Sunday, August 31, 2008

Cerpen "Madu Dibalas Racun" - Bahagian Akhir

             Pada mulanya, Ahmad Aiman berjumpa dengan Teacher Amelia.



“Kenapa yang kamu rajin sangat dan tolong Cikgu Khairul Anwar dalam hal program lepasan PMR tu. Kenapa dia tak buat sendiri?”, kata Teacher Amelia kepada Aiman.



“Saya faham yang Cikgu Khairul Anwar memang sibuk dengan pelbagai hal lain. Jadi saya boleh mengambil kesempatan ini untuk membalas jasa cikgu-cikgu dengan tolong Cikgu Khairul Anwar”, jawab Aiman kepada Teacher Amelia.



Hati Aiman sedikit terasa seperti terguris dengan cara Teacher Amelia katakan padanya. Namun, dia tidak kisah kerana dia tahu Teacher Amelia berkata demkian kerana bersimpati dengan apa yang dihadapinya. Selepas itu Aiman terus berjumpa dengan Sir Ahmad Tarmizi pula.



                “Bagaimana tentang isu surat kutukan tu?”, tanya Sir Ahmad Tarmizi kepada Aiman.



“So far rasanya hal tersebut sudah selesai. Saya ada berbincang dengan beberapa orang pelajar kelas 3 Abu Bakar. Berdasarkan apa yang diorang cakap, saya faham bahawa diorang ingin menyalahkan saya kerana menceritakan tentang hal ini kepada cikgu-cikgu yang seterusnya menyebabkan hal ini heboh diperkatakan walaupun diorang tidak kata secara terus tetapi saya faham apa yang cuba mereka katakan . Hmm.. tadi saya berjumpa dengan pengetua dan pengetua ada juga minta kepada saya agar memberikan senarai nama pelajar yang menulis surat tu kepadanya. Begitu juga dengan Cikgu Khairul Anwar. Tetapi saya enggan memberikannya kerana saya memahami bahawa pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaan percubaan PMR tidak lama lagi. Jadi saya tidak mahu konsentrasi mereka terganggu akibat hal ini”, kata Aiman kepada Sir Ahmad Tarmizi.



“Hmm..usahlah simpati pula pada diorang. Kadang-kadang manusia perlu diajar apabila melakukan kesalahan”, kata Sir Ahmad Tarmizi kepada Aiman.



Aiman terasa pula dengan kata-kata Sir Ahmad Tarmizi itu selepas terasa dengan kata-kata oleh Teacher Amelia. Selepas itu, Aiman pulang ke kelasnya dan bersiap-siap untuk menunaikan solat zohor berjemaah di surau sekolah. Setelah menunaikan solat di surau, Aiman bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanannya dia pulang ke rumah, dia mengenangkan apa yang berlaku pada hari ini. Dia berasa penat kerana begitu sibuk dan pergi ke merata tempat dan berjumpa dengan ramai orang.



Selepas segala perkara yang berlaku ini, Aiman telah membuat keputusan untuk memenuhi permintaan para pelajar 3 Abu Bakar agar tidak mengganggu hidup pelajar tingkatan 3 selepas ini. Dia juga telah menetapkan di dalam hatinya untuk menumpukan perhatian terhadap pelajarannya di samping peperiksaan SPM yang bakal didudukinya pada tahun hadapan.



Dia juga bercadang untuk menjawab serta merungkai segala persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat-sahabatnya tentang dirinya yang sibuk untuk membantu orang lain disamping menceritakan tentang apa yang dialaminya untuk dikongsikan bersama orang lain dengan mengarang sebuah cerpen. Dia berharap dengan mengarang cepren itu, dia dapat mengurangkan rasa keperitan yang dilaluinya selama ini. Setelah menyiapkan cerpen itu, Aiman menyiarkan cerpen tersebut di blog kepunyaannya. Selepas hampir sebulan dia menyiarkan cerpen itu di blognya, dia dimaklumkan bahawa para pelajar tingakatan 3 Abu Bakar ingin menghantar cerpen rekaannya itu kepada guru disiplin.



Dia berasa mereka tidak berpuas hati kerana menganggap dia berniat untuk menjatuhkan aib mereka selain mengutuk mereka kerana terdapat kisah mereka didalam cerpennya itu. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia langsung tidak pernah berniat untuk melakukan sedemikian. Namun, dia tidak kisah mereka ingin melakukan seperti itu kerana setiap orang berhak melakukan apa-apa yang diingininya. Aiman bertindak dengan memberikan salinan cerpen yang dikarangnya itu kepada guru disiplin dan guru disiplin cuma memintanya supaya menukar sebahagian nama watak dalam cerpen tersebut dan nama sekolah yang disebut dalam cerpen tersebut. Aiman menurut kata guru disiplin itu kerana tidak mahu hal ini bertambah serius. Namun apa yang dirasakannya apabila hal ini timbul, Aiman berasakan harapannya daripada mengarang cerpen tersebut iaitu untuk mengurangkan keperitannya dalam menghadapi dugaan hidup menjadi yang sebaliknya iaitu menambahkan lagi rasa perit.



Selepas beberapa hari hal ini timbul, Aiman menerima mesej daripada seorang pelajar Tingkatan 3 Abu Bakar yang ingin memohon kemaafan daripadanya serta ingin meminta dihalalkan serta direstui segala ilmu yang telah Aiman curahkan kepadanya. Aiman berasa ilmu yang dicurahkan olehnya begitu sedikit dan tiada sebab untuk dia tidak halalkan ilmu tersebut kerana ilmu tersebut adalah milik ALLAH dan bukan miliknya. Aiman juga berasa agak sebak membaca mesej yang dihantar oleh pelajar tersebut.



Pada malam hari yang hening dan tenang, apabila Ahmad Aiman termenung dan mengenangkan segala peristiwa yang telah berlaku dalam hidupnya, dia sedar bahawa apabila kita melakukan kebaikan dalam kehidupan ini,kita tidak seharusnya mengharapkan reaksi yang baik daripada orang lain dan tidak semestinya kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan oleh orang lain. Sebaliknya kekadang, kebaikan akan dibalas dengan keburukan ibarat memberi madu dibalas dengan racun.





:: TAMAT ::



Wednesday, August 27, 2008

Cerpen "Madu Dibalas Racun" - Bahagian 9

Semasa study group itu diadakan, Ahmad Aiman ingin memberikan sedikit penjelasan kepada ahli kumpulannya.



“Saya ingin memberikan sedikit penjelasan berkaitan dengan surat yang diberikan kepada saya. Sebenarnya, niat utama kami pelajar tingkatan 4 ini sanggup terlibat dalam program study group dan menjadi mentor yang sebenarnya bukan ingin menolong para pelajar tingkatan 3 tetapi niat utama kami adalah untuk membalas jasa guru-guru kami yang telah mendidik kami sehingga kami memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR pada tahun lepas.Tetapi kami memang berniat juga untuk menolong para pelajar Tingkatan 3 tapi itu bukan niat utama kami”.



“Bagi kutukan tentang program lepasan PMR tu, saya rasa mungkin para pelajar tingkatan 3 Abu Bakar salah faham. Hal ini kerana saya cuma meminta cadangan program lepasan PMR itu untuk dikemukan pada Cikgu Khairul Anwar,dan bukan saya yang bakal mengendalikan program tersebut. Ketika korang gembira dengan tamatnya PMR, saya perlu menumpukan perhatian pada peperiksaan akhir tahun yang perlu diduduki. Jadi korang usah risau, saya tidak akan mengganggu program itu.



