Tuesday, March 1, 2011

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 28



Asyraaf berasa sangat terkejut dan tergamam apabila dia diberitahu oleh Arif tentang Khairul yang akan kembali ke SMK Agama Ibnu Taimiyah. Arif pula kehairanan akan reaksi Asyraaf itu.

Arif: Kenapa ni Asyraaf? Terkejut semacam je hang ni? Tak suka ke?
Asyraaf: Ish...tak suka apa aihh...memang la terkejut. Dah setahun dia belajar dekat sana tiba2 je nak balik. Betul ke ni?
Arif: Aikkk..dia x beritahu hang ke? Hang kan selalu contact dengan dia? Takkan dia tak beritahu pula?
Asyraaf: Hmmm...tak ada la pula. Hang tahu mana ni?
Arif: Betul laa..ada siapa entah beritahu aku. Err...oklah tu je sebab aku call hang ni. Aku ada hal ni. Nanti kita sembang lagi ye..asif..assalamu’alaikum..
Asyraaf: Oh..ok3...x pe..wa’alaikumussalam..

Selepas itu, Asyraaf terus menghubungi Khairul untuk mengetahui hal sebenar.

Asyraaf: Assalamu’alaikum ya akhi! Tengah sibuk ke?
Khairul: Wa’alaikumussalam...amboi..baru je jumpa kejap tadi dekat masjid. Ada kelas intensif kejap lagi. Cikgu belum masuk lagi..ada apa hal?
Asyraaf: Hang tahu x Arif  dah tahu pasal hang nak balik SMKAIT?
Khairul: Hahhhh..apa? dia tahu? Dia tahu mana pula ni? Hang terberitahu ka?
Asryaaf: Ishh..bukan la. Mana ada aku beritahu dia pun. Entah la siapa yg beritahu dia. Dia sendiri kata entah siapa..
Khairul: Adoii..habis la kalau semua pakat tahu. Entah2 insan yang ugut aku tu apa yg pakat sebar pasal ni.
Asyraaf: Hmm...betul juga tu! Haihhh..siapa la insan tu ye? Satu misteri!
Khairul: Wallahua’lam..aku pun x tahu nak teka siapa. Seingat aku..mana aku ada musuh pun.
Asyraaf: Ya akhi..biasalah tu. Kita dalam hidup ini mesti ada saja x puas hati dengan kita sebab barangkali kita ada kelebihan berbanding diorang...jadi nak x nak memang la kita terpaksa hadapi insan2 macam ni.
Khairul: MasyaALLAH! Wahhh...kata2 yg penuh inspirasi! Hehe.. Kata2 yg keluar daripada insan yg penuh dengan pengalaman dalam hal ni.
Asyraaf: Amboi..mcm sindir nampak! X pe..ada hari boleh balas! Haha.
Khairul: Adehh..hang ni! Aku cakap macam tu pun kata sindir. Opsss...cikgu aku dah masuk kelas ni. Nanti kita sembang lagi ye.  Doa2kan la aku dpt buat keputusan yg terbaik ye!
Asyraaf: Ohh..mesti punya! Hehe.. ok. Selamat menuntut ilmu! Assalamu’alaikum...
Khairul: Wa’alaikumussalam...


Selepas tamat kelas intensif, Khairul pergi ke masjid Alwi untuk solat Asar pula. Dia terserempak dengan Ustaz Mohd Asri di sana.

Khairul: Assalamu’alaikum..ustaz. ustaz apa khabar?
Ustaz Mohd Asri: Alhamdulillah, bikhair. Kaifa haluka ya akhi?
Khairul: Hehe..alhamdulillah bikhair aidan.
Ustaz Mohd Asri: Alhamdulillah..ustaz dengar cerita kamu nak balik ke SMKAIT? Betul ke?
Khairul: Betul tu ustaz. Tapi...saya rasa macam x jadi nak balik la pula.
Ustaz Mohd Asri: Ohh..kenapa pula? Ada apa2 masalah ke?
Khairul: Err..macam ni ustaz. Saya memang asalnya bertekad nak balik sebab masalah2 yang dihadapi di sana. Tapi saya ada terima satu mesej yang bunyi menyuruh saya jangan balik.
Ustaz Mohd Asri: Mesej yang menyuruh kamu jangan balik? Apa orang tu cakap?
Khairul: Dia cakap jangan balik ke SMKAIT..kalau x saya akan menyesal.
Ustaz Mohd Asri: Itu sudah mengugut dah tu. Kamu x tahu la siapa yang hantar tu?
Khairul: Entahlah ustaz..saya memang x tahu siapa dia tu. Saya ada tanya tapi dia x jawab. Ustaz rasa saya patut balik ke x?
Ustaz Mohd Asri: Secara umumnya, terserah kepada kamu sama ada kamu nak balik ke x. Yang penting kamu dah beristikhoroh kepada ALLAH ‘Azza Wa Jalla. Dia Maha mengetahui atas segalanya. Apa yang terbaik untuk kita. Jangan asyik sibuk minta pandangan manusia tapi lupa nak minta pandangan pencipta kita. Istikhoroh dulu baru istisyarah. Tapi secara peribadi ustaz rasa x jadi masalah untuk kamu balik. Kita boleh mohon perlindungan ALLAH ‘Azza Wa Jalla. Dah kamu punyai masalah untuk survive dekat sana jadi adalah lebih baik untuk balik ke sini walaupun ada ugutan tu.
Khairul: Ohhh...syukran jazilan ya ustaz lihazihin nasihah! Hehe..
Ustaz Mohd Asri: ‘Afwan ya akhi..ustaz doakan kamu buat keputusan yg terbaik untuk masa depan kamu.
Khairul: Amin ya rabbal ‘alamin..

Bersambung.....

No comments: