Saturday, March 14, 2009

Perjalanan kehidupanku...

Assalamualaikum...

Akhirnya cuti persekolahan pertengahan penggal pertama kini menjelma. Rasa gembira juga tak ada kelas tambahan atau apa2 aktiviti anjuran pihak sekolah sepanjang cuti ni. Tapi kerja sekolah  memang bertimbun2 la. Rasa macam nak pengsan je memikirkannya.Hmmm..daripada mengeluh baik siapkan je kan..haha..

Huh...exam pun baru tamat.Tapi......aku tak boleh duduki exam subjek yang aku miss. Jadi jawabnya aku akan berada dikelompok terbawah la dalam kedudukan dalam tingkatan untuk exam ni.Tapi nak buat macam mana.tu takdirnya tak boleh nak buat apa..aku memang tak teringin nak tahu 'result' exam aku..tapi ramai yang tertunggu2 nak dapat 'result'.

Kehidupanku di sekolah memang serba kelam kabut atau lain kata memang 'busy' la sampai sahabat-sahabat aku selalu juga tanya kenapalah aku ni selalu sibuk je. Aku cuma boleh jawab nak buat macam mana bukan aku pilih nak jadi macam tu. Tapi kadang2 bila fikir balik tu kalau tak sibuk rasa tak seronok juga hidup ni..

Sebab tulah dalam hidup ni kena berfikiran positif. Ceh..cakap mudah la. Tapi nak buat bukan semudah nak dilafazkan. Perumpamaan hidup aku sekarang ni ibarat sebuah kapal yang sedang berlayar dalam laut yang bergelora..hampir-hampir karam kapal tu tapi harap-harap tak karam la.. insya ALLAH.Faham2 la na perumpamaan tu..

Sebenarnya aku dalam proses memuhasabah diri aku berdasarkan apa yang orang kata pada aku dan nak ubah apa yang patut..tapi macam biasalah nak berubah tu bukan sesuatu yg mudah..tapi semangat aku utk belajar masih agak 'down' tapi ada peningkatan sikit la berbanding sebelum ni..huhu..

Huh...(sigh)...aku rasa tu je yang aku nak bercerita tentang perjalanan kehidupanku buat masa ni..nanti aku cerita lain pula..wassalam...

1 comment:

mukminah said...

salam...
papun terimalah takdir ALLAH dgn reda....