Negara Malaysia 'bising' seketika apabila seorang pegawai JAKIM mengeluarkan kenyataan mengesyaki kehadiran Shaikh Abdurrahman As Sudais ke Malaysia baru-baru ini cuba menyuntik fahaman wahabi.
Sebahagian umat Islam berasa teruja untuk mengetahui apakah itu wahabi yang sebenar-benarnya.
Berdasarkan sejarah, fakta yang paling rajih tentang 'Wahabi' ialah istilah 'Wahabi' dicetuskan oleh orientalis barat kepada golongan penentang penjajah yang dianggap pengganas yang bermula di India semasa penjejahan British di sana; selain merujuk Shaikh Muhammad Ibn Abdul Wahab yang menjadi tokoh tajdid menentang perbuatan syirik dan bid'ah yang berleluasa pada zamannya dalam mengembalikan ketulenan ajaran Islam yang sebenar.
Padahal, gerakan yang dibawa beliau yg ada disebut dalam buku sejarah ialah 'muwahadah' yang bererti membawa erti kembali kepada Yang Esa.
Jika dikaji tentang 'Wahabi' dari laman web yang pelbagai, pasti kita akan jadi keliru yang amat kerana akan ada dua percanggahan ketara antara satu laman web dan yang lain. Namun, nilailah kesemuanya dengan neraca keadilan! Saya tidak berhajat menulis panjang berkenaan ‘isu zaman berzaman’ ini.
Apapun, apabila kita mendapat berita/maklumat tentang sesuatu, sebaiknya selidiki dan kaji dulu kesahihannya, bukannya terus menyebarkannya kepada orang. Sabda Rasulullah Solallahu 'alaihi Wasallam:
“Cukuplah seseorang dikatakan dusta jika dia menceritakan setiap apa yang dia dengar.” (Hadis Riwayat Imam Muslim: Mukaqaddimah Shahih Muslim, 1/15, no. 6.)
Berhati-hatilah kita dalam berbicara. Jangan mudah melabel orang sebagai sesat, apatah lagi kafir! Itulah serba sedikit perkongsian dan pendirian saya dalam hal ini. Semoga ALLAH 'Azza Wa Jalla melindungi, merahmati, memberi petunjuk dan mengampuni kita semua.
No comments:
Post a Comment