Ahmad Aiman berasa cukup sakit hati dan kecewa dengan sikap sesetengah ahli kumpulannya yang tidak jujur dengan tidak mengaku bahawa mereka tidak berminat dengan program itu dan apabila study group dibuat, mereka tidak hadir. Apabila study group diadakan, hanya sebahagian kecil sahaja daripada ahli kumpulannya yang hadir. Tetapi Aiman tidak kisah walaupun kehadiran hanya sedikit kerana baginya program ini diadakan bagi sesiapa yang berminat sahaja dan bukannya satu paksaan. Ketika mengadakan study group juga, Aiman terpaksa berasa sakit hati lagi apabila ada ahli kumpulan yang hadir yang tidak memberikan tumpuan dan bersembang. Pada saat ini, dia dapat merasakan bagaimana perasaan seorang guru ketika mengajar di dalam kelas dan dia merasakan ia satu pengalaman baru baginya yang jarang-jarang diperoleh oleh orang lain. Bagi kumpulan lain, kebanyakan mentor hanya mengadakan study group hanya sekali kerana kehadirannya cukup mengecewakan. Mereka berasa sungguh kecewa dan memutuskan untuk tidak meneruskan study group tersebut. Ahmad Aiman telah memaklumkan hal tersebut kepada Ustaz Mohd Asri dan beliau telah berkata kepada Aiman,”Korang mentor tingkatan 4 usah teruskan study group ni. Program ni cuma buat kalian sakit hati saja”.Tetapi bagi Aiman,dia tetap meneruskannya kerana dia nampak ada ahli kumpulannya yang begitu komited untuk belajar meskipun ada yang hadir tetapi hanya menyakitkan hatinya. Menjelang peperiksaan pertengahan tahun,Aiman yang begitu tertekan dengan kerja rumah yang begitu banyak disamping pelbagai beban yang perlu dipikul dia serta dugaan yang dihadapi memutuskan untuk tidak mengulangkaji pelajaran bagi peperiksaan ini. Dia cuma membaca buku seimbas lalu sahaja dan itu pun pada pagi peperiksaan. Pada hari di mana dia menjawab kertas peperiksaan Sejarah, dia mengalami sakit kepala dan tidak dapat menjawab dengan baik. Walau bagaimanpun,dia bersyukur kerana dia mendapat keputusan yang baik walaupun membuat dasar sedemikian iaitu tidak mengulangkaji pelajaran secara mendalam. Namun keputusan peperiksaannya yang paling teruk adalah bagi subjek Sejarah. Menjelang cuti persekolahan,beberapa orang guru ingin berjumpa dengan Aiman.
Mengapakah guru-guru tersebut ingin berjumpa dengan Ahmad Aiman?
Bersambung…..
No comments:
Post a Comment