Walaupun pada awalnya, aku keluar dari kampus keseorangan, namun hakikatnya aku ada perjumpaan bersama para sahabat dari laman komuniti Al-fikrah.net di sana. Dapat kami berkenalan dalam dunia realiti, setelah sekian lama berinteraksi dalam alam maya. Memang gembira dapat berjumpa dengan diorang. Semuanya peramah, tawadhu’ dan baik hati. hehe..
Bersyukur juga dapat bertemu dengan tokoh ilmuwan seperti Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Dr HM Tuah Iskandar al-hajj, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Emran Ahmad, Ustaz Mohd Ya’kub Yunus dan lain-lain.
Al-maklumlah kelmarin hari cuti, jadi tidak peliklah begitu ramai orang yang membanjiri PWTC. Kesesakan teruk berlaku di dalam PWTC terutamanya di tingkat 3 dan 4 yang mana majoriti booth di tingkat berkenaan dibuka oleh syarikat tempatan. Memang ramai kurang senang dengan keadaan berhimpit di sesetengah kawasan, namun apakan daya. Itulah realiti yang harus diterima.
Bagaimana agaknya jikalau kita ke Arab Saudi untuk menunaikan haji terutamanya, pada sesetengah masa, kita harus melalui keadaan yang lebih kurang sama dek kehadiran lebih satu juta umat Islam, adakah kita nak merungut lebih-lebih lagi?
Memanglah semua orang tidak suka dengan keadaan sedemikian, namun, belajarlah untuk bersabar dan menerima keadaan. Dengan sikap dan mindset kita yang terbuka, kita dapat ‘mengubah’ keadaan.
Percaya ataupun tidak, kami(merujuk kepada aku dan sahabat AFN) ‘berkampung’ di sana lebih kurang 8 jam! haha.. Tak nak percaya pun tak mengapa. Kami di sana melakukan ‘rondaan’ untuk beberapa pusingan. Memang letih le lepas balik tu.
MasyaALLAH, begitu banyak buku yang berjaya menambat jantung hatiku. Terasa macam nak beli semua je. Namun, apakan daya, bajet yang sedikit jadi penghalang. Akhirnya aku berjaya ‘menangkap’ dan membawa balik tiga buah buku":
- “Al-Fatihah- Petunjuk Jalan Lurus” karangan Ustaz Emran Ahmad terbitan Karya Bestari (Dapat percuma pemberian Ustaz Emran sendiri kepada sahabat AFN)
- “Belailah Kalbu” karangan Dr HM Tuah Iskandar Al-Hajj terbitan Karya Bestari
- Kitab Terjemahan kepada “استمتع بحىاتك” yang bermaksud “Nikmatilah Hidupmu” karangan Dr Muhammad Bin Abdurrahman Al-Arifi terbitan Pustaka Yassir(Surabaya, Indonesia)
InsyaALLAH aku akan habiskan baca ketiga-tiga buku ni dengan penuh penghayatan dan kefahaman. Ayat yang paling mencabar kepada kepada yang ke sana dan sudah membeli buku bacaan, “Jangalah kita menjadi seperti keldai yang membawa bebanan buku”.
InsyaALLAH,ada rezeki akan ke sana lagi pada tahun depan
No comments:
Post a Comment