 “Bagi program study group, kami faham bahawa bantuan kami ini cuma berapa peratus saja bagi mereka. Lagipun saya memang akui bahawa pelajar tingkatan 3 tahun ini lebih pandai berbanding tahun lepas. Selain itu,saya akan memenuhi permintaan para pelajar tingkatan 3  agar tidak mengganggu hidup pelajar tingkatan 3 selepas ini. Saya tidak akan melalui depan kelas 3 Abu Bakar seperti yang diminta. Dan tidak dilupakan saya akan memenuhi permintaan agar study group ini dibubarkan dan hari ini ialah hari terakhir bagi study group kita. Akhir sekali, saya doakan kejayaan korang dalam PMR nanti sama ada pelajar yang baik akhlaknya mahupun pelajar yang akhlaknya bermasalah. Bagi pelajar yang akhlak bermasalah, saya turut doakan agar mereka akan diberi hidayah dan petunjuk daripada ALLAH dan seterusnya insaf dan berubah. Saya memohon jutaan kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan terhadap korang. Ini ialah kali terakhir kita mengadakan study group. Diharapkan korang berpuas hati dengan pembubaran study group ini sebagai memenuhi permintaan korang ”, kata Aiman kepada ahli kumpulannya.



Selepas itu, study group itu dibubarkan. Keesokan harinya Aiman dipanggil untuk berjumpa dengan pengetua sekolah. Semasa berjumpa dengan pengetua sekolah, Aiman menceritakan segala yang berlaku dan pengetua meminta agar bersabar menempuhi dugaan dan tohmahan. Pengetua juga ada meminta Aiman agar memberikan kepadanya surat-surat tersebut dan ingin mengetahui siapakah gerangan penulis-penulis surat tersebut. Namun, Aiman sengaja buat-buat terlupa dan tidak memberikan surat tersebut kepada pengetua sekolah serta tidak memberitahu pengetua sekolah mengetahui siapakah gerangan penulis-penulis surat tersebut.



Sejurus selepas berjumpa dengan pengetua sekolah, Aiman diberitahu oleh Cikgu Khairul Anwar agar memberikan senarai nama pelajar yang menjadi penulis surat-surat tersebut. Pada mulanya, Aiman berhasrat memberikan senarai nama itu kepada Cikgu Khairul Anwar. Namun, dia berubah fikiran dan tidak memberikan senarai nama itu kepada Cikgu Khairul Anwar kerana dia memahami bahawa pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaan percubaan PMR tidak lama lagi.



Jadi dia tidak mahu konsentrasi mereka terganggu akibat hal itu. Selepas itu, Aiman pergi ke bilik guru dan terjumpa dengan Teacher Amelia dan Sir Ahmad Tarmizi.





 



Apakah yang dikatakan oleh Teacher Amelia dan Sir Ahmad Tarmizi kepada Ahmad Aiman?



Bersambung…..





Sunday, August 24, 2008

huh.. School Break is getting over.

Assalamualaikum.

Today is the last day for this school break. But my homework is still not finished. I am not so well during this school break. So I spent a lot of time by taking a rest. I am so worried to get the mid-term 2 exam's result. I predict that I would fail for biology and physics. Especially for physics. Huhu.. Whatever it is, let us just wait and see how do my result will be. Sorry for all grammar mistakes. Wishing u have a nice day.

Mengapa Mudah Sangat Menilai Urusan Agama Sebagai Perkara Remeh ?

Penulis : Mohd Hairi Bin Nonchi (Pendidikan Dengan Sains Sosial – Universiti Malaysia Sabah)
 
Di kalangan umat Islam ada segelintir pihak yang terlalu bermudah-mudahan dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara yang bersangkutan dengan urusan agama. Pada mereka, membicarakan permasalahan agama terutamanya yang berkaitan dengan perkara yang dianggap sebagai furu' (cabang) adalah perkara remeh yang tidak sepatutnya diberi ruang untuk diperbincangkan, kerana kononnya tindakan tersebut dikhuatiri boleh mencelarukan keadaan dan mengancam keharmonian masyarakat - sungguhpun - sesuatu yang dipandang sebagai perkara "furu'" dan "remeh" tersebut telah jelas akan pelarangannya di sisi syarak, bahkan secara terangan-terangan ia turut disentuh oleh agama sebagai perbuatan yang boleh membawa si pelakunya kepada perbuatan dosa sebagaimana yang dapat dilihat berdasarkan kepada keterangan beberapa riwayat atau hadis-hadis Rasulullah saw.





Oleh itu, pada kesempatan ini, penulis cuba menganalisa sikap sesetengah pihak yang terlalu suka memandang kecil urusan agama secara membuta tuli tanpa mengambil pertimbangan yang sewajarnya. Dengan membawa hujah-hujah ilmiah, penulis akan membuktikan bahawa tidak kesemua perkara yang kelihatan sebagai perkara kecil dan remeh itu adalah perkara "enteng" sehingga boleh dibiar dan diperlekehan begitu sahaja. Justeru, tujuan makalah ini ditulis adalah tidak lain hanyalah semata-mata untuk mengajak para pembaca sekalian agar sama-sama memuhasabah diri supaya dengan kesedaran ini sikap suka memandang enteng perkara agama tidak lagi membudayai dalam diri setiap individu muslim. Ini adalah suatu yang amat mustahak untuk diketengahkan kerana jika sikap dan mentaliti seperti ini tidak ditegur dan diubah, penulis amat yakin akan muncul terlalu banyak lagi masalah agama yang sepatutnya diberi perhatian serius akan terabai dan terpinggir begitu sahaja tanpa adanya usaha untuk mengembalikannya semula kepada kedudukan yang sebenar sesuai dengan kehendak Allah swt dan Rasul-Nya.   



Ketegasan Rasulullah SAW Dalam Mempertahankan Ketulenan Inti Ajaran Islam      



Suatu perkara yang perlu kita renungi bersama berhubung dengan ajaran agama Islam adalah ia merupakan satu-satunya ajaran yang paling unik dan amat berbeza dengan agama yang lain kerana sifatnya yang syumul (menyeluruh) dan mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Rasulullah saw dalam rangka mengajak umat manusia kepada tauhid, ibadah dan akhlak islamiyyah, tidak pernah sama sekali pun memperkecilkan mana-mana bahagian dalam urusan agama mahupun sesuatu yang berhubungkait dengannya, baik yang berkaitan dengan perkara aqidah, ibadah, sosial, politik, pembangunan, ekonomi, ketahanan dan pertahanan hatta kepada perkara-perkara kecil seperti adab-adab memasuki tandas mahupun ketika menjamu makanan.               



Justeru, dalam mempertahankan kesucian dan ketulenan ajaran Islam yang dibawanya, baginda saw akan segera bertindak memperbetulkan sikap mana-mana pihak yang cuba merombak atau merubah ketulenan inti ajarannya, walaupun sesuatu perkara yang cuba di ubah itu adalah suatu yang amat kecil dan kelihatan remeh-temeh. Dalam sebuah riwayat daripada Ibn 'Abbas radhiallahu 'anhu, katanya:  Pada pagi hari 'Aqabah (musim haji) Rasulullah bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: 'Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-'Aqabah)'. Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang kesemuanya sebesar biji kacang. Apabila aku meletakkannya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: ' (ya!) sebesar ini! Jauhilah kamu melampau dalam agama (al-Ghulu) kerana sesungguhnya al-Ghulu telah membinasakan mereka yang sebelum kamu  (Sanad sahih – dikeluarkan oleh  al-Nasaa'i, Ibn Majah dan Ahmad. Disahihkan oleh Khuzaimah dalam Shahih Ibn Khuzaimah. (Rujuk Shahih Ibn Khuzaimah, jilid 15, ms. 276). Selain itu, Syaikh Nashiruddin al-Albani juga turut mensahihkannya dalam al-Silsilah al-Sahihah, jilid 3, ms. 278)               



Jika dilihat daripada hadis di atas, maka dapat diambil iktibar bahawa melakukan sesuatu perkara di luar batasan yang telah digariskan oleh ajaran Islam, meskipun pada pandangan kita tindakan yang diambil itu hanyalah suatu tindakan yang kelihatan kecil dan baik di sisi akal, maka ianya tetap dianggap sebagai suatu yang ditegah dan dilarang oleh Islam. Lihatlah, baginda saw mengklasifikasikan tindakan mengubah suruhan baginda sekalipun dalam hal menentukan saiz batu yang hendak digunakan untuk melontar jamrah itu adalah sebagai tindakan al-ghulu (melampaui batas) dalam agama yang boleh membawa umat kepada kehancuran sebagaimana yang telah menimpa ke atas umat terdahulu. Jika dalam perkara "remeh" yakni hanya dalam masalah penentuan saiz batu itu pun baginda saw sudah bertegas, maka bayangkanlah bagaimana agaknya reaksi baginda terhadap perkara yang lebih "besar" daripada itu seperti masalah amalan-amalan bid'ah dalam masyarakat yang sesetengahnya dianggap sebagai perkara "furu" oleh pihak-pihak tertentu? Penulis amat yakin dan percaya sudah tentunya baginda saw akan lebih prihatin dan bertegas terhadapnya.   



