Monday, November 2, 2009

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 6

Asyraaf berasa terkejut tatkala Afifah meluahkan perasaannya kepada Asyraaf.Dia bingung untuk memberikan respon terhadap apa yang dikatakan Afifah itu.

Asyraaf: Hmm..saya harap awak tak payah la send message pada saya dah lepas ni..
Afifah: Kenapa pula??
Asyraaf: Jangan la banyak tanya pula...ok salam..

Afifah tersentak dan sedih dengan tindakan Asyraaf itu.Dia tidak sangka Asyraaf akan bertindak sedemikian.

Raudhah: Kenapa ni, Afifah? Apa yang jadi?
Afifah: Hmmm..Asyraaf..
Raudhah: Kenapa dengan Asyraaf? Dia ditimpa kemalangan ke?
Afifah: Tak..tak..dia sihat je..Cuma dia minta aku supaya jangan send message pada dia dah..
Raudhah: La..kenapa dia kata macam tu?
Afifah: Hmm..aku luahkan perasaan aku yang disimpan selama ni..lepas tu dia cakap macam tu..
Raudhah: Hish..tak guna betul la dia tu..tak mengapalah hang jangan sedih dak ok..
Fatimah: Apa hal ni? Apa tak kena?
Raudhah: Hang tahu tak Asyraaf yang kacak tu berlagak sungguh.
Fatimah: Berlagak?? Apa maksud hang? Aku tengok dia baik je..
Raudhah: Boleh dia kata pada Afifah jangan send message pada dia dah lepas ni lepas Afifah luahkan perasaan dia pada Asyraaf tu..
Fatimah: La...siapa suruh Afifah luahkan perasaan dia tu pula..memang tak patut la..
Raudhah: Hoi...hang ni nak defend Asyraaf tu pula ke ha?
Fatimah: Bukan nak defend dia tu..tapi entah la..hmm..so nak buat apa?
Raudhah: Hmm..aku rasa kita kena buat sesuatu untuk kenakan si Asyraaf tu..
Fatimah: Nak buat sesuatu? Apa dia?
Raudhah: Apa kata kita sebar-sebarkan kata Asryaaf dan Afifah tu bercouple?
Fatimah: Wah! That’s a great idea!

Raudhah dan kawan-kawanya kemudiannya menghubungi Asyraaf kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Asyraaf itu namun Asyraaf tidak menjawab panggilan mereka.

Mak Asyraaf: Asyraaf, kenapa tak jawab panggilan tu? Dari tadi mak dengar talefon bimbit Asyraaf berdering.
Asyraaf: Tak ada apa-apalah mak.Orang silap call tu..
Mak Asyraaf: Hmm..tu berdering pula dah..jawab sajalah..mana tahu ada hal penting.

Kebetulan Azan Isya’ berkumandang di dalam radio, Asyraaf menjawab panggilan tersebut dan Raudhah dapat mendengar azan yang sedang berkumandang itu.Dengan rasa geram, dia menghantar mesej kepada Asyraaf.

Raudhah: Woi! Lelaki tak guna! Ingat kami ni orang tak pandai agama ke ha?
Asyraaf: Ada ke saya kata macam tu?
Raudhah: Amboi...pandai balas nampak..dasar lelaki tak guna..berlagak..
Asyraaf: Lagi..lagi?
Raudhah: Ingat muka hang tu kacak sangat ke ha! Harap paras rupa baik tapi perangai entah apa-apa..
Asyraaf: Thanks a zillion for the criticism.

Keesokan harinya di sekolah, Asyraaf menceritakan tentang hal tersebut kepada Arif dan Hafiz.

Hafiz: Wah! Popular sungguh la kawan aku ni..sampai budak SMS Tuanku Syed Faizuddin pun berkenan..memang tampan sungguh la kawan kita ni..
Asyraaf: Sedap sungguh mulut hang nampak..dia tu ex-classmate aku masa sekolah rendah la.
Arif: Oh..kenapa tetiba meletup dia luahkan perasaan dia pada hang tu?
Asyraaf: Mana la aku nak tahu..hari tu tetiba je dia send message pada aku setelah bertahun-tahun lamanya aku tak contact dengan dia..
Hafiz: Ala..dia teringat pada her beloved la tu...boleh buat tak tahu pula..
Asyraaf: Hai..mulut hang ni la..nasib kita tak berada di makmal kimia kalau tak hang dah mandi dengan concentrated sulphuric acid..
Hafiz: Huish...hang ni la..jangan la marah..
Asyraaf: Tak marah pun..hahaha...

Dalam tempoh beberapa hari sahaja, khabar angin tentang Asyraaf dan Afifah berpasangan tersebar ke merata tempat dan heboh diperkatakan oleh orang yang mengenali mereka.

Anwar: Wei..hang dengar tak khabar angin kata Asyraaf bercouple dengan budak SMS Tuanku Syed Faizuddin?
Syukri: Yup..aku pun ada dengar.Wah! Hebat betul si Asyraaf tu.Dia tak main dengan budak SMKA Ibnu Taimiyah ni..
Anwar: Tu la..berlagak sungguh dia tu.Agak-agak ketua pengawas dah tahu ke pasal ni?
Syukri: Mungkin tak tahu lagi agaknya..maklum la dia mesti la sibuk dah SPM dah dekat.
Anwar: Jom..jom...beritahu dia..mesti dia tak mahu..apa nama..Jam’iyyatul Muraaqib tercemar dengan perbuatan tak patut si Asyraaf tu..
Syukri: Jom..jom..apa lagi..dapat modal lagi nak jatuhkan si tak guna tu! Hahahaha....

Bersambung....

5 comments:

e-r@h*~$y@w@` said...

best gak cite nie...
hu3

admin said...

so teruskan le membaca.
huhu..

mrs. darwisyah said...

salam,...best gak drama awk wt ni...awk ke yg wt drama ni Ahmad Kamil??

nisa said...

salam....
bez gak,truskn writting yerk!!!

admin said...

Wa'alaikumussalam.
Ya..drama ni yg diadaptasi drpd perjalanan hidup saya dan diubahsuai.