Monday, August 31, 2009

Kelebihan Ramadhan Dan Berpuasa

1. Dibuka Pintu Syurga, Ditutup Pintu Neraka Dan Dibelenggu Syaitan:

Apabila tiba Ramadhan:
i. dibuka pintu-pintu syurga [Bukhari/1765]
ii. dibuka pintu-pintu Ar-Rahmah [Muslim/1794]
iii. dibuka pintu-pintu langit [Bukhari/1766]
iv. dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. [Muslim/1793] [Muslim/1764] [Muslim/1793] [Muslim/1794] [Bukhari/1766]

2. Memperoleh Kebaikan Apabila Bersegera Berbuka Puasa:

Tidaklah hilang kebaikan bagi manusia selama mana mereka bersegera dalam berbuka puasa [Muslim/1838] [Bukhari/1821] [Muwattha’/561] [Muwattha’/562]

Telah datang aku (Abi `Atiyyah) dan Masruq kepada `A’isyah dan berkatalah kami: “Wahai Ummi l-Mu’minin, dua orang lelaki dari kalangan sahabat Muhammad SallaLlahu `alaihi wasallam, salah seorang dari keduanya menyegerakan berbuka puasa dan menyegerakan solat, dan seorang lagi melambatkan berbuka puasa dan melambatkan solat”.
Dia (`A’isyah) berkata: “Yang manakah di antara keduanya yang menyegerakan berbuka puasa dan menyegerakan solat?”
Dia (Abu `Atiyyah) berkata: Berkatalah kami (Abu `Atiyyah dan Masruq) “`AbduLlah iaitu Abu Mas`ud”.
Dia (`A’isyah) berkata: “Itu sepertimana yang dilakukan oleh Muhammad SallaLlahu `alaihi wasallam”. [Muslim/1839] [Muslim/1840]

Golongan tak lalai mendambakan masjid

Oleh: SS Dr Juanda Jaya

UMAT Islam sentiasa mencari ketenangan, kasih sayang, kesucian jasmani dan rohani di rumah Allah SWT. Masjid menjadi pilihan mereka yang mendambakan kebahagiaan hidup setelah puas dilanyak kerasnya ujian duniawi.

Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram sehingga surut segala kesakitan yang diderita. Di masjid bermulanya tapak keimanan yang disemai tumbuh menjadi pohon-pohon berakar kuat, tidak mudah rebah dihempas badai kehidupan. Di masjid pula diharapkan tersedia khazanah ilmu yang boleh menjawab setiap persoalan hidup yang dihadapi setiap anak manusia.

Ketenangan hidup, kasih sayang hakiki dan kesucian rabbani sememangnya wajar menjadi moto bagi setiap masjid yang berdiri megah di tengah kekalutan dunia maksiat. Nilai itu adalah jawapan paling tepat dengan keperluan manusia moden yang hampir-hampir kehilangan nurani manusiawi.

Friday, August 28, 2009

Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan PMR 2009

NEGERI PAHANG

Science
Mathematics
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Pendidikan Islam
Sejarah
Geografi
Kemahiran Hidup Bersepadu - Kemahiran Teknikal
Kemahiran Hidup Bersepadu- Ekonomi Rumah Tangga

NEGERI PERAK

Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Bahasa Arab Komunikasi
Science [ K1 ] [ K2 ] [ Skema ]
Mathematics
Sejarah
Kemahiran Hidup Bersepadu - Pilihan 4 [ Skema ]
Geografi
Pendidikan Islam

NEGERI MELAKA

Geografi
Science
Mathematics
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris

Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2009- Negeri Perlis

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab Tinggi [ Kertas 1 ][ Skema k1 ] [Kertas 2 ]
Science [ skema ]
Physics [ Skema ]
Chemistry [ Skema ]
Biology [ Skema ]
Additional Mathematics [ Skema k1] [ Skema k2 ]
Mathematics [ Skema ]
Pendididikan Al Quran As Sunnah
Pendidikan Syariah Islamiah [ Skema ]
Pendidikan Islam [ Kertas 1 ] [ Kertas 2 ] [ Skema ]
Sejarah [ Skema ]
Ekonomi Asas

Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan PMR & SPM 2009 - SBP

BAHASA INGGERIS [ K1 ] [ K2 ]
BAHASA INGGERIS [ SKEMA K1 ] [SKEMA K2 ]
ADDITIONAL MATHEMATICS [  K1 ][ K2 ]
ADDITIONAL MATHEMATICS [ SKEMA K1 ][ SKEMA K2 ]
MATHEMATICS [ K1 ] [ K2 ]
MATHEMATICS [ SKEMA K1 ][ SKEMA K2 ]
PHYSICS [ SOALAN & SKEMA ]
BIOLOGY[ SOALAN & SKEMA ]
CHEMISTRY[ SOALAN & SKEMA ]
PENDIDIKAN AL QURAN AS SUNNAH [ SOALAN ] [ SKEMA ]
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH [ K1] [K2 ] [ SKEMA K1 ] [ SKEMA K2 ]
BAHASA MELAYU[ SOALAN K1 & SKEMA ][ SOALAN K2] [SKEMA K2]
BAHASA ARAB TINGGI [ K1 ] [ K2 ] [ SKEMA K1 ] [ SKEMA K2 ]
SEJARAH [ SOALAN & SKEMA ]

*PERCUBAAN PMR

Mathematics Paper 1
Mathematics Paper 2
Answer Scheme - Mathematics
Science - Paper 1
Science - Paper 2 [ Answer Scheme ]

Thursday, August 27, 2009

Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan PMR 2009 - Negeri Kedah

Mathematics - Paper 1
Mathematics - Paper 2 [ Answer Scheme ]
Science - Paper 1
Science - Paper 2 [ Answer Scheme ]
Bahasa Melayu - Kertas 1
Bahasa Melayu - Kertas 2 [ Skema ]
Bahasa Inggeris - Kertas 1
Bahasa Inggeris - Kertas 2 [ Answer Scheme ]
Geografi [ Skema ]
Pendidikan Islam [ Skema ]
Kemahiran Hidup Bersepadu - Kemahiran Teknikal [ Skema ]
Sejarah [ Skema ]

Perihal Solat Sunat Witir

Oleh: Al Fadhil Ustaz Lokmanulhakim Bin Hussain
بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد



Dinukilkan bacaan ini dalam solat witir daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dalam beberapa hadis. Antaranya, hadis Ibn Abbas:


كان ا لنبي صلى الله عليه و سلم يقرأ في الوتر ب { سبح اسم ربك الأعلى } و { قل يا أيها الكافرون } و { قل هو الله أحد } في ركعة ركعة

Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam membaca pada witir dengan 'Sabbihisma Rabbikal A'la', 'Qul Ya Ayyuhal Kafiruun', dan 'Qul Huwallahu Ahad'.
Direkod oleh Tirmizi (no: 462)


Diriwayatkan juga melalui beberapa sahabat lain seperti Ali, Aisyah, Abdul Rahman bin Abza daripada Ubai bin Kaab.Tetapi ada riwayat lain, menambah iaitu surah 'Qul Auzubirabbil Falaq' dan 'Qul Auzubirabbinnaas'. Tetapi kebanyakan ulama dari kalangan sahabat dan tabieen mengambil cara pertama iaitu membaca tiga surah sahaja. (Jamik al-Tirmizi 2/325)



Walaubagaimana pun, tidak wajib membaca surah-surah ini. Ia hanya sunat.

Wallahu A'lam.

Sumber: Al-ahkam.net

Sunday, August 23, 2009

Segalanya Kerana Niat

Oleh: Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin

Menjelang ramadhan setiap kita berusaha meningkatkan pembersihan jiwanya. Mendekatkan diri kepada Allah. Mengakui sesuatu yang benar itu benar sekalipun ia menyanggahi kepentingan dan kehendak diri kita. Mengakui yang salah itu salah, sekalipun kita sudah terbabit dengan yang salah tersebut.

Ini bukan sesuatu yang mudah, ia memerlukan kekentalan jiwa yang dibina di atas niat yang ikhlas dalam perjuangan hidup di atas muka bumi ini. Hidup yang berteraskan keyakinan bahawa setiap kita akan mengadap Allah s.w.t, dan Dia menghisab segala amalan baik dan buruk yang telah kita lakukan.

Perjalanan hidup insan sebenarnya mewakili apa yang tersirat dalam jantung hati, atau niatnya. Perbuatan yang dilakukan dengan rela dan pilihan sendiri adalah tafsiran kepada niat, kefahaman dan tujuan hidup seseorang insan. Tidak lebih daripada itu. Bahkan apa yang dirancang, keinginan, harapan yang akhirnya menjelma dalam bentuk tindakan, berpunca dari niat.

