Saturday, June 18, 2011

Bermulanya Lembaran Baru….

imageAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Allah ‘Azza Wa Jalla, yang memberikan aku peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini sehinggalah ke saat ini. Lama juga rasanya aku tak update blog ini dek kesibukan yang menyelubungi diri.

Nak kata sibuk sangat pun.. tak juga. Namun, kesibukan walau tak seberapa tu kadangkala menghilangkan mood aku nak menaip dalam blog ni. huhuhh.. Aku tengok ada orang rajin bebenor update blognya bahkan ada yang update hampir setiap hari. memang tak peliklah blognya famous dan ada ramai followers berbanding blog aku ni. he5..

Dalam post sebelum ni, aku ada kata nak ceritakan laporan penuh Ta’aruf Programme CFS IIUM 2011/2012 yang berlangsung pada 28 Mei hingga 3 Jun 2011 yang lalu. Namun, selepas berakhirnya program berkenaan, aku rasa macam ‘tak perlu’ nak taip laporan berkenaan. Hehe.. Basically, banyak sangat pengalaman dan perkara yang dipelajari sepanjang program ni. InsyaAllah, tahun depan ada rezeki, nak jadi salah seorang student committee buat kali ke-2 sebelum tinggalkan CFS IIUM.

image

Sekarang baru saja bermula semester baru, iaitu semester 1 bagi sesi 2011/2012 di CFS IIUM ni. Aku dah pun jadi pelajar tahun kedua. InsyaAllah ada satu lagi semester lepas ni, iaitu semester 3, akan bercuti selama 3 bulan selepas semester 1 ni, dek tak ambil semester 2 yang merupakan short semester yang hanya offer kepada students yang kena repeat courses atau 1 year programme.

Semester ni merupakan semester paling tough bagi diriku, sebab aku ambil 3 core courses dan 1 FIM course iaitu Mathematics 3, Chemistry 1, Computer 2 dan Religions in Malaysia. Ditambah pula, aku dengan ‘rela hati’ dan ‘berbesar hatinya’, mengajar kelas intensif Mathematics 1 bagi new intake students – dua groups pula tu! haha.. Memang satu cabaran juga la bagi diriku – belajar sambil mengajar.

My schedule for this semester

Ya! Bagiku, ia memang suatu cabaran yang agak besar untuk diriku. Namun, ku percaya dan yakin kekuasaan Allah 'Azza wa Jalla mengatasi segalanya yang mampu mempermudah segala urusan hamba-hambaNya walau ia dilihat mustahil dari dimensi persepsi manusia. Semoga Allah ‘Azza Wa Jalla permudahkan urusan kita semua.

Itu saja rasanya yang ingin ku coretkan buat masa ini. Ha! InsyaAllah, minggu depan ingin ku pulang sebentar ke kampung halamanku di Perlis. hehe.. Doakan aku selamat pergi dan balik. Ok. Thanks a zillion for reading! Barakallahu fina abadan abada…

No comments: