Biarpun Ramadhan telah menjelma lebih kurang sepuluh hari, saya rasa tidak begitu terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia terutama di Malaysia tidak kiralah berbangsa apa pun. Di Malaysia, Islam bukan milik orang Melayu tetapi pada hari ini ia seolah-olah Islam seperti dianggap milik orang Melayu pula. Hakikatnya, Islam adalah untuk semua bangsa bukan untuk orang melayu sahaja.
Semoga Ramadhan pada tahun ini lebih baik daripada Ramadhan yang telah kita sama-sama lalui pada tahun lepas. Marilah sama-sama kita berpesta melakukan ibadah kepada ALLAH Azza Wa Jalla dengan penuh ikhlas dan berasa merendah diri kepada-NYA. Ikhlas bukan bermakna dengan diungkapkan dengan kata bicara seperti ramai orang buat. Ia hadir daripada jiwa yang luhur dan penuh dengan rasa rendah diri kepada-NYA.
Di samping itu, jangalah kita hanya bersungguh-sungguh beribadah kepada ALLAH pada bulan Ramadhan semata-mata tetapi jadikan ia satu platform untuk kita meneruskan kesungguhan kita beribadah pada bulan-bulan selepas Ramadhan. Namun apa yang berlaku pada zaman sekarang, pada bulan Ramadhan kita begitu bersungguh-sungguh beribadah. Dengan banyak membaca Al Quran, Solat sunat seperti solat sunat Dhuha yang pada bulan-bulan biasa tak dilakukan. Tetapi selepas berakhirnya Ramadhan, kita kurang membaca Al Quran dan solat sunat pun jarang-jarang dilakukan. Bulam Ramadhan sebagai bulan tarbiyah untuk mendidik kita menjadi insan yang bertaqwa dan mempunyai tahap keimanan yang teguh untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan untuk bulan-bulan selepas Ramadhan nanti.
Akhir kata, semoga kita akan menjadi insan yang bertaqwa kepada ALLAH dengan ibadah puasa yang kita jalani pada tahun ini dan semoga segala ibadah yang kita kerjakan adalah ikhlas dan diterima oleh ALLAH Azza Wa Jalla.
Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berpesta ibadah di bulan yang penuh dengan barakah ini. Sekian bingkisan daripada saya sempena ketibaan Ramadhan Al Mubarak ini.
Syukron Jazilan.
Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman
9 Ramadhan 1429H bersamaan 9 September 2008M
No comments:
Post a Comment