Marah tak kalau saya keluarkan kenyataan media bahwa bangsa Melayu umumnya kian mundur sesuai dengan namanya "Melayu"? Insan yang jiwanya luhur pastinya marah ataupun geram dengan kenyataan macam tu.Bagi saya, bangsa ni bukannya kian maju sebaliknya masih sama ataupun kian mundur.Mengapa begitu jadinya? Bukan nak kutuk bangsa sendiri ke apa, tapi kalau dah yang tu hakikatnya ia harus ditegur untuk kepentingan bersama.
Dari sudut ekonomi, orang Melayu terkenal dengan sikapnya yang cukup suka berhutang..bukan semua la..sebahagian daripadanya je..dalam Islam tak salah nak berhutang tapi tengok la sama keadaan..bukan semua barang nak beli guna kad kredit..lepas tu berhutang..dah la berhutang lepas tu liat sungguh nak bayar balik walaupun ada duit untuk bayar..korang macam tu tak? harap2 tak la ya..hehe..nak berhutang pun biarlah kena pada tempatnya & bila dah berhutang segeralah bayar bila dah mampu..bukan asyik tangguh je..orang Melayu juga cukup terkenal dengan bangsa yang tertipu dengan peraduaan SMS palsu, skim pelaburan macam skim cepat kaya dsb..kenapa begitu ya? bukannya orang melayu je kena tipu..bangsa lain pun ada juga..tapi majoritinya orang Melayu..mungkin boleh disimpulkan orang Melayu secara umumnya MALAS nak berusaha tapi mengimpikan sesuatu yang besar..pelik betul kan?tapi tak mengapa..bukan semua..ada yang maju dan berjaya..
Dari segi politik..malas juga nak cakap pasal ni sebab "politik" di Malaysia agak pelik..dan sensitif betul warga Malaysia tentang politik..haih..sori la saya memang tak berminat nak ceburi bidang ni..sangat berbahaya..haha..cuba tengok orang Melayu berpolitik, pelik ke tak..pertama ramai yang tak berpendirian..kejap tu la kejap ni la..kenapa?sebab ikut kepentingan la..tapi ada juga yang berpendirian & bagus...tapi secara jujurnya bagi saya, cara orang Melayu berpolitik memang kurang atau tak profesional..ada ke patut disebabkan si A sokong parti ni si B sokong parti satu lagi, dua2nya bermusuhan..atau kalau kurang sikit tu hubungan tak berapa baik..nampak tak tu?hakikatnya benda tu jadi di negara Malaysia ni..cuba la contohi negara2 maju seperti Amerika Syarikat..ada ke diorang macam kita?mungkin ada tapi tak la ramai macam kita..dalam soal politik biarlah berbeza parti tapi jangan campur adukkan dalam soal perpaduan pula..mana boleh la..huhu..
Dari aspek sosial pula ni..bukan nak persoalkan ke apa..tapi hairan juga tengok orang melayu ni terlalu bergantung sangat ke perjuangkan hak keistimewaan orang Melayu..memang la termaktub dalam perlembagaan tapi jangan la bergantung sangat dengan ke apa..sampai jadi MANJA lepas tu SENSITIF..pelik tau saya tengok..yang peliknya lagi sensitif tak bertempat..memang cukup bahaya nak cakap di Malaysia ni..cakap silap sikit tunggu la kena saman..saman merata2..tak pun buat laporan polis..cukup popular di Malaysia..haha..SENSITIF sungguh rakyat Malaysia ni..bukan semua la..yang berkenaan je..lagi satu ni ha..Islam ni milik orang Melayu ke di Malaysia?Jangan perasan la kalau kata ya..Islam tu tak ada milik mana2 kaum la..jangan pelik kalau tak ramai sangat orang bukan Islam peluk agama suci ni berbanding negara2 lain..sebab apa? sebab tu la..sebahagian orang Melayu Islam ni anggap macam Islam tu milik mereka di Malaysia..pelik la..kenapa macam tu ya?mungkin tak ada ilmu agaknya...sampaikan ada yang nak peluk agama Islam di negara jiran seperti Singapura, tak mahu di Malaysia..sebab macam2 kerenah, syarat dan prosedurnya..haih..banyak sungguh pelik..ada ke patut orang bukan Islam yang dah peluk Islam sejak 20 tahun yang lalu masih dipanggil "Mu'allaf"? sampai ke mati agaknya nak panggil dia macam tu...kalau setakat setahun tu tak pa la sementara dia nak belajar pasal Islam..ni dah 20 tahun, orang Melayu masih panggil dia macam tu..tak semua la..sebahagian je..jangan marah kalau tak buat..hehe..