Sunnah: Sifat Wudhu' Rasulullah S.A.W

Menghayati Sifat Wudhu Rasulullah dengan dalil yang sohih.


Pengertian Wudhu’

Menurut bahasa, kalimah wudhu’ apabila dibaca dengan (أَلْوُضُوْءُ) iaitu dengan didhammahkan huruf wawnya, ia bermaksud perbuatan berwudhu’. Dan apabila difathahkan wawnya, maka (أَلْوَضُوْءُ) ia bermaksud air wudhu’.

Wudhu’ menurut syara ialah: Menggunakan air bersih (suci lagi mensucikan) untuk membasuh anggota-anggota tertentu yang telah ditetapkan oleh syara.

Berwudhu’ untuk solat adalah merupakan perintah dari Allah Azza wa-Jalla sebagaimana firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki!”. (Surah al-Ma’idah, 5: 6)

Tidak sah solat seseorang tanpa bersuci atau berwudhu’ terlebih dahulu, sebagaimana perintah dan penjelasan dari hadis-hadis yang sahih:

“Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwudhu’.” (H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

“Allah tidak menerima solat tanpa bersuci (berwudhu’)”. (H/R Muslim, 1/60)

“Tidak diterima solat seseorang antara kamu jika berhadas sehinggalah dia berwudhu’”. (H/R Bukhari, 1/206. Muslim, No. 225)

“Sesungguhnya aku diperintah agar berwudhu’ apabila aku ingin mendirikan solat”. (H/R Abu Daud, no. 3760. Disahihkan oleh al-Albani, Lihat: as-Sahihah)

Saturday, August 22, 2009

Panduan Ringkas Sepanjang Bulan Ramadhan

Perkara-perkara yang membatalkan puasa

1) Makan dan minum dengan sengaja. Jika terlupa atau tersalah atau dipaksa, tidak batal puasanya.

2) Muntah dengan sengaja, seperti menjolok jarinya ke tekak untuk mengeluarkan sesuatu. Jika termuntah, tidak batal puasanya.

3) Keluar haid atau nifas atau melahirkan anak, walaupun sebentar sebelum terbenam matahari.

4) Onani (mengeluarkan mani dengan sengaja) sama ada dengan tangannya, atau isterinya, atau orang lain, atau memeluk isterinya dengan syahwat. Jika keluar mani hanya kerana terpandang atau terfikir sesuatu yang mengghairahkan, maka hukumnya sama dengan mimpi basah di siang hari, i.e. tidak batal puasanya dan tidak wajib qadak. Begitu juga dengan keluar air mazi, tidak batal puasanya.

5) Memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yang terbuka. Tidak batal memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yg tertutup seperti mata (memakai celak atau menitik ubat pada mata) dan sebagainya. Tidak batal juga memasukkan sesuatu melalui rongga terbuka jika tidak sampai ke dalam perut, seperti mengorek hidung atau mengorek telinga atau menitik ubat telinga.

6) Berniat untuk berbuka puasa, walaupun tidak makan apa-apa.

7) Makan, minum atau berjimak kerana menyangka bahawa telah terbenam matahari (masuk waktu Maghrib), tetapi sebenarnya belum. Atau belum terbit matahari (masuk waktu Subuh), tetapi sebenarnya sudah. Ini adalah pandangan jumhur.

8) Berjimak dengan sengaja.

9) Murtad.

10) Gila, walaupun sebentar.

11) Makan atau minum ketika azan subuh dilaungkan. Ramai menyangka masih boleh makan dan minum ketika azan dilaungkan sehinggalah tamat azan. Ini adalah pandangan yang salah, kerana muazzin tidak disyariatkan untuk azan sehinggalah terbit fajar. Sesiapa yang meneruskan makan atau minum selepas muazzin mula melaungkan azan, maka batal puasanya dan wajib qadak.

Amalan-Amalan Sunnah Sepanjang Ramadhan

Tetamu agung kita iaitu Ramadhan yang mulia kini datang lagi. Berikut adalah antara amalan-amalan sunnah sepanjang Ramadhan.

