Pada keesokan harinya, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah mengadakan majlis khas bacaan Yasin untuk mendoakan agar Adam cepat sembuh.
Faiz: Emm..tak ada benda lain ke diorang nak buat? Kalau nak berdoa, berdoa jelah.Kenapa nak baca Surah Yasin pula..
Aiman: Emm..biarkan jelah. Dah adat orang Melayu Islam begitu tu nak buat macam mana. Mungkin alasan diorang Surah Yasin tu jantung Al Quran agaknya.
Faiz: Macam-macam betullah orang Melayu ni.
Aiman dan Afiq menlawat Adam di hospital pada setiap hari. Perkara tersebut disedari oleh Amar apabila melihat Aiman agak keletihan semasa di sekolah.
Amar: Aiman, hang pergi melawat Adam di hospital setiap hari ke?
Aiman: Hmm...yup. Kenapa?
Amar: Bukannya apa, aku tengok hang letih semacam je.Kesian pula aku tengok.
Aiman: Yang patut kesian tu Adam, bukannya aku. Kesian dia ditimpa musibah macam ni.
Amar: Apa-apa jelah hang ni.
Aiman: Apa-apa jelah apanya.Kita kenalah melawat sahabat kita.Nanti kalau kita pula terlantar di hospital dan tiada sesiapa datang melawat baru nak tau.
Di Hospital Umar Abdul Aziz, Afiq dan Aiman sempat berbual dengan ibu Adam tentangnya.
Aiman: Kami bersimpati dengan apa yang menimpa Adam.Harap-harap selepas ini dia akan berubah ke arah positif.
Ibu Adam: Itulah..mak cik pun berharap macam tu. Mak cik berharap dia takkan bergaul dengan kawan-kawan dia yang bermasalah tu.
Afiq: Tak mengapa kalau dia nak bergaul dengan diorang asalkan dia tak terikut dengan salah laku yang diorang lakukan.
Ibu Adam: Mak cik memang sedih akan perubahan dia selama ini.Mak cik rasa apa yang berlaku ini mungkin sebagai balasan kepada dia supaya dia sedar akan apa yang telah dia buat dan berubah.
Aiman: Emm..saya tak ada komen pasal tu.Apapun kami sebagai sahabatnya insya ALLAH akan cuba sedaya upaya tolong dia dengan membimbingnya dan menasihatinya.
Afiq: Ya, kami pasti akan tolong dia.
Aiman: Saya bercadang nak beritahu cikgu supaya pindahkannya ke kelas 4 Ali dari kelas 4 Umar supaya dia tidak terlalu rapat dengan diorang.
Ibu Adam: Cadangan yang baik juga tu.
Selepas beberapa minggu, akhirnya Adam telah sembuh dan ingatannya juga semakin pulih.Ia membolehkannya kembali ke sekolah setelah sekian lama menetap di hospital dan rumah.
Adam: Terima kasih banyak-banyaklah kerana hang dah banyak tolong aku selama aku sakit.
Aiman: Sama-sama.Sebagai seorang sahabat, kita kenalah tolong menolong antara satu sama lain.
Adam: Aku rasa aku nak kekal di kelas 4 Umar.Bukannya apa.Aku kan dah ditempatkan di kelas 4 Umar jadi aku rasa janggal nak berada dalam kelas 4 Ali dengan pelajar-pelajar pandai macam hang pula.
Aiman: Ish..apalah yang hang merepek ni.Tapi tak mengapalah kalau hang nak kekal berada di kelas 4 Umar.Lagipun Afiq pun ada untuk membimbing hang.Tak ada masalah kalau hang nak bergaul dengan geng tu asalkan hang tak ikut perbuatan diorang yang tak betul.
Adam: Ok.Thanks a lot for the advice.
Pada hujung minggu itu, Aiman dan para pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah mengikuti kursus kepimpinan pengawas yang diadakan di Peranginan Titi Hayun, Yan, Kedah. Semasa kursus tersebut, Aiman mula mengenali para pelajar dari tingkatan lain terutama para pelajar tingkatan 3.
Faiz: Cikgu, seronok juga kursus tahun ini.
Cikgu Khairul Anwar: Ha..ingatkan kamu tak sertai kursus kali ini.
Faiz: Oh, mestilah sertai. Dah tahun lepas saya tak sertai.
Cikgu Khairul Anwar: Kalau kamu tak sertai tahun ni memang nak kena dengan cikgu la.
Pada suatu hari, Aiman menerima suatu mesej yang membuatkannya sangat terkejut.Mesej itu berbunyi, "Salam.nieyh Aiman kan?Hg ni kacak le. Aku suka la kat hg".Aiman sekadar membalas mesej tersebut dengan bertanya siapakah gerangan insan yang menghantar mesej tersebut.Aiman sangat terkejut apabila dia diberitahu insan tersebut adalah seorang lelaki bernama Zahid, lantas dia tidak melayan mesej yang dihantar oleh Zahid selepas itu.
Amar: Kenapa dengan hang ni? Lain macam je aku tengok.
Aiman: Emm..tak ada apa-apalah.
Faiz: Nak berahsia pula..beritahu jelah..takkan dengan kami pun nak berahsia.
Aiman: Berahsia apa bendanya? Mana ada.
Amar: Ok.fine kalau nak berahsia dengan kami.
Aiman: Kan aku kata tak ada apa-apa..macam-macamlah korang ni.
Melalui laman Friendster, Aiman telah berkenalan dengan seorang pelajar yang mana pernah menolongnya semasa dia cedera dikerjakan oleh Hazwan dan kawan-kawannya iaitu Asyraaf.
Aiman: Ana ucapkan terima kasih yang teramat sangat kat anta kerana dah tolong ana semasa ana cedera dulu.
Asyraaf: Sama-sama.Memang ana patut tolong anta pun waktu tu.Takkan dah nampak nak biarkan je.
Aiman: betul juga tu.Huhu..Ana nak cerita something boleh tak?
Asyaraf: Ala...cerita jelah.
Aiman: Sebenarnya, ana dah lama teringin nak punyai seorang adik lelaki tetapi tak ada rezeki agaknya sebaliknya ana punyai 3 adik perempuan.Tapi ana masih berharap suatu hari nanti ana akan punyai seorang adik lelaki.Punyai adik lelaki memang berbeza dengan adik perempuan.Huhu..
Asyraaf: Anta nak tak jadi abang angkat ana?
Aiman: Eh..ana cerita pada anta ni bukan sebab tu.Ana cuma cerita saja dah terlintas di hati.
Asyraaf: Ala..setuju jelah.lagipun ana bukan punyai abang, cuma ada seorang kakak.Dia sebaya dengan anta la.
Aiman: Oh,yeke.Baiklah..ana setuju.
No comments:
Post a Comment