Wednesday, December 30, 2009

Berhati-hati Kepada Pengguna Friendster

Artikel yang dah lama dah  tapi disiarkan untuk tatapan bersama.

Oleh:

Friendster merupakan laman sosial yang paling popular masa kini. Setiap hari, lebih 1 juta pengguna akan log in dan membuat apa-apa yang berkaitan di dalam Friendster. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, Friendster berdepan dengan profile palsu yang bertujuan untuk menyebarkan komen yang berbaur lucah. Dan komen yang berbaur lucah ini akan disebarkan dari 1 pengguna ke pengguna yang lain. Malangnya, pengguna yang "menghantar" komen itu merupakan pengguna yang sebenar.



Gambar di atas merupakan salah satu profile yang penuh dengan komen yang mengajak sesiapa sahaja untuk klik pada gambar dan menghantar pengguna ke laman web lucah. Pengguna yang menghantar komen itu merupakan pengguna sebenar. Ramai kawan di luar sana mendapat komen atau mesej seperti itu atau seumpamanya. Bagi aku, ia mungkin disebabkan 2 perkara.

Wednesday, December 23, 2009

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 9

Arif agak terkejut apabila diberitahu oleh Ustaz Mohd Asri tentang kehadiran pelajar baru ke sekolah itu.

Asyraaf: Wow..handsome juga sahabat baru kita ni..
Amirul: Hehehe..mengarut apa la..mana ada..apa nama hang?
Asyraaf: Nama aku? Sedap tau..Asyraaf Fauzan Bin Rahman..huhu..hang?
Amirul: Nama aku lagi sedap tau..Amirul Imtiyaz Bin Amirul Amin.
Arif: Fuh..imtiyaz..smart gila nama hang..nama aku Muhammad Arif Bin Amran.
Amirul: Oh..ok.Ala..setakat nama saja la..orangnya bukan macam nama tu pun.haha..
Asyraaf: Kata saja tu kan..hakikatnya orang lain boleh nampak..haha..

Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut ketibaan tahun baru hijrah 1431.Sama-samalah kita hayati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam lain pada zaman itu menegakkan agama Islam di muka bumi ini.

Semoga tahun baru ini memberikan keazaman kita untuk lebih mendekatkan diri kepada ALLAH 'Azza Wa Jalla dengan ikhlas dalam beribadah kepada-NYA dan memastikan ibadah kita itu menuruti sunnah Rasulullah SAW.Marilah sama-sama kita berhijrah untuk menjadi insan yang lebih baik.

Salam Ma'al Hijrah 1341!


Monday, December 14, 2009

Huh..Coretan Kehidupan..

Assalamualaikum...

Kepada yang mengikuti drama karangan saya ni, episod berikutnya akan disiarkan dalam blog ini dalam 22 Disember nanti lepas saya tamat SPM dan lepas saya kembali dari kampung nanti.

Saja nak berehat seketika daripada berkarya ni...nak bagi otak relaks sebentar lepas habis SPM ni..apapun nak tahu apa yang akan berlaku dalam drama yang akan jadi semakin menarik ni..tunggu ya! hahaha...

Bagi sahabat-sahabat yang dah pun habis SPM..maklum la tak ambil subjek Bahasa Arab Tinggi dan Pendidikan Syariah Islamiah..rancang la aktiviti2 yang berfaedah sementara tunggu result exam tu...gunakan la masa sebaik2nya...yang bakal duduki exam 2 subjek lagi ni..jawab elok2 ok...

Bagi yang sedang tunggu result PMR pula..rasanya dah tak lama dah result nak keluar..banyak2 la berdoa ya supaya dapat apa yang diidamkan..mana ada istilah 'merdeka' kalau ikutkan cuma mungkin sebab seronok sangat agaknya....apa2 saja la..ok la tu saja yang nak dicoretkan...wassalam.

Thursday, December 10, 2009

Wahai Pelajar, manfaatkanlah masamu!

Oleh : Abu Aqil Adnan bin Ishak

Maksud firman Allah SWT : Sesungguhnya golongan yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.( Surah al-Isra’ : ayat 27)

Berdasarkan ayat di atas, Allah telah mempersaudarakan sesiapa melakukan pembaziran dengan syaitan. Ayat ini tidak terhad melakukan pembaziran harta benda dan kewangan semata-mata. Malah ia juga merangkumi pembaziran masa bila diisi dengan perkara yang sia-sia. Apatah lagi diisi dengan perkara yang mengundang kemurkaan Allah. Golongan yang tidak pandai menggunakan masa juga tidak terlepas daripada firman Allah ini.