Kerdilnya Sesuatu Perkara Pada Pandangan Kita Tidak Harus Dijadikan  Alasan Bagi Menganggapnya  Sebagai Perkara Remeh   Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw memberi khabar kepada umatnya bahawa Allah swt akan memasukkan seseorang hamba itu ke api neraka walaupun dosa yang dilakukannya itu hanyalah perkara kecil yang sebanding dengan saiz sekerat buah tamar. Perhatikan hadis sahih riwayat al-Bukhari (hadis no: 1347, 1351 dan 3400) berikut:  Takutlah kamu akan (seksaan api) neraka walaupun kerana (dosa kesalahan sekadar) sekerat buah tamar   Selanjutnya dalam riwayat yang lain, juga riwayat Bukhari, baginda saw memberitakan bahawa hanya dengan ungkapkan satu kalimah sahaja yang dianggap berdosa disisi agama, maka seseorang itu akan disumbatkan oleh Allah swt ke neraka sebagaimana sabdanya berikut : Sesungguhnya seseorang hamba berkata (hanya) dengan satu kalimah yang tidak disedarinya yang mendatangkan kehinaan Allah yang kerananya ia memasuki neraka jahanam   



Dengan penerangan kedua-dua buah hadis sahih di atas, rasanya sudah cukup menjadi hujah dan sekaligus sebagai pengajaran bahawa tidaklah sepatutnya seseorang muslim itu dengan sewenang-wenangnya mudah melabelkan sesuatu perkara itu sebagai perkara remeh hanya semata-mata ianya dipandang sebagai sesuatu yang kecil atau kerdil.   Mengambil Sebahagian Ajaran Agama Dan Meninggalkan Sebahagian Yang Lain Menyerupai Amalan Orang-Orang Yahudi, Nasrani Dan Aliran-Aliran Kesesatan  Yang Bertopengkan Jenama Islam    



Antara prinsip asas yang ditekankan di sisi ajaran Islam, ia memerintahkan agar setiap penganutnya berusaha semampu yang mungkin untuk dapat menyempurnakan segala perintahnya sesuai dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan dicontoh oleh Rasul-Nya. Ini dilakukan tanpa mengambil kira sesuatu amalan atau perkara tersebut sama ada ianya duduk dalam perkara yang dianggap besar mahupun kecil pada pandangan kita.  Hal ini kerana, menurut perspektif ajaran Islam, tidak ada suatu pun perkara yang disentuh oleh Allah swt dan Rasul-Nya melainkan semua itu dipandang sebagai suatu perkara yang mustahak dan penting demi kemaslahatan umat manusia seluruhnya . Menyedari akan hakikat ini, maka selaku orang muslim kita hendaklah menerima sepenuhnya apa jua yang telah disampaikan dan ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya tanpa memilih-milih sebahagiannya dan meninggalkan sebahagian yang lain sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah, ayat ke – 208:   



Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruhnya   



Jika kita perhatikan di dalam al-Qur'an dan al-Hadis baginda saw, akan kita temui beberapa perintah Allah swt dan Rasul-Nya kepada umat muslimin agar menghindarkan diri daripada bersikap memandang remeh kepada perkara-perkara yang bersangkutan dengan urusan agama, apatah lagi apabila ia merupakan sesuatu yang boleh mencabar kesempurnaan agama dan mencemari kemurniaan inti ajarannya. Sekali lagi ditegaskan bahawa, Islam sesuai dengan sifatnya sebagai suatu agama yang lengkap lagi sempurna tidak sesekali pernah membeza-bezakan atau memisah-misahkan mana-mana ajarannya sebagaimana golongan muktazilah yang membahagi-bahagikan ajaran Islam kepada perkara ushul yang dianggap perkara besar dan furu' yakni perkara yang dianggap sebagai remeh dan kecil. Demikian juga, kerana ia adalah sikap yang menyerupai sikap orang-orang kafir yang hanya mengambil sebahagian agama dan meninggalkan sebahagian yang lainnya. Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah, ayat 85:  Apakah kamu hanya percaya kepada sebahagian (daripada isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari kamu, selain daripada kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari Kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan   



Telah berkata Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah:   



".... Pembahagian suatu amalan dengan nama 'Ushul' dan bentuk yang lain dengan nama 'Furu' tidak ada asalnya daripada para sahabat – radhiallahu 'anhum -, para tabi'in yang mengikuti mereka dengan baik dan tidak pula daripada imam kaum muslimin. Sesungguhnya, pembahagian ini hanyalah diambil daripada kaum Mu'tazilah dan orang-orang yang sealiran dengan manhaj mereka dari kalangan Ahlul Bid'ah. Daripada merekalah pembahagian itu diambil. Sehingga para fuqaha' menyebutkannya dalam kitab-kitab mereka, sedangkan ianya adalah pembahagian yang saling bertentangan..."  - (Ibn Taimiyyah dalam kitab Majmu' al-Fatawa, jilid 23, ms. 346-347. Dinukil daripada buku Membela Sunnah Nabawiyah, Abdul Wahab bin Bustami, terbitan Jahabersa, 2006M, ms. 196)   



Meneladani Sikap Dan Prinsip Generasi Salaf As-Soleh   



Di kalangan para sahabat, mereka tidak pernah membeza-bezakan mana-mana inti ajaran Islam yang telah diajarkan oleh baginda saw kepada mereka. Apa sahaja yang disampaikan dan diajarkan oleh baginda saw kepada mereka, mereka menerima sahaja tanpa banyak soal atau mempertikaikannya sama ada yang diajar itu duduk dalam perkara kecil atau besar. Pada mereka, semua yang dijelaskan oleh baginda saw adalah suatu perkara besar kerana mereka amat sedar bahawa semua perintah suruhan dan larangan baginda saw itu adalah amanah yang bersumberkan langsung daripada wahyu Allah swt. Firman Allah swt dalam surah al-Najm, ayat 3-4:  Bukanlah apa yang diucapkan (al-Qur'an mahupun hadis oleh Muhammad) menurut hawa nafsunya. Ucapan itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)      



Sebab itulah, pada ketika itu tidak kedengaran seorang pun dari kalangan mereka yang cuba mempersoalkan, apatah lagi memperlekehkan ajaran baginda saw. Sekiranya ada pun, mereka segera mengingkarinya lalu memperbetulkannya semula, sungguhpun perkara tersebut kecil pada pandangan manusia. Cuba perhatikan  riwayat dari Naafi' di bawah ini :   



Seorang lelaki telah bersin di sisi Ibn 'Umar r.a lalu berkata: "Alhamdulillah Wassalam 'ala Rasuulillah". Ibnu 'Umar lantas berkata: "Aku juga berkata "Alhamdulillah Wassalam 'ala Rasuulillah" (akan tetapi) bukan begitu yang diajar oleh Rasulullah saw kepada kami (selepas bersin). Baginda saw mengajar kami agar menyebut : "Alhamdulillah 'ala kulli haal (Sanad Sahih – dikeluarkan oleh at-Tirmidzi dalam Kitabul Isti'zan wal Adab, jilid 8, ms.8 (no:2882) dan al-Hakim dalam al-Mustadrak, Kitabul  Adab, jilid 4, ms. 295 (no: 7691).   



