Petikan Dari: Al-Ahkam.Net
Bismillah Wal Hamdulillah, Wa Ba'd :
Ulama ada meletakkan beberapa ciri-ciri atau criteria yang perlu diutamakan bagi seseorang untuk menjadi imam seperti qari, mengetahui sunnah, faqih, lebih tua umurnya dan sebagainya.
Ulama berselisih pandangan tentang keabsahan solat berimamkan orang yang fasiq atau jahat atau berakhlak tidak baik. Pendapat yang ditarjihkan oleh kebanyakan ulama solat kita sah. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil.
Al-Nawawi menyebut dalam al-Majmuk (4/151) :
"Solat Ibn Umar dibelakang al-Hajjaj bin Yusuf sabit dalam sahih al-Bukhari dan selainnya dalam hadis sahih banyak hadis-hadis menunjukkan keabsahan solat dibelakang orang fasiq atau imam yang zalim".
Sekiranya kita bersolat dengan berimamkan seseorang yang akhlaknya kurang baik ataupun lain kata dirinya agak bermasalah, maka solat kita adalah sah, sama ada kita kata imam itu akhlaknya baik atau tidak. Pesanan kami, janganlah kita berburuk sangka dan mengatakan imam solat kita dengan kata-kata umpatan atau sebagainya.
Wallahualam.
1 comment:
salam ziarah...
ana link blog ini ya..syukran~
jom jenguk blog ana
http://najahfisabilillah.blogspot.com/
Post a Comment