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Mengtakhirkan Besahur di akhir malam .
Nabi SAW bersabda :" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur"
Hadis Riawayat Muslim, 2/770

Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya"
Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim
Waktu yang terbaik untuk makan sahur : adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
"Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat."

Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.
Peringatan !! : Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

Thursday, August 20, 2009

Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 1

Selepas Aiman meninggal dunia, Asyraaf mengambil kesempatan untuk melihat dan meneliti barang kepunyaan Aiman di rumah Encik Abu Bakar dan Puan Asma’ setelah pemergian Aiman bagi mengubati rasa sedihnya itu.Semasa melihat barang-barang tersebut, Asyraaf ternampak sepucuk surat berbunyi,
“Aku tidak tahu kenapa aku tulis surat ini..yang pastinya aku tulis surat ini kerana hatiku tergerak untuk menulis semua ini..aku berasa hayatku sudah tidak panjang lagi..aku pun tak tahu kenapa tetapi itulah yang bermain dalam fikiranku sejak akhir-akhir ini..namun aku tak mahu beritahu sesiapa kerana aku khuatir apakah yang mereka akan kata atau fikir pasal aku..kalau aku tak beritahu pun tiada masalah..soal kematian semuanya di tangan ALLAH..apabila saatnya sudah tiba, mahu tak mahu aku akan tetap mati.Naluriku cukup kuat menyuruhku berjumpa insan yang aku sayangi iaitu Asyraaf dan meminta maaf kepadanya atas perbuatanku menjauhkan diri daripadanya..aku akan lakukannya.Bagi sesiapa yang membaca suratku ini mungkin aku sudah meninggal dunia.Harapanku kepada yang membaca surat ini cuma satu.tolong sampaikan kepada semua insan yang mengenaliku bahawa aku mohon jutaan kemaafan atas segala kesalahanku kepada mereka selama ini....doakan kesejahteraanku di Akhirat..



Ahmad Aiman Bin Abu Bakar"

Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan PMR 2009 - Negeri Sabah

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Mathematics
Science
Pendidikan Islam
Geografi
Sejarah
Kemahian Hidup Bersepadu - ERT

Wednesday, August 12, 2009

Nilai semula amalan elak pendustaan dalam ibadat

Oleh: SS Dr Juanda Jaya

BAGAIMANAKAH anda bakal membuka tirai Ramadhan tahun ini? Apakah dengan semangat yang sama seperti tahun lalu atau berbeza dari yang biasa. Mungkin disebabkan tahap ilmu semakin meningkat maka Ramadhan tahun ini memberi sedikit kelainan dalam diri anda.



Apatah lagi pada setiap akhir Syaaban, ramai yang mengikuti ceramah pra-Ramadhan sebagai bekalan menjalani ibadat puasa nanti. Antara tanda kematangan iman seseorang adalah dia sentiasa menemukan sesuatu yang baru dalam penjelajahannya mencari maklumat mengenai agama.

Maklumat paling asas yang mesti diketahui ialah syarat diterima ibadat. Dua syarat itu sentiasa menjadi pegangan orang yang beramal, iaitu tidak menyekutukan Allah dalam ibadatnya atau dalam ungkapan ringkas ikhlas dalam ibadat hanya kerana Allah dan ibadat itu wajib mengikuti sunnah serta tatacara yang ditentukan Nabi SAW saja.

Saturday, August 8, 2009

Sekilas Madah Tentang Drama Bersiri "Roda Kehidupan"

Assalamu’alaikum.

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan sebuah drama bersiri bertajuk “Roda Kehidupan” untuk tatapan semua yang mengunjungi blog saya.Mudah-mudahan drama yang saya karang itu dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat dan pengajaran serta mesej-mesej yang positif untuk kita bersama dalam meneruskan perjuangan dalam kehidupan di dunia yang sementara ini.

Walaupun drama ini dilihat agak kelam kabut dan agak panjang, namun saya fikir ia tidak menjejaskan matlamat saya untuk mengarang drama ini. Untuk pengetahuan semua, drama ini sebenarnya diadaptasi daripada perjalanan kehidupan saya sendiri yang kemudiannya diubah suai mengikut jalan cerita yang saya inginkan.Jadi terdapat kisah yang saya kekalkan bermaksud ia merupakan kisah benar dalam hidup saya dan ada kisah yang ditambah atau direka untuk memberikan drama tersebut lebih menarik.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membaca dan mengikuti drama tersebut.Harapan saya semoga mesej yang ingin saya sampaikan dalam drama tersebut sampai ke dalam kalbu kalian.

