Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Nampaknya Ramadhan kini kian meninggalkan kita.Semoga Ramadhan pada kali ini adalah yang lebih baik daripada yang lalu.Apa yang diharapkan ialah kesan didikan sekolah Ramadhan dalam kehidupan seharian kita selepas Ramadhan nanti bagi menempuh 11 bulan yang mendatang.Itu yang penting.Semoga kita mencapai matlamat puasa iaitu untuk menjadi hamba-NYA yang bertaqwa.
Semoga segala amal ibadah kita sepanjang kehidupan kita khususnya dalam Ramadhan kali ini diterima oleh ALLAH 'Azza Wa Jalla.Apa gunanya kita beribadah bersungguh-sungguh jikalau ia tak diterima oleh-NYA.
Ingatlah, bersederhana dalam mengamalkan Sunnah adalah lebih baik daripada bersungguh-sungguh dalam melakukan bid'ah. Sama-samalah kita gembira meraikan kehadiran 'Idulfitri dengan penuh kesyukuran dengan bertakbir kepada Tuhan Yang Maha Besar.
Taqabbalallahu Minna Waminkum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah.
Maaf Zahir dan Batin.
No comments:
Post a Comment