Hari ini tanggal 27 Disember 2007, keputusan peperiksaan PMR 2007 akan diumumkan. Pada hari ini, Aiman dan sahabat-sahabatnya ke sekolahnya untuk mengambil keputusan PMR yang didudukinya pada bulan Oktober yang lalu. Hati semua calon PMR termasuk mereka begitu berdebar sambil jantung yang berdengup kencang memikirkan keputusan yang akan mereka peroleh.
Setibanya di sekolah, Aiman berjumpa dengan sahabat-sahabatnya di perkarangan Dewan sekolah. Dia bersembang dengan sahabat-sahabatnya sementara menunggu kehadiran guru penyelaras tingkatan 3 tiba di Dewan Al Faizin.
Friday, February 13, 2009
Monday, February 9, 2009
Tidak Boleh Ingkar Masalah Khilaf?
Oleh: Al Fadhil Ustaz Lokmanulhakim Bin Hussain(Abu Umair)
Sumber: http://abuumair1.wordpress.com/
"Tidak boleh ingkar masalah khilaf". Inilah ungkapan yang kadangkala membantut sesuatu perbincangan atau penilaian terhadap kesahihan sesuatu pendapat atau amalan. Kata-kata ini kerap dijadikan benteng untuk mempertahankan satu-satu pendapat sekalipun pendapat itu tidak muktabar dalam syariat.
Ungkapan "Tidak boleh ingkar masalah khilaf" sangat masyhur, sehingga sebahagian ulama menjadikannya sebagai satu kaedah dalam feqah dan memasukkannya dalam karangan-karangan tentang qawaed feqah. Tetapi sebahagian kita memahaminya dengan cara yang silap. Kononnya asalkan ia dikira sebagai satu pendapat, maka automatik permasalahan tersebut dilabelkan sebagai permasalahan khilaf yang tidak boleh diingkari.

Subscribe to:
Posts (Atom)