Tak habis lagi..tak habis lagi..dalam bab Agama pun sama..lebih kurang macam politik la..eh agama dipolitikkan? apa2 je la nak kata..bila berbeza pendapat dan amalan, mula la nak bermusuh dan caci maki...tak mengapa la kalau dah berbeza dan bila dah saling keluarkan hujah tetap dengan pegangan masing2..tak payah la nak maki ke bermusuh..ingat jelah "bagiku amalanku bagimu amalanmu" senang cerita kan..tapi ni tak..nampak orang yang berbeza pegangan kita mula timbul muka yang geram dan menyampah..jangan la macam tu..be professional and OPEN-MINDED..satu lagi..saya hairan selalu sangat ada berita atau kenyataan pasal "ISLAM DIHINA", apa yang diorang faham tentang dihina tu erk..orang bukan Islam guna perkataan ALLAH diorang tak bagi..nak tau lagi lanjut tengok dalam Al Quran..orang bukan Islam baca Al Quran kata hina Islam..macam2 la..tu kata Islam ni seolah2 milik Melayu pula..haih..pelik tetapi benar..haha..
Dalam bab pelajaran, orang Melayu juga MALAS..tak semua..bukan semua..tapi banyak juga macam tu..kalau rajin pun belajar untuk exam..untuk exam? la..ish2.. sebab tu kena tekadkan dalam hati belajar kerana ALLAH..kan orang Melayu ni dikatakan semuanya Islam..so mesti percaya kepada ALLAH kan..Tuhan sekalian alam..menuntut ilmu untuk perjuangkan Islam...dalam bab hiburan ni..orang Melayu cukup minat..tak pa la minat..bukan tak boleh berhibur tapi berpada2 la..ni tak berhibur bukan main lagi..sakan betul..sampai abaikan benda lain..macam hidup ni untuk berhibur je...tapi kalau nak berhibur juga ikut suka la...
Akhir kata, apa yang saya katakan berjela2 tu bukan semua orang Melayu begitu..hanya sebahagian saja..tapi ramai juga..mungkin majoriti..kalau korang marah dengan apa saya kata..tak mengapa tapi fikir2 kan la & renung2kan juga apa saya kata ni..bukan nak buruk2kan bangsa sendiri tapi untuk menjaga kepentingan bangsa Melayu beragama Islam supaya bangsa majoriti di Malaysia ni maju dan bukannya MUNDUR..ayuh bangsaku kita bangkit berubah dan tekadkan dalam hati bahawa hidup di dunia ni adalah untuk mencari keredhaan ALLAH 'Azza Wa Jalla..Tegakkan Islam! Majukan Bangsa Melayu Islam!
Kita harus keluar dari belenggu kejumudan yakni suka sangat menyalahkan orang lain tanpa merasakan diri sendiri itu salah...'close-minded' dan sensitif tak bertempat..dan kembali kepada Islam sebagai cara hidup..kalau setakat beribadah yakni bersolat, berpuasa, berzakat dsb namun ia tak beri kesan kepada kehidupan kita, sesungguhnya ibadah kita itu tiada makna sebenarnya...Yang penting diri kita sendiri berubah, orang lain itu tak terdaya kita nak buat apa..kerana kita tak dapat ubah orang lain bahkan nak ubah diri sendiri pun susah..tiada sesiapa dapat ubah diri kita melainkan ALLAH dan diri kita sendiri...renung-renungkan wahai bangsaku..sekadar renungan dan buah fikiran untuk saya dan sesiapa yang mengunjungi blog ni.
