Finally.. here it is! The wanted post to be revealed for my furenzo! Hopefully, you will read this with an open mind, don’t shock or feel anything unnecessary. hehe..
Kisahnya bermula aku jatuh sakit pada awal Ramadhan lalu, apabila aku seringkali sakit dada dan sakit kepala, kejap ok kejap tak ok. entah kenapa.. mungkin sebab ‘tension’ agaknya, mungkin! Dah sakit, maka aku ‘ponteng’ kelas. Seperti biasa, ada la dapat ubat dan MC. Doktor kata jangan tension2, makan ubat sampai habis. Ada 3 hari aku tak berpuasa sebab sakit ni, kena makan ubat berkala.
Sakit ni berlarutan seminggu dua. Fikirkan aku makin bercelaru bila fikir pasal pelajaran yang missed semakin banyak.. Suatu malam, aku bermimpi aku meninggal dunia dek menyelamatkan sahabatku. Terasa bingung yang amat dengan mimpi tu. Arghhh..mainan tidur je tu. Namun, aku ada bertanya seorang ustaz yang mahir berkenaan tafsir mimpi. Ustaz berkenaan berkata aku akan ‘bergaduh’ dengan sahabatku dengan ‘hebat’ sekali, dan persengketaan ini hanya akan berakhir dengan kematian salah seorang daripada kami. Bertambah bingung aku dibuatnya…
Ketika saat ‘genting’ ni la semangatku menjunam dengan begitu hebat sekali sehingga aku ‘ponteng’ kelas sehinggalah berakhir Ramadhan. Roommates aku hairan dengan aku yang asyik tidur je.. yeah.. masa aku hilang semangat memang aku rasa malas nak fikir apa, rasa nak solat makan tidur. tu je. Bukan aku tak nak ‘share’ dengan diorang.. tapi entah.. aku tak tahu nak cakap apa.
Aku juga telah dipilih untuk menjadi mentor bagi subjek Physics 1, dalam mentor mentee programme. huh! Aku bukannya mahir dalam physics pun, tapi terima je la. Pada awalnya aku berasa tak yakin dengan diri untuk membantu junior2 dalam subjek ni, ditambah pula dengan keadaan diriku yang tak berapa stabil, namun aku buat keputusan untuk teruskan saja..
Kisah bertambah parah apabila aku tak menjalankan tanggungjawabku sebagai setiausaha Pre-Sciences Students Society(PRESSS) dek konflik diriku. Inginku cerita ‘flashback’ berkenaan hal ni. Selepas aku hadir sesi temu duga PRESSS dan sebelum Annual Grand Meeting(AGM) PRESSS, aku pernah terfikir untuk tarik diri daripada bertanding jawatan dalam PRESSS sebab risau aku tak mampu jalankan amanah dengan baik. Fikir negatif betul!
Selepas dilantik sebagai setiausaha PRESSS, aku pernah bercadang nak letak jawatan dan serahkannya kepada ‘sahabatku yang merupakan ‘lawan’ aku ketika ‘merebut’ jawatan ni. Namun, sayangnya dia dah keluar dari CFS IIUM ke Kolej MARA. Aku beristikharah dan buat keputusan untuk kekal dengan jawatan ni.
Ok. Berbalik kepada kisah tadi. Dengan keadaanku yang tak stabil pada Ramadhan lalu, sekali lagi aku pernah luahkan keinginanku untuk lepaskan jawatan ni, dan berkata aku akan serahkan surat peletakan jawatan beserta calon2 pengganti jikalau ‘confirm’ nak lepaskan jawatan. Beberapa meeting aku tak hadir sepanjang Ramadhan, meeting berkenaan penganjuran Annual Grand Charity Dinner PRESSS.
Pada akhir Ramadhan, aku nak hadir meeting dek keadaan yang agak ok tapi tatkala baca mesej daripada presiden pasal agenda meeting, aku tak jadi nak pergi. Sebab? Salah satu agendanya: Setiausaha baru. Aku berasa sangat ‘kecewa’ dengan ‘keputusan’ kepimpinan PRESSS yang nak lantik setiausaha baru padahal aku tak pernah bagi surat peletakan jawatan beserta calon2 pengganti. Maka, aku anggap aku ‘disingkirkan’ dari jawatan ni dan ‘isytihar’ aku bukan lagi ahli PRESSS!
WoW.. ‘garangnya’..
To be continued……
1 comment:
insyaAllah..yg pasti segalanya mesti ada hikmah..bnykkn berdoa ye..
Post a Comment