Wednesday, August 8, 2012

Sayang vs Benci – Bahagian 1

Hari ini merupakan hari pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru bagi kemasukan ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2011/2012.

Luqman Hakim merupakan salah seorang pelajar baru bagi program asasi perubatan. Dia berasa sangat gembira kerana impiannya untuk menjejakkan ke kaki universiti Islam menjadi kenyataan.

Namun, ada perkara yang lebih menggembirakan dia ialah dia bakal bertemu insan yang bernama Muhammad Irsyad, selama ini dia selalu berhubung sebelum ini yang banyak membantunya dalam proses persediaan untuk pendaftaran bagi hari ini.

Irsyad: Assalamu’alaikum..enta kat mana? Ana dah ambilkan nombor giliran kat enta ni..

Hakim: Wa’alaikumussalam..Baru keluar kereta ni. kejap noo.. Hehe.

Irsyad: Orait..cepat banyak ya. Pendaftaran nak bermula dah ni.

Di saat pertemuan kali pertama antara Hakim dan Irsyad, mereka berpelukan seperti sudah lama mengenali satu sama lain.

Irsyad: Nah..ambil nombor giliran ni. Dokumen semua dah ready kan?

Hakim: Dah..dah susun macam enta inform dalam sms semalam. Thank you yea. Abang…ana nak tanya sikit boleh?

Irsyad: Ye..tanyalah adik. haha. gapo dio?

Hakim: Ana boleh dapat Mahallah Fatimah ni tak?

Irsyad: Ingatkan gapo lo todi. huhu. InsyaAllah dapat. Ana dah deal dengan mahallah officer tadi.

Hakim: Really? Thanks! Ana terhutang budi banyak sangat dengan enta.

Irsyad: Ala..tak apa2 pun aih. Pergilah masuk tu..rasanya dah boleh masuk ni.

Hakim: Ok..jumpa nanti ye!

DSCN0530

Dengan izin Allah Ta’ala, ditakdirkan Luqman Hakim mendapat Mahallah Fatimah Az-Zahra’ seperti yang dia sangat inginkan itu. Kamil Irsyad sempat berkenalan dan bersembang dengan keluarga Hakim, malah keluarganya membawanya keluar kampus untuk makan tengah hari.

Irsyad: Ana terpaksa pergi dulu ni. Ada tugas lagi. Marah pula committee lain pula kalau ‘curi tulang’ ni.

Hakim: Oh.ok. petang ni free tak?

Irsyad: InsyaAllah, free lepas asar. Kenapa?

Hakim: Nak ajak makan sekali. kalau boleh, nak minta tolong tunjukkan sikit tempat2 kat dalam kampus ni. takut sesat nanti. hee

Irsyad: Ohhh..bereh boh.

 

Bersambung….

No comments: