Secara umumnya, hadith merupakan penerangan atau penjelasan; dan sistem
perundangan tambahan kepada al-Quran.
Namun, dewasa ini, terdapat banyak pihak yang bangkit mempersoalkan kedudukan
hadith Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam yang menjadi pegangan utama umat Islam
selepas al-Qur’an, baik dari golongan mubaligh Kristian, atheist, syiah malah
dari segelintir Muslim yang menolak hadith yang sering digelar
Quranist.
Sebahagian umat Islam yang membaca atau mendengar kata-kata dan hujah mereka
kadangkala terpengaruh dan seakan menerimanya, dek kekurangan atau kosong
tentang ilmu hadith yang sangat hebat lagi unik ini. Maka, kita sebagai
pendakwah mempunyai peranan yang besar dan penting untuk mendidik masyarakat
Muslim ke arah memahami agama dengan lebih mendalam, khususnya mengenai hadith
dan sunnah nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam.
Hanya menunding jari ke arah golongan yang menyerang dan mengkritik Islam
tidak akan menyelesaikan masalah, malah ia menampakkan lagi kelemahan kita dalam
merealisasikan misi dakwah yang bersifat rahmat ke seluruh alam.