi, Kangar, Perlis. Berikut adalah ringkasan yang dapat aku buat berdasarkan nota yang aku catat. Semoga mendapat manfaat.

- - Muqadimah hadis tentang 3 orang Muslim di hari akhirat. ALLAH ‘Azza Wa Jalla bertanya kepada mereka.
:: Yang pertama – Orang yg mati syahid : “Apa yang kamu buat di dunia dulu?” . Jawabnya “Aku berperang di jalanMu sehingga aku syahid”. Firman ALALH, “Bohong!! Kamu berperang bertujuan untuk orang puji kamu berani”. Maka dia disentap dan dimasukkan ke dalam neraka.
:: Yang kedua – Orang ‘alim : “Apa yang kamu buat di dunia dulu?”. Jawabnya “Aku belajar ilmu dan aku mengajarkannya, aku membaca al Quran keranaMu”. Firman ALLAH “Bohong!! Tetapi kamu belajar supaya orang kata kau ‘alim dan kau baca Al Quran agar orang panggil kau Qari”. Maka dia disentap dan dimasukkan ke dalam neraka.
:: Yang ketiga – orang yang ada keluasan harta: “Apa yang kamu buat di dunia dulu?”. Jawabnya, “Aku tak tinggalkan satu jalan melainkan aku belanjakan hartaku untukMu”. Firman ALLAH, “Bohong!! Kau berbuat begitu supaya orang kata kau pemurah”. Maka dia disentap dan dimasukkan ke dalam neraka.
- Niat sangat penting kerana itulah yang dinilai oleh ALLAH ‘Azza Wa Jalla. Keikhlasan mesti ditanam dalam sanubari kita.

Tuesday, February 22, 2011

Mengapa Perlu Sangka Buruk ?

Oleh: Ustaz Haji Zaharuddin Bin Abdul Rahman

Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri terlibat, kunci menanganinya adalah   beristighfar dan taubat. Nabi s.a.w bersabda :-

كُلُّ بن آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ


Ertinya : "Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" (Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)

Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Saya sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati saya tuliskan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah.

Monday, February 14, 2011

Tanda Cinta Terhadap Rasulullah S.A.W



Oleh: Abu Anas Madani Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah saw. Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah saw:

(( لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ)) رواه البخاري ومسلم.

“Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain.” [HR: Al-Bukhari]

Ringkasan Ceramah Umum Dr Mohd Asri 13 Feb

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/10/asrimaza.jpg

Allhamdulillah, aku berkesempatan bersama 2 orang sahabatku iaitu Lukman Abd Taib & Abu Aiman ke Ceramah Umum Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis yg kini merupakan Pensyarah USM. Berikut adalah sedikit sebanyak ringkasan intipati ceramah beliau yg sempat aku catat:-

- Maulidur Rasul tidak ada unjuran sambutan khusus dalam Islam

- Para sahabat radiallahu ‘anhum yang ternyata sangat mencintai baginda S.A.W tidak pernah menyambutnya padahal kecintaan mereka amatlah tinggi berbanding umat islam hari ini.

- Abu Quhafah, ayah Saidina Abu Bakr As-Siddiq r.a telah datang kepada baginda nabi S.A.W seraya menghulurkan tangannya untuk berbaiah dengan baginda bagi memeluk Islam. Tatkala itu, baginda S.A.W melihat Saidina Abu Bakr menangis seraya bertanya sebab dia menangis.

- Kata Abu Bakr’ : “Jikalau tangan bapa saudaramu, Abu Tholib di tempat tangan bapaku yang memeluk Islam & ALLAH membuatkan kamu suka dan gembira, adalah lebih aku suka daripada bapaku sendiri memeluk islam yang membuatkan aku gembira".

- MasyaALLAH ! Begitu tinggi dan mantapnya iman Saidina Abu Bakr. Sehinggakan dia lebih meyukai bapa saudara nabi S.A.W memeluk Islam daripada bapanya sendiri yang bisa membuatkan baginda gembira.

- Tanda kecintaan sebenar kepada baginda S.A.W ialah dengan mengikuti sunnah baginda S.A.W dan meninggalkan perkara yang dilarang yang bukan daripada sunnah baginda S.A.W.

- Pendapat terkuat dalam kalangan ulama’ tentang tarikh kelahiran nabi Muhammad S.A.W ialah pada 9 Rabi’ul Awal bukan 12 Rabi’ul Awal. Namun, para ulama’ sepakat baginda lahir pada hari isnin.

- Antara peristiwa penting dalam bulan Rabi’ul Awal ialah penghijrahan Nabi S.A.W bersama Abu Bakr dan umat Islam dari Makkatul Mukaramah ke Yathrib(Madinatul Munawwarah). Bermula 28 Safar baginda keluar dari Makkah menuju ke Gua Thur, kemudian ke Quba’ pada 8 Rabi’ul Awal dan tiba di Yathrib(Madinah) pada 12 Rabi’ul Awal.

Thursday, February 3, 2011

Lalai memelihara lidah punca bertambah dosa

http://wawandarmansyah.files.wordpress.com/2009/07/lidah1.jpg

Oleh: Lukhman Abdul Taib
(lukhman.taib@live.iium.edu.my)

Hidup di dunia era moden penuh dengan fitnah dan mehnah. Insan-insan yang baru mengorak langkah ke alam kematangan terpaksa berdepan dengan cabaran-cabaran ini. Mereka akhirnya kecewa dengan dunia yang kian parah penyakitnya, seolah-olah tidak lama lagi malaikat maut akan menamatkan riwayat dunia ini atas arahan Allah SWT.

Lihat sahaja dalam masyarakat, begitu mudah untuk kita saling berpecah hanya kerana lidah. Manusia menjadi ringan mulutnya menuduh, menghina, memfitnah dan mengumpat. Berlesenkan hak kebebasan bersuara, kehormatan saudara ditoreh begitu sahaja, ikatan persaudaraan terputus dan terbiar tanpa disambung kembali, maruah agama menjadi taruhan, seolah-olah pahala dosa adalah perkara yang remeh.

Yang lebih menghairankan, mereka yang ringan mulutnya tadi pada zahirnya sama seperti kita. Apakah mereka menyangka mereka jauh lebih mulia daripada yang lain? Atas dasar apakah mereka mengangkat diri mereka sebagai mulia?

Padahal, yang layak memuliakan dan menghinakan manusia ialah Allah SWT. Mulianya manusia di sisi Allah kerana tingginya tahap takwa dan iman mereka, walaupun dipandang rendah dan hina di mata dunia. Hinanya manusia di sisi Allah kerana rendah iman dan takwa dalam hati mereka, walaupun mereka diberikan kemuliaan keduniaan.

Thursday, January 13, 2011

Gambaran Titian Sirothol Mustaqim Di Dunia



Oleh : Dr Abdullah Yasin

عن النواس بن سمعان عن رسول الله صلى الله عليه وسلَّم قال ضَرَبَ اللهُ تعلى مَثَلاً صِرَاطاً مُسْتَقِيْمًا ، وَعَلَى جَنْبَتِي الصِّرَاطِ سُوْرَانِ ، فِيْهِمَا أَبْوَابٌ مُفَتَّحَةٌ ، وَعَلَى الأبْوَابِ سُتُوْرٌ مُرْخَاةٌ ، وَعَلَى بَابِ الصِّرَطِ دَاعٍ يَقُوْلُ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ! ادْخُلُوا الصِّرَاطَ جَمِيْعًا وَلاَ تَتَعوَّجُوا ، وَدَاعٍ يَدْعُو مِنْ فَوْقِ الصِّرَاطِ ، فَإِذَا أَرَادَ الإِنْسَانُ أَنْ يَفْتَحَ شَيْئًا مِنْ تِلْكَ الأبْوابِ قَالَ: وَحْيَك لاَ تَفْتَحْهُ ، فَإِنَّكَ إِنْ تَفْتَحْهُ تَلِجْهُ ، فَالصِّرَاطُ الإسْلاَمَ ، وَاسُّوْرَانِ حَدُوْدُ اللهِ تَعَلَى ، والأبْوابُ المفتَّحَةُ محارِمُ الله تعَالى ، وذَلِكَ الدَّاعِي عَلَى رَأْسِ الصِّرَاطِ كِتَابُ اللهِ ، وَالدَّاعِي مِنْ فَوْق وَاعِظُ اللهِ فِي قَلْبِ كُلِّ مُسْلِمٍ