Sekian.Wassalam.

Drama "Roda Kehidupan" - Episod Akhir

Selepas Aiman dibawa ke wad ICU, Asyraaf pun masuk ke bilik berkenaan untuk melihat keadaannya.

Asyraaf: Abang….bangunlah abang…adik tak mahulah abang terus macam ini.
Mak Asyraaf: Sabarlah Asyraaf..kita berdoa saja pada ALLAH agar Abang Aiman cepat sedar.
Asyraaf: Abang Aiman…cepatlah sedar…kalau abang sayangkan adik, tolonglah cepat sedar.

Sementara itu, Amar dan Faiz berada di luar bilik wad sedang memerhatikan saja Asyraaf dan Aiman dari luar.

Amar: Aku rasa macam nak menitiskan airmata saja tengok mereka berdua.
Faiz: Kenapa pula?
Amar: Yalah..selama ni aku seringkali sakitkan hati Aiman berkenaan Asyraaf padahal rupanya Asyraaf tu adik kandungnya.Aku rasa bersalah sangat dengan mereka berdua.
Faiz: Diorang tak berdendamlah dengan hang..so hang tak payahlah berasa bersalah.

Selepas itu apabila Asyraaf keluar dari bilik Aiman ditempatkan, kelihatan Zahid turut berada di situ.

Zahid: Sebenarnya aku yang beritahu Aiman pasal korang adik beradik kandung tu..
Asyraaf: Siapa ni?Saya tak kenallah…
Zahid: Aku Zahid..aku yang menghubungi Aiman dan memberitahunya sebelum dia ditimpa kemalangan tengah hari tadi..
Asyraaf: Jadi abang la yang call Abang Aiman sebelum dia ditimpa kemalangan.
Zahid: Aku rasa bersalah dengan dia sebab akulah dia ditimpa kemalangan.
Asyraaf: Tak..bukan salah abang..memang ditakdirkan Abang Aiman ditimpa kemalangan..

Pada malam itu, Aiman pun sedarkan diri, dia mendapati Asyraaf tidur dipangkuannya sementara ibu bapanya berada di luar sedang bersembang dengan ibu bapa kandungnya.Asyraaf pun terbangun akibat pergerakan tangan Aiman.Namun keadaan Aiman masih agak kritikal.

Asyraaf: Alhamdulillah..baguslah abang dah sedar..adik gembira sangat..adik risau sangat kalau apa-apa jadi pada abang.Adik gembira sangat anta sebenarnya abang kandung adik..

Aiman tersenyum menandakan dia turut gembira.Kemudian ibu bapa Asyraaf pun datang.

Ayah Asyraaf: Asyraaf, jom balik ke rumah.Esok Asyraaf kena pergi ke sekolah.Alhamdulillah, Aiman dah sedar……
Mak Asyraaf: Alhamdulillah..syukur..
Asyraaf: Tapi Asyraaf nak jaga abang..
Ayah Asyraaf: Abang mesti nak adik pergi ke sekolah juga..

Aiman mengangguk tanda setuju akan kata-kata ayahnya.

Asyraaf: Oklah..oklah..tapi balik sekolah esok adik nak jaga abang ok.
Mak Asyraaf: Boleh..tak ada masalah…

Kemudian Asyraaf mengucup dahi Aiman yang membuatkan Aiman terharu.Selepas itu Asyraaf pun balik bersama ayahnya manakala emaknya tinggal di hospital untuk menjaga Aiman.Aiman berasa gembira sambil berdoa,
“Ya ALLAH, hamba-MU ini sangat gembira kerana apa yang aku harapkan selama ini menjadi kenyataan..aku tahu Ya ALLAH Engkaulah Yang Maha Berkuasa atas segalanya”

Keesokan paginya, Aiman berasa sesak nafas dan hal tersebut menyebabkan emaknya memanggil doktor.Namun apabila ajal telah tiba, mahu ataupun tidak kita akan kembali kepada ALLAH.Aiman sempat mengucap “La Ilaha Illa ALLAH” sebelum dia menghebuskan nafas yang terakhir.