Lihatlah betapa sikap para sahabat radhiallahu 'anhum ajma'in sangat prihatin dalam memelihara kesucian agama Allah swt. Sungguhpun perkara tersebut hanyalah perkara kecil dan dianggap baik yakni sekadar penambahan kalimah selawat, namun mereka tidak memandangnya sebagai perkara "remeh" yang hanya boleh dibiarkan begitu sahaja. Sebaliknya, mereka bertegas kerana perbuatan tersebut secara terang-terangan telah merombak ajaran baginda saw dan mencabar syariat Allah swt yang maha sempurna. Prinsip dan sikap inilah yang menjadi pegangan para sahabat dan seterusnya dipertahankan oleh generasi awal Islam dari kalangan tabi'in dan tabi'ut tabi'in.



Dengan sikap dan prinsip yang sedemikian, maka akhirnya mereka telah diangkat oleh baginda saw sebagai sebaik-baik generasi umat Islam yang patut dicontohi dan diteladani oleh seluruh umat selepas peninggalan mereka sebagaimana yang telah disabdakan oleh baginda saw dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari (hadis no: 3650) , sebagaimana sabdanya: Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi'in) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi'ut at tabi'in)   Seterusnya cubalah kita bandingkan, betapa jauhnya titik perbezaan sikap antara para sahabat dengan sikap segelintir umat Islam hari ini. Sekalipun ada di kalangan mereka yang telah ditegakkan hujah dan dicerahkan segala kekeliruan mereka mengenai pelarangan beberapa amalan berdasarkan dalil-dalil syar'i oleh ahli-ahli sunnah , namun mereka tetap juga bertahan dengan hujah "kedegilan" mereka dengan ucapan yang lazim kita dengari bersama seperti :      



" .... Takpe, inikan perkara kecil, benda furu' dan khilaf ulama'. Tak usahlah dibesar-besarkan perkara furu' dan khilaf ini. Buat umat berpecah-belah jerr. Lebih baik kau bincang saja pasal isu-isu besar seperti masalah murtad, gejala sosial, soal perpaduan ummah dan keharmonian masyarakat. Lupakan jelah pasal benda-benda furu' ni, buang masa kau jer !!!....  "   



"Kedegilan" mereka tidak terhenti setakat di situ, malah lebih dari itu mereka juga turut mentohmah pihak yang menegur sebagai "sempit fikiran", jumud, jahil, suka membesar-besarkan perkara furu'iyyah dan pelbagai lagi gelaran negatif berupa sindiran dan hinaan seperti puak salafi wahhabi sesat dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pada penulis dan mereka yang mencintai kebenaran, ini bukanlah suatu perkara yang baru, bahkan ianya adalah suatu perkara yang sudah pun sekian lama disinggung oleh salah seorang ulama, Abu 'Uthman As-Sobuni rahimahullah (499H)  sebagaimana katanya: "...



Ciri-ciri ahlul bid'ah adalah sangat jelas dan yang paling jelas adalah sikap mereka yang secara terang-terangan memusuhi dan menghina Ahl Sunnah dan Ahl Athar serta menuduh mereka dengan tuduhan yang buruk seperti Al-Hasyawiyyah (orang yang mementingkan perkara remeh-temeh), Al-Jahalah (orang yang jahil) dan Al-Musyabbihah (menyerupakan sifat Allah dengan sifat makhluk) ... "- (Ismail Ibn 'Abd Ar-Rahman Ibn Ahmad, 'Aqidah as-Salaf wa Ashbab al-Hadith. Dinukil daripada buku Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahhabiyah, Hafiz Firdaus Abdullah, terbitan Jahabersa, 2003M, ms. 35)   



Suatu perkara yang menarik untuk dikongsikan bersama, penulis sendiri pernah mengajak beberapa pihak untuk membincangkan beberapa isu berkaitan dengan kepincangan yang sering berlaku dalam ibadah umat Islam, khususnya berhubung dengan ibadah  solat, yang pada  pengamatan penulis bukan sedikit umat Islam hari ini telah membudayai kesilapan-kesilapan tersebut dalam ibadah solat harian mereka.



Dalam perbualan ringkas penulis dengan beberapa pihak tersebut, penulis tidaklah membangkitkan beberapa amalan yang sudah sedia maklum ianya termasuk dalam perkara khilafiyyah ulama' (masalah ijtihadiyyah) seperti kebolehan amalan membaca surah al-fatihah di belakang imam, mendahulukan tangan sebelum lutut atau sebaliknya ketika hendak melakukan sujud, persoalan mengenai amalan menggerak-gerakkan jari ketika tasyahhud, persoalan hukum mensirr atau mejahrkan bacaan basmallah pada permulaan surah al-fatihah dan sebagainya.    



Sebaliknya, isu yang cuba penulis utarakan adalah berkenaan masalah kesilapan dalam solat yang lazim berlaku di kebanyakan masjid hari ini seperti sikap mencuaikan perintah melurus dan merapatkan saf solat, mengabaikan thuma'ninah, meliarkan pandangan ketika solat dengan sengaja, cara zikir dengan sekian-sekian lafaz dan bilangan yang tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah saw dan sebagainya di mana semua itu telah jelas akan pelarangannya dari hadis-hadis Rasulullah saw serta lansung tidak memiliki sebarang sandaran dan hujah di sisi syarak.   



Apa yang sangat melucukan dan sekaligus membuatkan penulis merasa musykil adalah bagaimana mungkin amalan yang sudah jelas lagi bersuluh akan pelarangannya itu begitu mudah diheret kepada masalah remeh, furu' dan khilafiyah  ulama' yang tidak patut dibincangkan ???. Inilah natijahnya, apabila persoalan agama diperkecil-kecilkan kedudukannya sehingga ke tahap apa sahaja yang bersangkutan dengan persoalan ibadah solat semuanya dianggap sebagai perkara furu' atau sebagai perkara remeh belaka.



Pengalaman ini mengingatkan penulis kepada kata-kata seorang tokoh muhaddith yang cukup terkenal di abad ini, Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (1420H) :     " .... yang kita dengar tentang pembahagian Usul dan Furu' dari setiap da'i (pendakwah) Islam pada hari ini yang tidak bermanhaj dengan manhaj Salafus-Soleh, sebagaimana yang telah kita sebutkan tentang pembahagian Lubb (isi) dan Qusyur (kulit) adalah coretan zaman yang yang akan menghancurkan kaum muslimin dan menjadikan mereka jauh dari Islam ketika mereka menginginkan untuk mendekatinya! sekarang dengan saqafah (wawasan) yang kamu miliki dan ilmu yang kamu miliki, tidak dapat membezakan Usul dan furu'? kecuali apa yang mereka maksudkan dengan Usul itu ialah masalah yang berhubungan dengan akidah sahaja dan tidak termasuk di dalamnya pekara-perkara yang berhubung dengan hukum-hukum. kalau begitu, solat yang merupakan rukun kedua, tidak termasuklah dalam Usul dan hanya termasuk dalam furu'?! mengapa? kerana solat tidak termasuk dalam masalah akidah  mahdhah!! pembahagian ini amat merbahaya sekali !!  (Majalah Salafy, edisi XIII, 1417/1997. Dinukil daripada buku Membela Sunnah Nabawiyah, Abdul Wahab bin Bustami, terbitan Jahabersa, 2006M, halaman. 197)   



Hendaklah kita sentiasa sedar bahawa orang yang suka memandang remeh persoalan agama samalah seperti mereka yang suka memperlekehkan suruhan dan perintah serta membelakangkan Allah dan Rasul-Nya. Sebenarnya, dalam persoalan agama ini, tidak ada perkara yang kecil yang boleh dianggap remeh-temeh kerana agama Islam adalah hak dan wahyu dari Allah. Setiap yang tersentuh oleh agama, tidak kiralah sama ada ia duduk dalam kategori atau perkara mana pun, semuanya adalah merupakan suatu perkara yang tetap dipandang dan dianggap besar oleh Allah dan Rasul-Nya. Justeru, siapalah kita untuk meremehkan perkara yang menjadi hak Allah dan Rasul-Nya, apatah lagi mengadakan-adakan suatu yang tidak diperintahkan dengan cara menokok tambah atau mengurang-ngurangkan dalam urusan agama-Nya?  Hanya orang-orang yang fasik, jahil, taksub, "pentaklid buta yang setia" serta mereka yang memiliki sikap ego sahajalah yang sering beralasan dan bersikap sebegitu. Akhir sekali, renungilah pesanan kedua-dua tokoh di bawah ini, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah (852H) dan al-Imam al-Barbahari rahimahullah (329H) untuk dijadikan sumber peringatan buat kita bersama. Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah (852H):   



