Showing posts with label Lagu amp; Puisi. Show all posts
Showing posts with label Lagu amp; Puisi. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Diari Seorang Hamba…

tawadhu

Walau insan itu senyum saban hari,
Kadangkala bergelak ketawa,
Ia bukanlah pengukur hakiki,
Akan kebahagiaan atau penderitaannya.

Ada banyak perkara mungkin kita tak tahu,
Coretannya nampak semuanya baik sahaja,
Tangisannya pada malam hari tak siapa tahu,
Kepada Allah jualah tempat bergantung harap.

Kita berusaha keras bagi kepuasan hati insan,
Tapi kadangkala kita leka akan menggapai keredhaan-Nya,
Sehingga keliru tentang keutamaan,
Kesannya hidup menjadi kucar kacir.

Duhai insan yang selalu lupa,
Sahabat karib kita juga ada masalah,
Mereka mungkin hanya mampu mendengar luahan kita,
Tapi Allah jualah yang Maha berkuasa,
Memberi dan memhilangkan rasa bahagia dan derita dalam jiwa insan.

Thursday, November 24, 2011

Antara ‘Aku’ dan ‘Mereka’. . .

image

Puisi ini tidak ditujukan kepada sesiapa.. Tidak berniat untuk sindir sesiapa. Namun, mungkin ada yang ‘terasa’ kalau membacanya. ^__^

Mereka kata hebatnya aku, professionalnya aku tatkala berkata-kata…
Aku kata setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri!

Mereka kata pandainya aku, nak jadi macam aku…
Aku kata setiap insan mempunyai kemahiran dan kepandaian tersendiri!

Mereka kata kita jangan jadi syok sendiri, tak boleh dikritik dan ditegur…
Aku kata kesalahan mesti ditegur, kesilapan dikritik, tapi bukan dicari!

Thursday, April 29, 2010

~ Coretan Seorang Insan ~

*Lagu brbentuk puisi ni aku cipta time aku form 4 dulu - 13 Julai 2008  time konflik dulu2 tu la...siapa nak dgr nyanyian eksklusif aku? Haa...klik sini untuk download...he3.....

__________________________________________________________

Coretan Seorang Insan

http://rkukaudya.files.wordpress.com/2009/05/termenung.jpg

Diriku hanya insan biasa
seringkali melakukan dosa
ku sedari betapa kerdilnya diri di sisiMU
Ya ALLAH....

Matlamat hidupku hanya mencari
redha dan cinta-Mu
ku sanggup korbankan masa dan tenaga
untuk menggapainya...

Saturday, March 20, 2010

Suatu Realiti Tentang Persahabatan...



Apa realitinya ni tntg persahabatan ni?...aha...ia berkaitan satu lagu yg aku sgt suka...yg ceritakan tntg realiti persahabatan akhir zaman ni...hehe...lagu apa? Iaitu Metafora nyanyian kumpulan Nice..tak kisah la korang kenal ke tak kumpulan ni..yg penting hayatilah bait2 lirik lagu ni.

Anyway, my personal view on this song : Lagu ni benar2 menusuk dlm jiwaku..bait2 lirik dia tu sgt buat aku terasa..barangkali sbb aku sndiri pernah hadapi situasi yg sama....tp apapun...jln cerita yg pnuh brbunga2 bahasa yg puitis sgguh ni sgt mndalam mksudnya..nama pun metafora..of course la ada unsur sastera( walaupun aku x minat sastera melayu ni..)

Tapi  sbb lagu ni agak unik dri sgi mesej dia..tu yg suka...ditujukan utk manusia yg jd sahabat hipokrit dan juga mangsa2 manusia hipokrit..tapi bkn semua org mcm tu...sebahagiannya je..yg bkn tergolong dlm dua2 tu kira just sbgai nasiha/iktibar je..anyway..cuba la baca lirik lagu ni dan hayati...apa yg nk dikatakan/disampaikan dlm lagu ni...lagu dia bleh dgr dkt profile facebook aku...he3...

Sunday, December 7, 2008

Tentang Cinta

Cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

Sometimes

Sometimes
I think I would like to express my feelings
Until I realize that
I should think of the effect of the action first.

Sometimes
I think I have done my best for myself
Until I realize that
I have ignored myself for the sake of others.

Wednesday, September 10, 2008

Harapanku

Harapanku


Ku ingin luahkan padamu


Apa yang terkandung dihati


Tidak ku harapkan apa-apa


Melainkan mententeramkan jiwa




Kau hadir dalam hidupku


Memberi sinar baru


Kau ingin memenuhi


Harapanku yang tidak akan tercapai




Kehadiranmu amat kuharapkan


Dapat menjadi inspirasi buatku


Kau dapat memberi sokongan


Dikala ku amat perlukannya


Namun itu hanya tinggal harapan




Diriku berasa begitu hampa


Disaat mengerti kebenaran


Simpatimu terhadap diriku


Membuatku kecewa




Ku kesali atas kejahilan diriku


Segala kesalahan terhadapmu


Tertanam di lubuk hatiku


Tiada maaf layak untukku




Takkan sesekali ku membencimu


Tidak terdaya aku untuk melupakannmu


Sentiasa ku ingatkanmu dalam doaku


Terima kasih tidak terhingga


Atas segala jasa dan kebaikanmu



Tidak bisa ku membalasnya

Hanya ALLAH dapat membalasnya.

Thursday, September 4, 2008

Menuju Kejayaan

Menuju Kejayaan




Duhai teman,


Kau selalu bilang


Bahawa sukar untuk berjaya


Di sini ku ingin berikan


Sedikit nasihat buatmu.




Ingatlah,


Semua insan mampu untuk berjaya


Namun tidak semua insan yang berjaya


Mengapakah tidak semua insan yang berjaya


Kerana tidak semua insan yang inginkan kejayaan.




Duhai teman,


Kejayaan itu tidak mudah dicapai


Namun ia bukan satu mustahil


Dengan usaha yang gigih


Kejayaan akan dicapai juga akhirnya




Ingatlah,


Kejayaan memerlukan kemahuan dan usaha


Tindakanmu mencerminkan kemahuanmu


Percayalah kata-kataku wahai teman

Wednesday, July 16, 2008

Kenapa

Kenapa



Aku amat bersyukur



kerana dikurniakan



teman sepertimu



yang indah budi pekerti..











Ku cuma pinta daripadamu



kejujuran dan keikhlasan



kerana ia penyeri



kepada sebuah persahabatan..











Kenapa



kau tak sanggup luahkan



segalanya kepadaku



biarpun ia pahit buatku





luahkan ia jua



ku terimanya dengan hati yang terbuka..





Kenapa



kau susah untuk ungkapkan kebenaran



kepada temanmu ini



aku sedar siapalah aku



buat dirimu



cuma insan biasa..











Ku mohon jutaan kemaafan



atas segala kesalahanku



ku doakan ukhuwah kita berkekalan



untuk selamanya.....