Wednesday, March 9, 2011

Kewajipan Yang Mesti Dilaksanakan...



Ramai orang seringkala memberikan alasan dirinya sendiri tidak cukup baik untuk menegur kesalahan orang lain atau mengajak orang lain kepada kebaikan. Terdapat juga banyak alasan yang lain. Hayati kata-kata Imam An Nawawi r.a berikut :

"Para ulama' menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada prang yang mengajak kepada kebaikan atau orang yang mencegah kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam semua hal, akan tetapi, dia tetap mengajak kepada kebaikan walaupun dia memiliki kekurangan dalam hal yang diajaknya itu dan dia tetap mencegah kemungkaran walau kadang kala dia melakukan apa yang dicegahnya itu. Hal ini kerana sesungguhnya wajib pada dirinya ialah dua perkara, iaitu mengajak dirinya sendiri kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta mengajak orang lain kepada kebaikan dan mencegah mereka dari kemungkaran. Dia tidak boleh lalai dari kedua-dua perkara tersebut" - Imam An Nawawi dalam Syarh Shohih Muslim.

2 comments:

Izzaldin said...

Hmph. Pemurnian salah faham. Trimas :)
Selalu juga, orang kurang faham konteks ayat lebih kurang maksudnya "Lima taquluna ma tafa'lu. besar kebencian Allah".

Ahmad Kamil said...

Kalau nak bercakap guna ayat quran tersebut, kena baca dulu tafsir para ulama' tentang ayat tersebut. bukan kita guna pemahaman dan pemikiran sendiri dalam mentafsir ayat Al Quran. bahaya sangat.

Semoga ALLAH 'Azza Wa Jalla sentiasa merahmati, meredhai dan melindungi kita.