".... Dan sebab (bagi) peringatan ini ialah (kerana) sesungguhnya (orang) yang mengadakan bid'ah itu kadang-kadang mengambil mudah dengannya kerana keremehan (kekerdilan) perkara itu (menurut pandangan mereka) pada peringkat awalnya, sedangkan dia tidak perasan kerosakan yang akan berlaku akibatnya... "  (al-Asqalani, Ahmad Ibn 'Ali Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari Bi Sharh Sahih al-Bukhari, Dar al-Ma'rifah, Beirut, 1379H,  jilid 13, ms. 302)   



Seterusnya al-Imam al-Barbahari rahimahullah (329H) pula berkata :    



"....Dan awasilah perkara-perkara bid'ah kecil  kerana ia akan berulang menjadi besar. Demikianlah setiap (amalan) bid'ah yang diada-adakan di kalangan umat ini, pada mulanya adalah kecil dan mirip kepada kebenaran sehingga orang yang memasukinya (melakukannya) tertipu dengannya. Kemudian dia tidak dapat lagi keluar lagi darinya (kerana sudah menjadi prinsip dan pegangan hidupnya dalam beragama, pen) dan menjadi satu agama yang dianuti sehingga menyalahi jalan yang lurus dan akhirnya terkeluar dari ajaran Islam... "  (Hasan Ibn 'Ali Khalaf al-Barbahari, Syarh as-Sunnah, dalam 'Ali Ibn Hasan Ibn 'Ali Ibn 'Abd Al-Hamid Al-Halabi,  'Ilm Usul al-Bida', Dar Ar-Rayah, Riyadh, 1417H, ms. 247)    



Sekian, wallahu'alam.

Cerpen "Madu Dibalas Racun" - Bahagian 8



Selepas menerima plastik seperti sampul surat itu, Ahmad Aiman lantas membuka plastik tersebut lalu melihat apa yang terkandung di dalamnya. Pada mulanya dia mendapati surat-surat tersebut ialah kertas cadangan untuk program lepasan PMR. Dia tertawa dengan sebahagian cadangan yang agak melucukan. Namun selepas itu dia mendapati ada surat yang mengutuknya dengan kata-kata yang menyakitkan hati.



Antara isi kandungan surat kutukan itu ialah “kalau abang ingin tahu,sumbangan abang untuk kejayaan kami cuma 3%. Jadi bubarkan study group!”, “kalau abang mempunyai cadangan aktiviti lepasan PMR untuk kami,simpan dan lupakan sajalah cadangan tersebut. Kami sudah merancang hidup kami sendiri”, “kami para pelajar tingkatan 3 memang tidak suka pada kamu”, “jangan ganggu hidup kami pelajar tingkatan 3”, “Adakah terdapat senior pada tahun lepas mengadakan program study group ini untuk abang? Kenapa abang kalut sangat nak adakan program tersebut untuk kami”, “jangan lalu depan kelas kami dah” dan “tak payah la jaga tepi kain orang”.



Hati Aiman berasa agak terluka taktala dia membaca surat-surat kutukan dan luahan rasa hati tersebut. Namun dia terima semua kutukan tersebut dengan hati yang  terbuka. Lantas dia ke bilik kaunseling untuk berjumpa dengan Cikgu Khairul Anwar. Namun, ketika itu Cikgu Khairul Anwar sedang sibuk dengan urusan lain. Lalu dia berjumpa dengan Ustaz Mohd Asri dan menceritakan tentang apa yang berlaku dan Ustaz Mohd Asri mengambil salah satu surat kutukan tersebut. Ustaz Mohd Asri meminta Aiman agar jangan adakan study group untuk para pelajar tingkatan 3 lelaki dah selepas membaca kandungan surat tersebut. Aiman berkata pada Ustaz Mohd Asri, “Saya tak kisah diorang mahu kutuk atau nak kata apa-apa pada saya. Asalkan saya tak ada melakukan kesalahan pada diorang. Apapun,saya doakan kejayaan diorang sama ada pelajar yang baik akhlaknya mahupun pelajar  yang akhlaknya bermasalah. Bagi pelajar yang akhlaknya bermasalah, saya turut doakan agar mereka akan diberi hidayah dan petunjuk daripada ALLAH dan seterusnya insaf dan berubah. Saya tahu diorang pasti akan mengutuk saya kerana saya menceritakan tentang hal surat ini kepada cikgu. Namun, saya ceritakan hal ini kepada cikgu-cikgu kerana saya mengganggap cikgu-cikgu sebagai ibu bapa kedua saya. Apabila saya ditimpa masalah,pastilah saya rasa ingin mengadu kepada ibu bapa saya. Diorang tu bolehlah berkata mengikut sedap hati kerana mereka tidak melalui apa yang saya lalui ”.



Ustaz Mohd Asri membalas, "Segala pengorbanan yang kamu lakukan hanya ALLAH yang dapat membalasnya. Kamu usah pedulikan para pelajar tingkatan 3 dah ok. Mereka tu berlagak dan tak sedar diri”. “Hmm..kalau semua yang saya lakukan tu tidak ikhlas,memang saya tidak akan dapat apa-apa ganjaran daripada ALLAH. Saya sendiri pun tidak tahu sama ada saya ikhlas melakukan semua ini ataupun tidak”, kata Aiman kepada Ustaz Mohd Asri.



Pada petang itu, Aiman telah dimaklumkan bahawa Ustaz Mohd Asri telah naik bengang dan memarahi para pelajar 3 Abu Bakar atas surat tersebut. Dia berasa serba salah pula kerana menunjukkan surat itu kepada Ustaz Mohd Asri kerana Ustaz Mohd Asri kini sedang menghadapi penyakit  jantung. Dia bimbang ia akan memberi kesan terhadap kesihatan Ustaz Mohd Asri. Pada petang itu, Aiman mengadakan study group seperti biasa. Semasa study group diadakan, Aiman ingin memberikan sedikit penjelasan kepada ahli kumpulannya.





Apakah penjelasan yang ingin diberikan oleh Ahmad Aiman ?



Bersambung…..



Wednesday, August 20, 2008

Cerpen "Madu Dibalas Racun" - Bahagian 7

Ketika Ahmad Aiman ingin pulang ke rumah pada hari terakhir bengkel tersebut diadakan,dia ditakdirkan terdengar satu perbualan oleh dua orang pelajar tingkatan 3. “Wei..aku hairan la kenapa Abang Aiman tu sibuk sangat nak hadir bengkel ni sama?”,kata pelajar tersebut. “Entahlah..mana aku nak tau. Dia nak tunjuk baik la tu dan nak dapat pujian daripada cikgu-cikgu kata dia tu rajin.”,kata rakan bagi pelajar tersebut. Aiman tidak berkata apa-apa mendengar perbualan mereka berdua dan terus pulang.



Cuti sekolah pun berlalu pergi dan para pelajar meneruskan pembelajaran untuk sesi penggal yang kedua. Pada suatu hari, kaunselor sekolah iaitu Encik Khairul Anwar Bin Ismail ingin berjumpa dengan Aiman. “Kenapa cikgu nak jumpa saya?,kata Aiman kepada Cikgu Khairul Anwar. “Cikgu nak minta pendapat kamu sikit tentang program lepasan PMR untuk tahun ini. Kamu kan dah lalui PMR dan kamu mesti tahu apa aktiviti yang patut dilaksanakan selepas PMR”,jawab Cikgu Khairul Anwar



“Kenapa cikgu tak tanya pelajar tingkatan 3 saja. Diorang yang mengikuti program tu bukan saya. Tapi tak mengapa,nanti saya buat survey ke atas sebahagian pelajar tingkatan 3 dan hasilnya akan saya serahkan kepada cikgu kemudian”,kata Aiman. “Baiklah kalau begitu,nanti cikgu tunggu hasilnya ok”,balas Cikgu Khairul Anwar. Keesokan harinya Aiman telah memanggil Ketua Tingkatan 3 Abu Bakar iaitu Mohd Hakimi.