Terjemahan:

Daripada Nawwas Bin Sam’aan daripada Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) sabdanya: “Allah membuat perumpamaan tentang Shiratal Mustaqim bahwa pada dua sisinya (kiri dan kanan) ada dua pagar, dan pada kedua-dua pagar tersebut terdapat banyak pintu yang sedang terbuka, dan pada tiap-tiap pintu itu pula ada tabir yang menutupinya, dan di atas pintu masuk ke jalan yang lurus itu ada penyeru yang memanggil: Hai sekalian manusia, masuklah kamu semua ke dalam “Jalan Yang Lurus” ini dan janganlah menyimpang (melencong)!, dan ada pula penyeru yang berada daripada atas jalan itu yang jika manusia ingin membuka sedikit tabir penutup pintu itu, lalu ia berkata: Celaka engkau, janganlah engkau buka tabir itu! Sebab jika engkau membukanya niscaya engkau akan terjerumus ke dalamnya. Jalan yang lurus itu adalah Islam dan dua pagar itu ialah batasan-batasan Allah (Hududullah), pintu-pintu yang terbuka itu larangan-larangan Allah dan penyeru yang memanggil dari pintu masuk ke jalan itu ialah Kitabullah (Al-Quran), dan penyeru yang berada di atas jalan itu pula ialah peringatan daripada Allah yang terdapat pada hati setiap muslim”.

[Hadis Hasan Sahih Riwayat Imam Ahmad]

Tuesday, January 4, 2011

Solat : Tiket Menuju Syurga & Perisai Dari Azab Neraka

http://ianpermana.com/wp-content/uploads/2010/11/makna-bacaan-solat.jpg

Sabda Rasulullah S.A.W :
Allah mewajibkan lima solat keatas hamba-hambanya. Sesiapa yang mengerjakannya dan tidak meninggalkan suatu waktu  pun dalam keadaan merendahkan kedudukan solat, maka dia mendapat perjanjian disisi Allah iaitu dia  akan dimasukkan kedalam syurga. Sesiapa yang tidak mendirikan solat, tiadalah perjanjian untuknya disisi Allah.Jika Allah berkehendak untuk mengazabnya, dia akan diazab dan jika  Allah berkehendak untuk memasukkannya kedalam syurga, dia akan dimasukkan ke dalam syurga (H.R.  Abu Daud)

Saturday, September 25, 2010

Kepalsuan hadith - Bercakap soal dunia dalam masjid

Oleh: Ustaz Adlan Abd. Aziz

Apabila abang saya, Hafiz Abd.Aziz menghantar satu gambar melalui telefon bimbit, saya agak terkejut bercampur kecewa. Kenapa? Kerana gambar tersebut adalah gambar satu tulisan yang digantung di salah sebuah masjid dan tulisan itu merupakan sebuah hadith palsu! Mari kita lihat bersama apa kata ulama hadith zaman berzaman tentang hadith yang disangka benar dan sahih dalam kalangan sebahagian masyarakat ini.

Hadith tersebut berbunyi:

"Sesiapa yang berkata-kata tentang perkara dunia di masjid, Allah hapuskan pahala amalannya selama 40 tahun."

terdapat juga satu lagi hadith palsu yang hampir sama maksudnya berbunyi:

"Berbual di masjid memakan pahala seperti binatang liar memakan rumput"

Adakah benar ada hadith sebegini dalam buku-buku hadith utama? Adakah ia hadith yang benar-benar sahih daripada Rasulullah s.a.w.? Sebahagian pembaca mungkin akan menjawab...saya tak tahu tapi rasanya saya pernah baca/dengar. Ini jawapan biasa kita temui. Hakikatnya kita 'tidak tahu'. Elok kita bertanya kepada yang tahu atau mencari dalam khazanah ilmu agar kita akan berpindah dari status 'tidak tahu' kepada 'tahu'.