7 comments:
hmm org melayu majoriti mmg semakin melayu...mmg btol terlalu manja..byk keistimewaan diberi..memangla...dah kat negara sendiri kan..tp jgnla disebabkan ada keistimewaan tu org melayu jadi malas nak maju dan berusaha...cuba kalau keistimewaan tu ditarik atau kongsi dgn kaum lain..mesti byk org melayu marah kan...jd sementara lampu hijau dan aman maju2 kanlah diri...mane tau ekonomi meleset nanti..nak bergantung kat sape??AS? indonesia? thailand? filipina?
cuba bayangkan kalau negara kite diserang...bersedia ke kite???dr ilmu segi ilmu? kekuatan? senjata? pertahanan? ilmu itu untuk dunia dan akhirat...gunalah sebaik mungkin..jgn bergantung pd 'keistimewaan' org melayu je...sementara ia masih ada...jgn biarkan ia menunngu kite,,kite yg kena tunngu and grab cepat2...
saya harap pemuda pemudi jgnla bergantung pd mak bapak je...fikir2kanla masa depan agama,bangsa dan negara dan anak2 cucu cicit kite nanti..
gunala peluang keemasan ini sementara ia masih ada...jgn biarkan ia pergi...masa 2 kite mesti menyesal sgt2...kite byk kemudahan untuk berjaya dunia akhirat di bumi Malaysia ni...
sekian...jgn terasa..saya pun pemudi melayu gak...
Terima kasih atas perkongsian pendapat yg baik & bermanfaat tu.
Hehehe...
melayu??
kbnyakannya mmpunyai sikap sperti angan2 mat jenin..
bkan xbgos,, perihal ini.
sperti mana yg kta ktahui dan sedia mklum, utk mlakukan ssutu perkara,kta perlu mlakukan satu strategik yg optimis utk maju ke hadapan.namun ada segelintir yang masih lena dalam mmpi tnpa berusaha mengejar impian dan prinsip..
konklusinya, angan2 mat jenin dperlukan oleh ssorang individu utk mengorak langkah sebagai insan malaya yang tidak ketinggalan dek arus bayang2 yg xmungkin dpat digenggam.. oleh itu, berpeganglah pada prinsip merealisasikan fantasi dalam bentuk2 realiti,,
maaf kalau tlalu bbalagah..
sekian wabillahit taufiq..
Assalamualaikum...........
Sy b'stuju dgn apa yg dtulis oleh admin tu....
Mmg banyak yang prlu diubah oleh org
Melayu, tak kira la dr segi pmikiran ke,
sikap ke, dsb...
Bkn nk kta bangsa Melayu ni
teruk ke apa, tp kbenarannya
mmg sudah t'bukti...
Sy x smpurna, nk kta sy ni
perfect 2 of course x sbb
xda sp pn didunia ni yg
perfect.....
Semua org ada keistimewaan msing2
& ada jgk kekurangannya....
Jadi bila kita tegur org utk kbaikan
2 mmg x salah........Kn admin...??
=)
Lgpun tguran 2 kn bleh
m'jdikn kta sbagai
seorg insan yg lbih
baik....
Kita ada jgk kekurangan,
jadi kekurangan 2 bleh
dibaiki dgn mlengkapi
antara satu sm lain...
X smestinya kta x bleh
tgur org yg lbih tua drpd
kta.... Sbnrnya kta bleh
mnegur mreka, ttpi mstilah
dgn mggunakan p'kataan
yg baik.....
Ambil tguran 2 sbagai
motivasi dri utk
mmajukan dri.....
Mcm b'syarah la plak
sy ni...hehe..
Maaf ye klau ada yg
sy tulis ni silap....
=D
terima kasih byk2 kpd yg sudi memberikan pandangan =)
hakikatnya masing2 punyai pendapat masing2.
jadi jgn bertengkar ke apa pula.
huhu...
kpda orang melayu..
success will be urs
if dream it
plan it
and work it
ermm..insya ALLAH..
kalau org Melayu menjadikan Islam sebagai cara hidup dan identiti mereka
pasti kecemerlangan sentiasa dicapai..
Post a Comment