“Ni saya nak minta tolong kamu sikit. Bagi kertas ni kepada semua pelajar 3 Abu Bakar dan minta mereka tulis cadangan untuk program lepasan PMR. Lepas tu tolong serahkan kembali kepada saya sebelum balik ok”,kata Aiman kepada Hakimi. “Ok,Abang Aiman”,kata Hakimi kepada Aiman.



Pada waktu rehat, soerang pelajar tingkatan 3 bernama Yazid Imtiyaz telah menemui Aiman dan memberikan satu plastik seperti sampul surat kepadanya sambil mengatakan ia daripada para pelajar 3 Abu Bakar.





Apakah yang terkandung dalam plastik seperti sampul surat itu?



Bersambung…..

Tuesday, August 19, 2008

Cerpen "Madu Dibalas Racun" - Bahagian 6

           Guru-guru tersebut ingin berjumpa dengannya kerana ingin bertanya sama ada Ahmad Aiman mempunyai masa lapang semasa cuti persekolahan nanti untuk membantu mereka dalam program bengkel untuk para pelajar tingkatan 3. “Adakah kamu mempunyai masa lapang tak cuti sekolah ni?”,tanya Ustaz Mohd Asri kepada Aiman. “Hmm…rasanya ada. Kenapa cikgu?”,jawab Aiman kepada Ustaz Mohd Asri.



“Kalau kamu ada kelapangan, datanglah sekolah semasa cuti sekolah nanti untuk membantu cikgu-cikgu dalam program bengkel untuk para pelajar tingkatan 3”,kata Ustaz Mohd Asri.



“Oh,begitu. Insya ALLAH saya pasti akan hadir untuk membantu cikgu-cikgu disamping boleh tolong para pelajar tingkatan 3 sama.”, kata Aiman kepada Ustaz Mohd Asri dan guru-guru yang lain.



Cuti sekolah pun tiba. Aiman memenuhi jemputan cikgu-cikgu agar hadir ke sekolah bagi membantu mereka dalam program bengkel untuk para pelajar tingkatan 3. Semasa program tersebut, Aiman gembira kerana dapat membantu cikgu-cikgunya disamping dapat membantu para pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini.



Dalam program ini Ahmad Aiman dapat melihat dan mengenali para pelajar tingkatan 3 tahun ini. Dia mengakui sebahagian besar para pelajar tingkatan 3 tahun ini merupakan para pelajar yang bijak pandai dan berpotensi tinggi untuk berjaya dalam PMR. Namun terdapat juga segelintir pelajar yang bermasalah dan tidak menghormati cikgu-cikgu. Aiman berasa amat geram dengan pelajar-pelajar yang berkenaan selepas mendengar beberapa luahan rasa hati semasa bengkel tersebut oleh cikgu-cikgu yang mengajar para pelajar tingkatan 3 tentang sikap mereka yang bermasalah.



                Selain itu, Aiman akui bahawa dia menabik hormat terhadap para pelajar tingkatan 3 Abu Bakar yang mana sebahagian besar para pelajarnya amat berpotensi untuk mendapat keputusan 9A dalam PMR nanti. Dia juga akui para pelajar tingkatan 3 Abu Bakar jauh lebih pandai berbanding dengan para pelajar kelas yang sama tahun lepas yang mana dia merupakan salah serorang daripadanya. Malah dia menjangkakan 35 orang calon PMR pada tahun ini akan mendapat keputusan 9A dalam PMR yang mana 20 orang daripadanya dari kelas 3 Abu Bakar berbanding hanya 16 orang calon PMR pada tahun lepas yang mendapat keputusan 9A dalam PMR yang mana 9 daripadanya dari kelas 3 Abu Bakar.



                Ketika Aiman ingin pulang ke rumah pada hari terakhir bengkel tersebut diadakan,dia terdengar satu perbualan oleh dua orang pelajar tingkatan 3.





Apakah yang terkandung dalam perbualan pelajar tingkatan 3 itu?



Bersambung…..

Sunday, August 17, 2008

Cerpen "Madu Dibalas Racun" - Bahagian 5



Ahmad Aiman berasa cukup sakit hati dan kecewa dengan sikap sesetengah ahli kumpulannya yang tidak jujur dengan tidak mengaku bahawa mereka tidak berminat dengan program itu dan apabila study group dibuat, mereka tidak hadir. Apabila study group diadakan, hanya sebahagian kecil sahaja daripada ahli kumpulannya yang hadir. Tetapi Aiman tidak kisah walaupun kehadiran hanya sedikit kerana baginya program ini diadakan bagi sesiapa yang berminat sahaja dan bukannya satu paksaan.



Ketika mengadakan study group juga, Aiman terpaksa berasa sakit hati lagi apabila ada ahli kumpulan yang hadir yang tidak memberikan tumpuan dan bersembang. Pada saat ini, dia dapat merasakan bagaimana perasaan seorang guru ketika mengajar di dalam kelas dan dia merasakan ia satu pengalaman baru baginya yang jarang-jarang diperoleh oleh orang lain. Bagi kumpulan lain, kebanyakan mentor hanya mengadakan study group hanya sekali kerana kehadirannya cukup mengecewakan. Mereka berasa sungguh kecewa dan memutuskan untuk tidak meneruskan study group tersebut.



Ahmad Aiman telah memaklumkan hal tersebut kepada Ustaz Mohd Asri dan beliau telah berkata kepada Aiman,”Korang mentor tingkatan 4 usah teruskan study group ni. Program ni cuma buat kalian sakit hati saja”.Tetapi bagi Aiman,dia tetap meneruskannya kerana dia nampak ada ahli kumpulannya yang begitu komited untuk belajar meskipun ada yang hadir tetapi hanya menyakitkan hatinya.



Menjelang peperiksaan pertengahan tahun,Aiman yang begitu tertekan dengan kerja rumah yang begitu banyak disamping pelbagai beban yang perlu dipikul dia serta dugaan yang dihadapi memutuskan untuk tidak mengulangkaji pelajaran bagi peperiksaan ini. Dia cuma membaca buku seimbas lalu sahaja dan itu pun pada pagi peperiksaan. Pada hari di mana dia menjawab kertas peperiksaan Sejarah, dia mengalami sakit kepala dan tidak dapat menjawab dengan baik. Walau bagaimanpun,dia bersyukur kerana dia mendapat keputusan yang baik walaupun membuat dasar sedemikian iaitu tidak mengulangkaji pelajaran secara mendalam.



Namun keputusan peperiksaannya yang paling teruk adalah bagi subjek Sejarah. Menjelang cuti persekolahan,beberapa orang guru ingin berjumpa dengan Aiman.





Mengapakah guru-guru tersebut ingin berjumpa dengan Ahmad Aiman?



Bersambung…..

Saturday, August 16, 2008

Hmm..Its Over..

Assalamualaikum. I am so happy when the exam is over. However, I could not do my best for this exam. I was unwell when sitting for the exam. Insya ALLAH I will improve my result for end-year exam on october soon. The school break is coming back. I have to finish a lot of homework during this school break so I cannot enjoy it. I would like to take oppurtunity to apologize to all of you for all mistakes those I have done to all of you. I am extremely hoped that all of you can forgive me.

Wednesday, August 13, 2008

Cerpen "Madu Dibalas Racun" - Bahagian 4

Ahmad Aiman telah bertanya beberapa orang sahabatnya tentang cadangannya itu dan pelbagai reaksi  yang ditunjukkan oleh sahabatnya. Ada yang menunjukkan minat untuk melibatkan diri dalam program tersebut dan ada yang berasa pelik dengan cadangannya itu seraya berkata,”wei.. kenapa kita harus bersusah payah untuk melibatkan dalam program tersebut. Sedangkan mana ada senior yang bimbing kita tahun lepas. Kalau ada yang buat seperti itu tak mengapalah”. Ada juga yang kata,”La..kenapa yang hang kalut sangat nak tolong budak-budak tu. Biar kat diorang usaha sendiri”.



