Saturday, January 31, 2009

Dr. Juanda Mufti Baru Perlis

Ketua Penolong Pengarah Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak, Dr. Juanda Jaya bakal menjadi Mufti Perlis yang baru berkuat-kuasa Februari ini.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu yang mengesahkan perkara itu berkata, kerajaan negeri bagaimanapun masih menunggu surat pelepasan daripada kerajaan negeri Sarawak untuk meminjam Dr. Juanda selama dua tahun.

"Kerajaan negeri berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana sudi meminjamkan pengawainya untuk berkhidmat di Perlis," katanya ketika ditemui pada majlis jamuan sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Khoon Aik dekat sini semalam.

Imam Berakhlak Kurang Baik?

Petikan Dari: Al-Ahkam.Net

Bismillah Wal Hamdulillah, Wa Ba'd :

Ulama ada meletakkan beberapa ciri-ciri atau criteria yang perlu diutamakan bagi seseorang untuk menjadi imam seperti qari, mengetahui sunnah, faqih, lebih tua umurnya dan sebagainya.

Ulama berselisih pandangan tentang keabsahan solat berimamkan orang yang fasiq atau jahat atau berakhlak tidak baik. Pendapat yang ditarjihkan oleh kebanyakan ulama solat kita sah. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil.

Sunday, January 25, 2009

Drama "Roda Kehidupan"- Episod 9

PMR baru saja berakhir dan semua pelajar tingkatan 3 pastinya bergembira dengan berakhirnya peperiksaan PMR.


Aiman: Apa perancangan hang sementara menunggu keputusan PMR?
Faiz: Entahlah..Aku pun tidak rancang apa-apa lagi.Hehe..hang?
Aiman:Aku pun lebih kurang.Cuma yang pasti, aku akan menghadiri kelas intensif Matematik Tambahan semassa cuti sekolah nanti.
Faiz: Wah..bagus tu.Boleh aku ikut sama.Agak-agak bagaimana subjek Matematik Tambahan tu ek? Selama ini aku dengar orang kata subjek tu susah.
Aiman: Sebenarnya tiada subjek yang susah.Cuma diri kita yang nak untuk faham dan rajin ulangkaji ataupun tak.Aku pun tak tahu nak komen pasal subjek tu.Aku belum pernah belajar lagilah tetapi aku turut selalu dengar apa yang hang dengar itu.
Faiz: Wah..pandai berkata-kata betul.Di mana hang nak hadiri kelas intensif Matematik Tambahan tu?
Aiman: Insya ALLAH di Institut Kecemerlangan Insan(IKIN).Mak aku beritahu kakak dan abang aku pun belajar di situ juga dulu. Katanya cikgu di situ bagus.


Saturday, January 24, 2009

Tazkirah: Tiada Kesialan Pada Bulan Safar

Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Sumber: http://akob73.blogspot.com

Masyarakat Arab pada zaman jahiliyah iaitu sebelum kedatangan agama Islam sememangnya terkenal dengan amalan-amalan yang bercanggah dengan syarak. Perjalanan kehidupan seharian mereka sentiasa dibayangi oleh amalan-amalan syirik, tahyul dan khurafat. Sebagai contoh sekiranya mereka ingin memulakan perjalanan mereka akan melihat gerakan-gerakan sesetengah jenis binatang seperti burung mahupun busur panah yang dilepaskan sama ada ke kiri atau ke kanan. Mereka beranggapan arah gerakan tersebut boleh mempengaruhi keburukan atau kebaikan yang mungkin akan dihadapi dalam perjalanan tersebut. Sekiranya pada tanggapan mereka gerakan tersebut menunjukkan alamat yang tidak baik maka mereka membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalanan tersebut. Perkara sebegini disebutkan tathayyur atau meramalkan sesuatu kejadian yang buruk disebabkan oleh sesuatu perkara. Sebagai contohnya Imam al-Syafi'i r.h pernah berkata:

Dahulu golongan jahiliyah apabila ingin bermusafir akan mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Sekiranya ia terbang ke kanan maka mereka pun keluar atas tanggapan tuah tersebut. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi s.a.w. diutuskan, baginda menyeru orang ramai: "Kekalkan burung pada sarangnya." - Riwayat Abu Nu'aim al-Asfahani di dalam Hilyah al-Auliya'

Saturday, January 10, 2009

Palestin: Tanggungjawab Persaudaraan Dan Kemanusiaan

Oleh: Dr. Muhammad Asri Zainul Abidin
Sumber: http://drmaza.com/

Pembunuhan ganas yang dilakukan oleh Yahudi Israel di Gaza, Palestin amat memilukan. Ia bukan sahaja mencabar perasaan persaudaraan Islam atau ukhuwwah islamiyyah kita, bahkan ia mencemar dan mengotori nilai kemanusiaan sejagat.

Ketika artikel ini ditulis sudah hampir 400 rakyat Gaza yang dibunuh kejam. Di mana Amerika yang kononnya berjuang memerangi pengganas? Pelindung Israel tersebut pantang ada kegiatan yang dianggap ganas yang dilakukan mereka yang mendakwa muslim terus sahaja dia akan besar-besarkan dan tindakan memeranginya secara membabi buta akan dilancarkannya.

Saturday, January 3, 2009

School Break is getting over!

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakakatuh.

It seems the school break is getting over. Of course for those who will sit for UPSR, PMR, SPM and STPM this year will feel nervous with it. However we have still time to do our preparation to sit for it. Insya ALLAH I will sit for SPM exam. Actually it is unbelievable that I am already become a form 5 student. This is the last year for me at SMK Agama Arau.

I am hoping that I could be a good student for my school as this is the last year for me there. Besides that, I will also try my best as view of the best result would I get for SPM. Anyway, please do pray for my success in SPM.

Sorry for all grammar mistakes in my writing. My teacher always advise me to write in English even though there are a lot of grammar mistakes. At least I can practice myself to improve my English language.

Finally, wishing to all students welcome back to school and may this year is better than the past years.