Ibu bapanya sedih sambil mengalirkan airmata atas pemergiannya namun mereka redha dan menerima takdir ALLAH.Ibu bapanya kemudiannya pergi ke sekolah dan berjumpa Ustaz Mohd Asri untuk memaklumkan berita sedih itu yang mana kebetulan perhimpunan harian sedang berjalan di Sekolah Menengh Kebangsaan Agama Ibnu Taimiyah.

Berita tersebut kemudiannya disampaikan oleh penolong kanan HEM yang sedang menyampaikan ucapan.Rata-rata warga sekolah terkejut dan sedih mendengar berita kematian Aiman itu.Asyraaf dilihat orang yang paling sedih mendengar berita pemergian abang kandungnya itu sehinggakan berlinangan airmatanya kerana kesedihannya tidak dapat ditahan lagi.Lalu dia lari pergi ke arah ibu bapanya yang dilihatnya berada di sekolah.

Asyraaf: Mak…Abang Aiman masih hidup kan..kan..
Ayah Asyraaf: Asyraaf..bersabarlah..hidup dan mati kita di Tangan ALLAH.Setiap yang hidup pasti akan menemui mati.DIA yang menentukan segalanya.Asyraaf kena terima ketentuan-NYA..
Asyraaf: Asyraaf bukannya tak boleh terima tetapi Asyraaf baru saja tahu Abang Aiman tu abang kandung Asyraaf…tengok-tengok Abang Aiman dah meninggal dunia..
Mak Asyraaf: Tak mengapalah..apa kita boleh buat..kita menangis airmata darah sekalipun takkan dapat hidupkan kembali Abang Aiman.Asyraaf pergilah balik kelas ambil beg dan jom balik.

Di kelas 5 Ali pula, berita pemergian Aiman disebut-sebut dalam kalangan pelajar kelas tersebut,

Faiz: Aku macam tak percaya bahawa Aiman sudah pergi meninggalkan kita.
Amar: Aku pun…Kita dikejutkan dengan dua perkara dalam tempoh dua hari berturut-turut.Semalam kita terkejut mendapat tahu bahawa Asyraaf merupakan adik kandungnya.Hari ini kita dikejutkan dengan berita pemergiannya pula.
Adam: Semoga rohnya sentiasa berada dalam rahmat ALLAH dan tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.
Afiq: Insya ALLAH..jom aku nak pergi jumpa Asyraaf ni.
Amar: Jom..aku pun nak jumpa dia.

Lantas mereka pun pergi ke kelas 4 Ali untuk bertemu dengan Asyraaf.

Afiq: Ana nak ucapkan takziah la atas pemergian abang anta…banyak-banyakkan bersabar ya.
Asyraaf: Insya ALLAH..terima kasih..
Amar: Aku nak minta maaf kerana dah menuduh hang dengan tuduhan yang bukan-bukan.
Asyraaf: Tak mengapalah..ana tak kisah..macam arwah Abang Aiman kata, just let by gone be by gone.
Faiz: Kami juga nak ucapkan takziah atas pemergian abang anta tu.Bersabarlah ya.Mesti ada hikmah disebalik yang berlaku.
Asyraaf: Terima kasih.ana minta diri dulu..ana nak balik rumah dah ni dengan ibu bapa ana.
Adam: Ok…

Pemergian Aiman secara mengejut itu seolah-olah telah memberikan satu kesedaran kepada orang yang memusuhinya untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.Bagi Adi pula, dia kesal atas apa yang telah dia lakukan pada Aiman tempoh hari dan pemergian Aiman telah mengingatkannya akan kata-kata Aiman kepadanya iaitu “Study comes first before love” dan dia akan terus mengingati kata-kata tersebut selain bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Di tanah perkuburan Islam Mukim Jejawi, Hazwan, Hakimi dan kawan-kawannya menziarahi kubur Aiman.Zahid turut berada di situ.

Hazwan: Aiman, walaupun hang sudah meninggal dunia..kami harap hang dengar apa yang kami cakap ni..kami minta sangat-sangat pada hang agar maafkan segala kesalahan kami.
Zahid: Korang ni ada buat salah pada Aiman juga ke?Aku pun sama..akulah punca kematian Aiman..kalau aku tak hubungi dia tentu dia takkan ditimpa kemalangan dan meninggal dunia.

Kebetulan Asyraaf pergi ke sana dan terdengar apa yang dikatakan oleh mereka.