Aiman tidak berkata apa-apa melainkan dia berkata dalam hatinya yang dirinya telah berubah selepas mimpi tersebut dan dia merasakan amalannya tidak cukup untuk membawanya ke syurga Tuhan Yang Maha  Kuasa. Oleh sebab itu,dia sanggup untuk korbankan masa dan tenaga untuk melakukan kebaikan bagi menambahkan amalannya bahkan dia tidak begitu mengambil berat tentang dirinya. Walaupun dia sakit dan pernah dirinya mengalami muntah darah,dia tetap hadir ke sekolah dan tidak menghiraukan keadaan dirinya. Dia tidak kisah orang tidak memahami perasaan dan niatnya atas segala tindak-tanduknya dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar.



Selepas itu, Aiman merelakan diri untuk menguruskan tentang urusan pembahagian kumpulan dan mentor bagi program yang dicadangkan itu. Bagi perjumpaan pertama kumpulan bagi program tersebut,Aiman telah bertanya kepada ahli kumpulannya yang tidak berminat dengan program tersebut boleh menarik diri daripada terlibat dalam program tersebut. Hal ini kerana program tersebut bukan satu paksaan kepada semua pelajar untuk menghadirinya. Dia berharap semua ahli kumpulannya jujur dan memaklumkan kepadanya bahawa mereka ingin menarik diri jika mereka tidak berminat.



Program itu hanya untuk pelajar yang mahukan bimbingan dan pertolongan daripada mentor-mentor yang terdiri daripada para pelajar tingkatan 4. Selepas perjumpaan pertama itu, program tersebut mula berjalan.





Bagaimanakah perjalanan program tersebut?



Bersambung…..

Sunday, August 10, 2008

Tazkirah: Mengawal atau mengunci nafsu?

Mengawal atau mengunci nafsu?



Cerita yang akan saya bawa ini, mungkin ada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau yang telah mati. Jika ada persamaan, ia adalah secara kebetulan semata-mata. Cerita ini akan diolah seakan-akan ia menjadi kisah yang benar-benar berlaku.

Cerita ini akan berkait dengan watak si A. Cuba gambarkan si A ini sebagai pelajar lelaki biasa, dan penampilan agamanya kurang (dari segi pakaian yang paling jelas), tetapi dalam masa yang sama dia tak berputus asa dalam membaiki amalan agamanya.



Situasi pertama. Pada suatu petang, A dan kawan-kawan (kaum Adam) berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli belah. Seperti kebiasaan persekitaran yang wujud adalah amalan mungkar seperti pendedahan aurat berleluasa. Namun bukan isu itu yang menjadi fokus utama.



Semasa dalam perjalanan membeli belah, kawan A menegur A dengan berkata, " Ala, kau jangan jadi hipokrit la....rezeki dah ada depan mata, tengok je la, ko pun suka kan?"....



A hanya diam dan hanya dapat senyum kambing sahaja.



Situasi kedua. Pernah satu ketika A melihat sebuah drama bersiri Korea bersama-sama kawannya(kaum Hawa dalam tempat yang tak boleh menimbulkan fitnah). Dalam drama itu ada watak heroin dan watak perempuan penggoda yang akan mengganggu hubungan cinta heroin tersebut.



Untuk watak penggoda, maka pelakon itu diperlukan untuk kelihatan seksi, justeru kebanyakan aksesori pakaiannya adalah begitu mencabar nafsu kaum yang bergelar Adam.



Babak pada waktu itu penggoda tampil, tapi bukan dengan pakaian seksi. Apabila penggoda itu tampil, kawan A (kaum Hawa) pun berkata,"Ha...ni mesti kau suka tengok, sebab perempuan ni memang suka pakai seksi"....dengan nada yang sinis.



A pun menjawab..."Eh konfem la aku suka, mana ada lelaki normal yang tak tertarik dengan kecantikan wanita".



Situasi ketiga. Pada suatu hari A bertemu dengan seniornya. A percaya padanya. Dan A senang berkongsi masalah dengannya. A mengatakan padanya bahawa A mempunyai masalah tentang bagaimana untuk mengawal nafsu.



Senior A ini adalah seorang yang amat praktikal dalam agama. Beliau boleh menjadi ustaz, beliau boleh menjadi seorang kapten dalam pasukannya dan beliau juga boleh menjadi seorang kawan yang baik.



Jawapan yang senior itu bagi adalah lebih kurang begini," Ala rilek la, kau kan lelaki normal. Jangan bimbang la, selagi mana kau ada perasaan salah ni maka kau masih lagi seorang hamba Allah yang baik. Kau tak perlu mengunci nafsu.Kau kena pandai kawal nafsu. Iman pun turun-naik".



Daripada ketiga-tiga situasi diatas, apa yang dapat kita simpulkan?



Apa yang ingin saya bawa disini ialah, manusia itu dibekalkan dengan nafsu dan akal. Manakala iman itu perlu dicari. Jadi bagaimana hubungkait antara ketiga-tiga elemen ini?



Orang yang pandai menggunakan akal, tapi tanpa bimbingan iman, takkan ke mana. Iman adalah sesuatu yang bernilai, apabila iman itu turun, walaupun kita sedar tentang perbuatan buruk itu, tetapi kita kan lebih cenderung untuk meneruskannya.



Dalam situasi pertama. Kawan si A, beranggapan dengan mengikut hawa nafsu, maka kita takkan menjadi hipokrit. Mungkin maksud dia adalah, jangan disangkal kehendak nafsu. Oleh kerana si A dan kawan-kawannya terdiri dari golongan biasa(bukan golongan ustaz), maka kawan si A mengeluarkan pendapat sedemikian.



Dalam situasi kedua. Kawan si A (kaum Hawa), menegur A dengan nada yang sinis. Mungkin dia beranggapan bahawa lelaki yang kurang alim penampilannya memang suka melihat maksiat. Manakala lelaki yang alim, tidak mempunyai nafsu.



Dalam situasi ketiga, senior si A memahami hubungkait diantara elemen akal, nafsu dan iman.



Manusia dibekalkan nafsu. Kita tak boleh menafikannya. Tetapi manusia dibekalkan akal. Dalam masa yang sama tak ramai orang berjaya mengawal nafsu hanya dengan bantuan akal semata-mata.



Akal sepatutnya digunakan untuk mencari hidayah dan taufik agar kemanisan iman dapat dirasa. Apbila iman subur didalam jiwa, maka ia dapat memandu akal untuk mengawal nafsu, dan bukannya mengunci nafsu.



Akal tanpa panduan iman, mungkin akan cuba mengatasi nafsu dengan mengunci nafsu. Adakah nafsu ini sesuatu yang buruk dan memang perlu dikunci? Adakah Allah bagi nafsu kepada manusia hanya untuk dikunci? Jadi, apakah tujuan dicipta Hawa dari jenis Adam itu sendiri?



Nafsu itu perlu dikawal. Bukan perlu dikunci. Disini saya tak akan menyentuh bab-bab untuk mengawal atau mengunci nafsu secara terperinci. Tetapi kepada para remaja yang berhadapan dengan masalah nafsu, jangan mudah berputus asa kepada Allah. Allah ada berfirman dalam ayat 53-55, Surah Az-Zumar yang mana maksudnya, Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambanya walaupun dosa itu begitu besar. Dan Allah juga menerangkan tentang cara-cara mensucikan diri(untuk kembali padaNya), yakni dengan berpandukan wahyu yang diturunkan.



Lihat betapa Allah tidak mahu hambaNya berputus harap dari Nya. Allah bukan sahaja memberi peluang tetapi Allah juga memberi panduan tentang macam mana untuk kembali padanya. Bukankah ini satu motivasi yang paling berharga?!



Begitu untungnya orang Islam mempunyai Tuhan Yang Maha Pengampun!



