Friday, July 1, 2011

Hakikat Insan dan Jawatan….

tawadhu

Apabila kita bertanding untuk sesuatu posisi/jawatan, kita seringkali mengatakan "Undilah saya! Undilah saya!" sedangkan yang lebih baik dan patut untuk dikatakan ialah "Undilah calon yang terbaik bagi pmenyumbang ke arah kemaslahatan ummah. Jikalau kalian merasakan saya yang terbaik, maka undilah saya, insyaAllah saya akan buat yang terbaik, jikalau 'lawan' saya yang dirasakan terbaik, undilah dia walaupun kalan kenal rapat dengan saya tak dan tak kenal pun dia".

Adakah salah untuk menawarkan diri untuk memegang sesuatu jawatan? Tidak salah sekiranya kita telah jelas konsep amanah dan tanggungjawab serta merasakan diri kita layak untuk memegang jawatan berkenaan. Namun, malangnya, masih ada sesetengah insan yang tidak jelas berkenaan konsep ini dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jawatan atas macam-macam niat.

Firman Allah 'Azza Wa Jalla:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menberikan amanah kepada ahlinya(yang berhak dan layak menerimanya), dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”  (Surah An-Nisa', ayat 58)

Yang penting bukanlah kita menang undian pemilihan jawatan jikalau kita bertanding, tetapi yang penting ialah orang yang paling layak dari sudut quwwah dan amanah yang menang dan diberi mandat untuk memegang jawatan berkenaan tidak kisah kita ataupun 'lawan' kita, meskipun kita tahu kita layak dan turut mampu menjalankan tanggungjawab berkenaan.

Niat kita sangatlah penting. Jikalau niat kita betul dan ikhlas, kita tak perlu susah hati atau kecewa jikalau gagal mendapatkan undian majoriti seterusnya diberi peluang memegang jawatan berkenaan, kerana kita harus yakin bahawa calon yang mendapat undian majoriti itu lebih baik daripada kita dan mampu menjalankan tanggungjawab dengan lebih cekap daripada kita. Sebaliknya, kita sepatutnya membantunya walaupun tak dipiih memegang jawatan berkenaan.

Manakala, jikalau kita diberi amanah untuk memegang jawatan berkenaan pula, jangan seronok kerana itu merupakan ujian untuk kita yang pasti akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak. Lakukanlah tanggungjawab kita dengan penuh ikhlas dan amanah!

Sekadar renungan dan nasihat bersama terutama untuk diri sendiri. Wallahua'lam.

1 comment:

Che'ma said...

tahniah..
sesungguhnya pemimpin yg terbaik itu
ialah pemimpin melaksanakan tugasnya semata2 kerana Allah dgn niat yg ikhlas dan sabar..INSYAALLAH..
GO PRESSS~