Asyraaf: Antum tak perlulah minta maaf pada Arwah Abang Aiman..takkan anta tak tahu Abang Aiman pernah kata bagi dia tak ada sesiapapun dalam dunia ni ada buat salah padanya so tak ada sesiapa pun dalam dunia ni perlu minta maaf padanya.Yang penting antum berubah la ke arah positif...
Zahid: Betul ke dia pernah kata macam tu?Baiknya dia…..macam insan yang sempurna..
Hakimi: Betul tu…
Asyraaf: Antum kena tau la tak ada insan yang sempurna..setiap insan ada kelebihan dn kekurangannya yang tersendiri…
Hazwan: Hmmmm….Adiknya baik macam dia juga….

Bagi Asyraaf, kenangannya bersama insan bernama Ahmad Aiman Bin Rahman yang hakikatnya merupakan abang kandungnya tidak akan dilupakan selamanya.Malah dia ingin mencoretkan sebuah catatan kehidupan Aiman.

Apabila Asyraaf mengenangkan kisah suka duka yang Aiman lalui sepanjang kehidupannya, dia mengerti bahawa suka duka dalam kehidupan sebenarnya mewarnai kehidupan kita di dunia ini. Dia juga faham kehidupan di dunia ini ibarat roda.Kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang berada di bawah.Begitulah putaran sebuah roda kehidupan………

:: TAMAT ::

Monday, August 3, 2009

Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar PMR 2008

BAHASA MELAYU [ KERTAS 1] [ KERTAS 2 ]
BAHASA INGGERIS [ KERTAS 1] [ KERTAS 2]
SEJARAH [ SOALAN ]
MATHEMATICS [ KERTAS 1] [ KERTAS 2 ]
SCIENCE [ KERTAS 1 ] [ KERTAS 2 ]
GEOGRAFI [ SOALAN ]
PENDIDIKAN ISLAM [ SOALAN ]

*Klik kanan pada tetikus dan pilih save target as atau save link as

Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar SPM 2008

SEJARAH
ADDITIONAL MATHEMATICS  [ KERTAS 1 ] [ KERTAS 2]
MATHEMATICS [ KERTAS 1 ] [ KERTAS 2 ]
CHEMISTRY
BIOLOGY
EST
PRINSIP AKAUN [ KERTAS 1] [ KERTAS 2 ]
TASAWWUR ISLAM [ KERTAS 1] [ KERTAS 2 ]
EKONOMI ASAS [ KERTAS 1 ] [  KERTAS 2 ]
PENDIDIKAN AL QURAN AS SUNNAH
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH


*Klik kanan pada tetikus dan pilih save target as atau save link as

Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2008- Negeri Perlis

BAHASA MELAYU [ K1 ] [ K2 ] [SKEMA ]
BAHASA INGGERIS [ K1 ] [ K2 ][ SKEMA ]
SEJARAH [ K1 ] [ K2 ]
ADDITIONAL MATHEMATICS [ KERTAS 1 & 2 ]
MATHEMATICS [ K1 ] [ K2 ]
PHYSICS [Kertas 1, 2 dan 3]
CHEMISTRY [ K1 ] [ K2 ][ K3 ] [ SKEMA 1] [ SKEMA 2] [SKEMA 3]
BIOLOGY [ K1 ] [ K2 ] [ K3 ] [ SKEMA 1] [SKEMA 2] [ SKEMA 3]
EST [ KERTAS 1 ] [ KERTAS 2 ] [SKEMA ]
PRINSIP AKAUN [ KERTAS 1 ] [ KERTAS 2 ]
EKONOMI ASAS[ K1 ][ K2 ]
SAINS KERTAS 1 [SOALAN] [SKEMA ]
SAINS KERTAS 2 [ BHG A] [BHG B] [BHG C] [ SKEMA]

PMR & SPM trial exam are getting started

Assalamualaikum, everyone.

Alhamdulillah, praise be to ALLAH I am still alive right now.Actually myself is not so well since couple of days.Maybe I am tensed to sit for SPM trial exam  besides there are a lot of matter do I think of.However, it is now the time for all PMR and SPM candidates including me to measure ourselves when trial examination comes.

As we know,  trial exam is extremely important like the real SPM exam one as it can measure our discplinary towards our academic.We will achieve a result with flying colours if we do our best.Actually there are no secrets to success. It is just the result of preparation, hard work, and learning from failure.