Cuti panjang akhir tahun masih berbaki sebulan lagi. Para pendidik dan pelajar merupakan golongan yang bertuah kerana mempunyai banyak masa lapang iaitu cuti lebih kurang sebulan setengah.Inilah keistimewaan menjadi seorang guru walau pun tugas guru kini penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

Haram Beribadah Melainkan Dengan Dalil

Oleh: Nawawi Bin Subandi

Mari kita fikirkan berkenaan beberapa pesoalan berikut:

1 - Bolekah kita melaungkan azan dan iqamah untuk perlaksanaan solat 'Ied?
2 - Bolehkah kita melaksanakan solat 'Isya' sebanyak tiga rakaat sahaja, manakala solat Subuh sebanyak lima rakaat?
3 – Bagaimana jika seseorang mahu berpuasa sunat bermula dari masuknya waktu Subuh sehingga datang subuh keesokkan harinya? Hebat bukan usaha beliau?
4 – Bolehkah kita melakukan ibadat korban pada 1 Syawal?
5 – Bolehkah kita berkorban dengan seekor gajah? Bukankah kandungan dagingnya lebih banyak dari haiwan-haiwan lain? Jadi, lebih ramai akan mendapat manfaatnya.
6 – Bolehkah kita melaksanakan majlis bacaan al-Qur'an di atas perkuburan dengan niat untuk mendapat berkat kebaikan? Atau sebaliknya untuk menghadiahkan (menyalurkan) pahala bacaan kepada penghuni kuburan?
7 – Adakah benar jika setiap kali mahu memulakan sesuatu pekerjaan itu kita mulakan dengan 200 kali bacaan Bismillah?
8 – Bolehkah kita menukarkan waktu untuk solat Fardhu Juma'at ke dalam waktu 'Asar? Atau bolehkah kita tukarkan saja ke hari yang lain seperti hari Sabtu atau Ahad?
9 – Bolehkah amalan majlis Tahlilan kenduri arwah itu dianggap sebagai salah satu dari bentuk-bentuk ibadah?

Wallahu a'lam... Jawabnya, sudah tentu tidak boleh!

Saturday, December 5, 2009

SPM: Calon boleh ambil 12 subjek

Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dibenarkan mengambil tambahan dua mata pelajaran tetapi keputusan keseluruhan akan tetap mengambil kira 10 mata pelajaran teras, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata Kabinet membuat keputusan itu setelah mengambil kira rayuan yang dibawa oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam yang mewakili banyak pihak.

Beliau berkata penjelasan menyeluruh berhubung perkara itu akan dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Md Dom.

Pendustaan Syiah di Dalam Sejarah Islam

Oleh: Hasrizal Abdul Jamil

Ulamak ilmu jarh wa ta’dil (penilaian keadilan perawi hadith) telah bersetuju secara keseluruhannya bahawa fenomena pembohongan di kalangan syiah adalah lebih menonjol dan ketara berbanding dengan kelompok-kelompok yang lain. Kitab-kitab ilmu jarh wa ta’dil yang masyhur seperti kitab-kitab Imam Bukhari, Ibnu ‘Adi, Ibnu Mu’ien, Ad-Daruquthni dan lain-lain penulisan mereka yang berikhtisaskan hal ehwal sanad periwayatan, secara nyata membuat kesimpulan bahawa, pembohongan oleh syiah adalah yang paling banyak di kalangan ahli qiblat. Bahkan muncul pepatah yang berbunyi ‘lebih pembohong dari rafidhi (syiah)’ sebagai mengisyaratkan kepada betapa seseorang itu sangat kuat berdusta.

Sebagai contoh, Abu Muawiyah Ad-Dharir Al-Kufi berkata, aku telah mendengar Al-A’masy menyebut, “…aku telah menemui orang ramai dan tidaklah mereka menamakan syiah itu melainkan sebagai para pendusta.” (lihat : Minhaj As-Sunnah oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms. 16). Al-Khatib Al-Baghdadi juga pernah meriwayatkan dengan sanad kepada Ibnu Al-Mubarak, beliau berkata, “Abu ‘Ismah telah bertanya kepada Abu Hanifah : daripada siapakah kamu memerintahkan aku supaya mendengar (untuk mengambil dan meriwayatkan hadith)?” Abu Hanifah menjawab, “Daripada setiap mereka yang adil pada hawa nafsunya melainkan syiah, kerana sesungguhnya usul aqidah mereka adalah menghukum sesat para sahabat Muhammad SAW”. (lihat : Al-Kifayah fi ‘Ilmi Ar-Riwayah oleh Al-Khatib Al-Baghdadi ms. 203).