Kelibat Luqman Hakim dan Muhammad Irsyad dilihat oleh beberapa orang sahabat Irsyad yang bertugas berdekatan dengan pintu masuk utama kampus.
Mereka menyangka Hakim merupakan adik Irsyad, jadi tidak hairanlah Irsyad boleh keluar makan sekali bersama keluarga.
Namun, dalam ramai “committee” yang bertugas, ada yang tidak berpuas hati dengan Irsyad kerana dianggap “curi tulang”.