I am not intented to write a lot because there many things to do besides writting in my blog.Anyway sorry for all grammar mistakes as I am just an ordinary guy and not master in English..practice makes perfect.

Do pray for me so that I could answer well for this exam and achieve a result with flying colours.Wishing good luck and all the best to all PMR and SPM 2009 candidates.May ALLAH bless us...

Sunday, August 2, 2009

Jangan Bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Saya hanya sempat mengikut dari jauh isu dan secebis ‘hukuman sebat ke atas peminum arak’ di Pahang. Banyak juga email mengenainya meminta saya mengulas isu tersebut, termasuk email seorang tokoh politik dan ahli Parlimen ternama. Banyaknya urusan menjadikan saya ‘ketinggalan bas’ kebelakangan ini. Rasanya, sikap rela model berkenaan patut dipuji.

Ya, arak itu haram di sisi Islam, tiada siapa pun yang beriman berbeza pendapat mengenainya. Namun apabila hukuman ke atas pesalah itu dilaksanakan, ia membabitkan dua aspek utama; pertama, hukuman yang dikenakan, kedua, individu yang dihukum.

Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali.

Saturday, August 1, 2009

Perihal Tertinggal Beberapa Raka’at dan Melakukan Salam Lebih Awal Dalam Solat




حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ قَالَ حَدَّثَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ عَوْنٍ عَنْ ابْنِ سِيرِينَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَصَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ

وَسَلَّمَ إِحْدَى صَلَاتَيْ الْعَشِيِّ قَالَ



ابْنُ سِيرِينَ سَمَّاهَا أَبُو هُرَيْرَةَ وَلَكِنْ نَسِيتُ أَنَا قَالَ فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ فَقَامَ إِلَى خَشَبَةٍ مَعْرُوضَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَاتَّكَأَ عَلَيْهَا كَأَنَّه غَضْبَانُ وَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ وَوَضَعَ خَدَّهُ الْأَيْمَنَ عَلَى ظَهْرِ كَفِّهِ الْيُسْرَى وَخَرَجَتْ السَّرَعَانُ مِنْ أَبْوَابِ الْمَسْجِدِ فَقَالُوا قَصُرَتْ الصَّلَاةُ وَفِي الْقَوْمِ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ فَهَابَا أَنْ يُكَلِّمَاهُ وَفِي الْقَوْمِ رَجُلٌ فِي يَدَيْهِ طُولٌ يُقَالُ لَهُ ذُو الْيَدَيْنِ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَسِيتَ أَمْ قَصُرَتْ الصَّلَاةُ قَالَ لَمْ أَنْسَ وَلَمْ تُقْصَرْ فَقَالَ أَكَمَا يَقُولُ ذُو الْيَدَيْنِ فَقَالُوا نَعَمْ فَتَقَدَّمَ فَصَلَّى مَا تَرَكَ ثُمَّ سَلَّمَ ثُمَّ كَبَّرَ وَسَجَدَ مِثْلَ سُجُودِهِ أَوْ أَطْوَلَ ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَكَبَّرَ ثُمَّ كَبَّرَ وَسَجَدَ مِثْلَ سُجُودِهِ أَوْ أَطْوَلَ ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَكَبَّرَ فَرُبَّمَا سَأَلُوهُ ثُمَّ سَلَّمَ فَيَقُولُ نُبِّئْتُ أَنَّ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ قَالَ ثُمَّ سَلَّمَ

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 39

Aiman berasa amat terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Zahid.Oleh sebab itu, dia menjadi leka ketika melintas jalan.Malang tidak berbau, sebuah kereta yang memandu laju datang dan melanggarnya.Asyraaf yang sedang duduk di pondok hadapan sekolah dan pelajar-pelajar yang berada di hadapan kawasan sekolah terkejut melihat kejadian itu sementara Zahid hairan kerana Aiman tidak berkata apa-apa selepas dia memberitahu hal sebenar kepada Aiman.

Lantaran itu,Aiman dikejarkan ke Hospital Umar Abdul Aziz.Sahabat-sahabat Aiman sememangnya terkejut mendengar berita tersebut.Di Hospital Umar Abdul Aziz, Asyraaf mendapati ibu bapanya turut datang ke hospital sejurus selepas berita tersebut tersebar.