Hosni Said Mubarak, juga dikenali sebagai Hosni Mubarak, lahir di Kafr-El Meselha, Al Monufiyah, 4 Mei 1928, umur (82 tahun) adalah presiden Mesir sejak 14 Oktober 1981.
Hala tuju Mubarak sebagai wakil presiden bermula setelah pangkatnya dinaikkan di jajaran Angkatan Udara Mesir. Kemudian, beliau menjadi presiden untuk menggantikan presiden Anwar Al Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981 oleh kelompok radikal Islam. Beliau merupakan Presiden Mesir keempat selama hampir 30 tahun sejak menjawat jawatan itu pada tahun 1981. Sebagai Presiden Mesir, dia dianggap sebagai pemimpin yang paling berkuasa di wilayahnya.
Hosni Mubarak, yang berkuasa selama tiga dekad, menghadapi protes yang belum pernah terjadi sebelumnya iaitu bermula pada hari Rabu (26/1). Walau "gerakan benci Mubarak" sudah mulai merebak di laman jejaring sosial beberapa bulan sebelum itu, namun rusuhan itu hanya terjadi setelah terinspirasi daripada penggulingan presiden Tunisia.
Mubarak tidak mempunyai pengganti yang jelas. Hal ini telah menimbulkan spekulasi bahawa beliau akan melepaskan jawatan itu kepada anaknya untuk mengambil alih. Inilah yang membangkitkan kemarahan di kalangan penunjuk perasaan.
Mubarak dikatakan seorang Presiden yang angkuh dan mementingkan diri sendiri. Beliau dikatakan telah bersedia melantik dua orang anak lelakinya iaitu Alaa dan Gamal sebagai pengganti pada masa hadapan.Mengikut BBC,beliau telah terselamat daripada 6 cubaan bunuh.Beliau juga seorang yang dikatakan tali barut Israel.Beliau salah seorang pemimpin yang tidak menyokong Amerika Syarikat keluar daripada Iraq.Tersebar juga berita mengenai kes rasuah yang melibatkan beliau dan dua orang anaknya membabitkan perolehan tender kerajaan dan syarikat swasta.Terdapat ungkapan rakyat Mesir bahawa seorang anggota polis lebih berbahaya daripada seorang penjenayah.
Berikut adalah beberapa fakta tentang Mubarak:
- Mubarak, 82 tahun, mengambil alih pemerintahan setelah kelompok radikal Islam menembak mati presiden sebelumnya, Anwar Sadat, pada tahun 1981. Komando angkatan udara ini sebaliknya "tahan lebih lama" memerintah daripada yang dibayangkan pada ketika itu.
- Mubarak dikenali sebagai seorang yang giat melakukan reformasi ekonomi yang dipimpin oleh kabinet di bawah Perdana Menteri Ahmed Nazif. Tetapi dia menutup rapat pintu pembangkang untuk berpolitik.
- Dia telah menolak perubahan politik yang signifikan, bahkan di bawah tekanan Amerika Syarikat, yang telah menyogokkan berjuta-juta dolar bantuan ketenteraan dan lainnya ke Mesir kerana menjadi negara Arab pertama yang bersedia berdamai dengan Israel, menandatangani perjanjian pada tahun 1979.
- Mubarak memenangi pemilihan pertama multi-capres tahun 2005 meskipun keputusannya sudah dijangkakan. Kelompok hak asasi manusia dan penganalisis mengatakan pemilihan itu penuh dengan penyimpangan dan penyelewengan.
- Mubarak tidak menyatakan apakah dia akan terus memerintah untuk penggal keenam pada tahun 2011. Para penjawat kerajaan telah meramalkan bahawa dia mungkin akan terus memerintah, walaupun persoalan tentang kesihatannya dibangkitkan setelah melakukan pembedahan di Jerman Mac tahun lalu. Rakyat membaca dia bakal menyerahkan kekuasaan kepada anaknya, Gamal, yang kini berusia 47 tahun. Namun baik Mubarak mahupun Gamal menyangkal dakwaan itu.
- Gamal, tidak seperti ayahnya dan presiden Mesir lainnya, tidak memiliki latar belakang ketenteraan. Para pemerhati politik mengatakan bahawa adalah lebih sukar bagi Gamal untuk naik sebagai presiden.
No comments:
Post a Comment