Dipetik dari: Al-Ahkam Online

Saturday, August 9, 2008

Cerpen "Madu Dibalas Racun" - Bahagian 3

Pada suatu hari, Ahmad Aiman ingin berjumpa dengan kaunselor sekolah iaitu Encik Khairul Anwar Bin Ismail. “Assalamualaikum,cikgu”,katanya pada Cikgu Khairul Anwar. “Waalaikumussalam,nak jumpa saya ke?”,balas Cikgu Khairul Anwar. “Ya,saya nak bagi sedikit cadangan kepada cikgu. Tak pa kan?”, Aiman mennjawab. “ Ya,boleh. Silakan. Cikgu sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan daripada para pelajar”,kata Cikgu Khairul Anwar.



“Begini cikgu. Saya ingin mencadangkan supaya  satu program study group bernama Program Study Group Gerak Gempur PMR diadakan untuk para pelajar tingakatan 3 di mana dalam program ini beberapa orang pelajar tingkatan 4 akan menjadi mentor bagi setiap kumpulan study group.Saya rasa program ini dapat digunakan oleh pelajar tingkatan 4 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR tahun lepas untuk membalas jasa guru-guru yang telah mencurahkan ilmu kepada kami sehingga kami dapat berjaya dengan cemerlang dalam PMR disamping kami dapat bantu pelajar-pelajar  tingkatan 3. Apa pendapat cikgu?”,kata Aiman.



”Oh,bagi cikgu ia satu idea yang amat bagus dan merupakan satu inovasi yang akan berlaku dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Umar Abdul Aziz. Sebelum ni tak pernah ada pun program sebegitu rupa. Apapun,kamu cari dulu pelajar tingkatan 4 yang nak jadi mentor bagi program ni secara sukarela ok. Dan baik kamu bincang dengan Ustaz Mohd Asri kerana dia guru penyelaras bagi tingkatan 3 kan”,jawab Cikgu Khairul Anwar kepada Aiman. Sejurus selepas itu Aiman keluar daripada bilik kaunseling dan pulang ke kelasnya.



Aiman ada menemui beberapa orang pelajar tingkatan 3 dan dia bertanya pendapat mereka tentang cadangan yang dia lontarkan kepada Cikgu Khairul Anwar dan mereka memberikan reaksi yang positif terhadap cadangannya itu.



Aiman telah melontarkan cadangannya itu kepada Ustaz Mohd Asri dan Ustazah Fatimah dan mereka berdua bersependapat dengan Cikgu Khairul Anwar dan meminta Aiman mencari sahabat-sahabatnya yang rela untuk menjadi mentor. Selepas berjumpa dengan kedua-dua orang guru itu,Aiman pulang ke kelasnya. Dia berkata tentang cadangannya itu kepada sahabat-sahabat sekelasnya.





Apakah reaksi dan pendapat sahabat-sahabat Ahmad Aiman tentang cadangannya itu?



Bersambung…..

Please Do Pray For Me

Assalamu'alaikum.

Insya ALLAH next week I will sit for the mid-term 2 exam. I am so nervous to sit for it. Whatever it is, Insya ALLAH I will try my best for this exam. I do hope all of you will do pray for me so that I could answer the exam well and finally get a result with flying colours. For those who are going to sit for exam too,I do pray for you so that u could answer well and get an encouraging result. For those who will sit for PMR and SPM trial exam,good luck to all of you and all the best.

Tuesday, August 5, 2008

Cerpen "Madu Dibalas Racun" - Bahagian 2









Pada malam dimana Ahmad Aiman mendapat keputusan PMR,ketika dia sedang tidur dia bermimpi bahawa dia akan meninggal dunia tidak lama lagi. Mimpi yang dialaminya itu menyebabkan dia terjaga daripada tidur. Dia berasa begitu risau dan tertanya-tanya sama ada mimpi tersebut adalah benar ataupun sekadar mainan mimpi.



Selama beberapa hari berlalu,kini tahun 2008 menjelma tiba dan pada tahun ini Ahmad Aiman akan naik ke tingkatan 4. Dia berasa masa begitu cepat berlalu dan seolah-olah dia baru saja menduduki peperiksaan PMR semalam. Pada tahun ini, Aiman telah dilantik untuk menjadi pengawas sekolah selepas ditemu duga pada hujung tahun lepas iaitu selepas dia menduduki peperiksaan PMR. Ketika dia berada di tingkatan 1,dia telah ditawarkan untuk jawatan yang sama,namun dia menolak. Mungkin menjadi sesuatu yang pelik kenapa kali ini dia menerima tawaran tersebut. Hari demi hari berlalu dalam tahun 2008. Banyak sahabat Aiman berasa begitu hairan dan aneh melihat perwatakannya yang agak pelik dan lain berbanding  tahun lepas. Namun, mereka tidak berkata apa-apa tentang perkara itu di hadapan Aiman,sebaliknya mereka cuma bercaka-cakap tentang itu di belakangnya.



“Kenapa aku tengok Aiman lain macam saja tahun ni. Takkan sebab jadi pengawas dia berubah pula?”,kata Faizuddin kepada Rushydi. “Mana aku nak tau. Tapi tak mengapalah,bukannya dia berubah ke arah yang negatif”,jawab Rushydi kepada Faizuddin. “Hmm..mungkin dia dapat hidayah agaknya. Tu yang berubah”,kata Khidhir kepada Rushydi dan Faizuddin sejurus mendengar perbualan mereka berdua.



Namun bagi diri Aiman,dia merasakan perubahan yang berlaku dalam dirinya itu ada kaitan dengan mimpi yang dialaminya itu. Cuma dia tidak begitu pasti apakah perubahan-perubahan itu. Pada suatu hari,Aiman ingin berjumpa dengan kaunselor sekolah iaitu Encik Khairul Anwar Bin Ismail.





Mengapakah Ahmad Aiman ingin berjumpa dengan Cikgu Khairul Anwar?



Bersambung…..

Monday, August 4, 2008

Cerpen "Madu Dibalas Racun" - Bahagian 1

Hari ini tanggal 27 Disember 2007,keputusan peperiksaan PMR 2007 akan diumumkan. Pada hari ini, Ahmad Aiman akan ke sekolahnya untuk mengambil keputusan PMR yang didudukinya pada bulan Oktober yang lalu. Hatinya begitu berdebar sambil jantungnya berdengup kencang memikirkan keputusan yang akan diperolehnya.



Setibanya di sekolah, dia berjumpa dengan sahabat-sahabatnya di perkarangan dewan sekolah. Dia bersembang dengan sahabat-sahabatnya seperti Faizuddin, Nabil, Shaiful Nizam dan Badri. “Hang agak-agak nak dapat berapa A?”,kata Badri kepada Aiman. “Ala..dia ‘sure’ dapat 9A. Pelajar cemerlang dikatakan”,sahut Faizuddin taktala mendengar soalan Badri. “Hmm..entahlah,aku pun tak tau nak kata. Dalam hati aku,kadang-kadang rasa macam dapat 9A, kadang-kadang rasa macam tak dapat 9A pula. Tapi tak palah,kita tunggu dan lihat jelah kejap lagi”,balas Aiman kepada Badri dan Faizuddin.



Tepat jam 11.00 pagi,kelihatan Ustaz Mohd Asri selaku guru penyelaras tingakatan 3 berjalan menuju ke dewan sekolah untuk sesi penyerahan keputusan. Semua calon PMR berasa bertambah berdebar melihat kelibat beliau yang mana slip keputusan PMR berada di tangannya. Sebaik sahaja guru-guru meyerahkan slip keputusan kepada semua calon, Ahmad Aiman berasa amat gembira dan bersyukur kerana dia berjaya memperoleh keputusan 9A. Kedengaran ucapan tahniah  kepadanya oleh guru-guru dan sahabat-sahabatnya sejurus dia mengambil slip keputusannya itu. Hari tersebut merupakan hari yang menggembirakan bagi dirinya.



Bagi dirinya,kejayaannya itu adalah untuk dihadiahkan kepada ibu bapanya dan guru-gurunya yang telah mendidiknya selama ini serta mendoakan kejayaannya. Namun pada malam tersebut ketika Aiman sedang tidur, dia bermimpi sesuatu yang menyebabkan dia terjaga daripada tidurnya dan berasa sangat risau dan takut.





Mimpi apakah yang telah dialami oleh Ahmad Aiman?



Bersambung…..