Sunday, March 6, 2011

Zaman Persekolahan Yang Penuh Kenangan!!

Huhhh…sejak beberapa hari ni asyik duk teringatkan pula kenangan zaman persekolahan dulu. Maklum la tengah ‘enjoy’ cuti semester ni. Memang la diisikan untuk perkara2 berfaedah.. tapi ada masa juga nak rasa duk baring & relax serta termenung mengenangkan nostalgia masa lampau. Hehe..

MasyaALLAH..setiap hari kalau aku buka almari baju aku di rumah, pasti akan nampak uniform sekolah yg masih elok lagi tu. Setiap kali nampak tu laa maka timbul rasa dalam jantung hati nak pakai & pergi ke sekolah. Sebab? Memang la masa zaman sekolah dulu asyik rasa juga kalau boleh nak bagi habis cepat lagi bagus..padahal best tu memang best. Tapi bila dah berlalu tu baru rasa betapa seronoknya zaman persekolahan tu. Amat jauh berbeza dengan zaman universiti. Sangat berbeza!!

Bagi yang masih bersekolah, korg mungkin x berapa faham dgn apa aku katakan ni.. tetapi kalau korg mcm aku yg dah tinggalkan alam persekolahan, mungkin korg bersetuju dgn apa yg aku katakan ni. Ye tak? Huhu... Memang banyak bangat kenangan suka duka masa alam persekolahan dulu. Tak perlulah aku ungkapkan apa dia tu. Kalau nak tahu juga, boleh la refer ada yg aku siap buat Carta Top 30 Memori di SMK Agama Arau. Tu dia.. sampai 30 perkara paling diingati pun dah jadi carta! Tu bukan aku cerita semua lagi.. hanya peristiwa terpilih saja yg diceritakan. Hehe..

Zaman sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Jejawi pun banyak… Cuma tak begitu diingati sangat. Bukan apa.. maklum la zaman tu kan tak berapa matang lagi. So mesti ada yg elok dan x elok. Eh… ada yg x elok? Ya ALLAH… Ada ke insan yg dlm hidup dia sentiasa bahagia je? X pernah rasa keperitan hidup? Or lain kata semua kenangan dlm hidupnya hanya manis semuanya tanpa ada 1 pun pahit? Ada?! Kalau ada, tolong kenalkan pada aku ye. Aku teringin kenal org mcm tu. Tp rasanya 99.99% aku yakin tak ada. Hahaha..



Apapun, masa lampau adalah sejarah dalam hidup kita. Tak bisa diubah lagi. Yang baik.. baiklah ia. Yang buruk pun.. buruklah ia. Apa yang penting adalah siapa kita pada hari ini! Jika dulu kita pelajar cemerlang di sekolah, tetapi hari ini tak cemerlang, ,maka, kecemerlangan hanyalah sejarah hidup kita. Jika dulu kita tak cemerlang, tetapi hari ini cemerlang, maka, kita adalah insan yg terus berusaha gigih & belajar daripada kegagalan. Sebab itu dikatakan kegagalan merupakan anak tangga menuju kejayaan!

Akhirnya, semoga kita sentiasa dalam rahmat, keredhaan dan perlindungan ALLAH ‘Azza Wa Jalla. Mudah-mudahan kita senantiasa cemerlang dalam hidup kita. Biarlah apa org nak kutuk kita, sebab kita memang bukan insan yg sempurna. Sesungguhnya, keburukan diri kita yg sebenar jauh lebih banyak daripada apa yg orang tahu & kutuk itu. Apa yang orang tak tahu tentang kita sebenarnya lebih banyak daripada apa yg diorang tahu. Setuju tak? Lantak la nak setuju ke tak. Hehehe….



Ehhh…panjang juga ye coretan kali ini. Huhuhu…  Rentetan coretan yg sebelum ini nampaknya. Maklum la masih lagi bercuti. Tapi dah pertengahan dah! X lama lagi result final exams bakal keluar & kemudian bermulalah semester 3. Perghhhh..masyaALLAH..cepatnya masa berlalu. Itu jelah nak kata kali ini. Have a nice day!! Take good care of yourself!! Barakallahu fina =)

2 comments:

eric cantona said...

dlu aku prnah jd sjrah d skolah.. Plajar pling nakal.. Tak pernah ad hari yg tak di isi dengan d dnda oleh cikgu disiplin.. Akhirnya bila sglanya berlalu.. Aku igt akulah yg akn jadi raja.. Rpanya aku yg pling mrana.. Mngih simpati memohon kerja.. Trasa ingin kembali/untuk mngubah keputusan SPM ku.. Tp sglanya terlambat krana aku yg ketinggalan terlalu jauh.. Aku menyesal dgn sjrahku.. Tp aku tak pernah mnyesal dgn knganku.. Krna ia membuat aku berusaha bersungguh2.. Hga kini aku boleh berdiri bsma org lain,.

Ahmad Kamil said...

Sejarah tetap sejarah.. tak bisa diubah. yg penting bukan siapa kita di masa lampau, tetapi siapa kita pada hari ini & hari ke hadapan lebih2 lagi hari di mana kita menghembuskan nafas terakhir.