Kelibat Luqman Hakim dan Muhammad Irsyad dilihat oleh beberapa orang sahabat Irsyad yang bertugas berdekatan dengan pintu masuk utama kampus.
Mereka menyangka Hakim merupakan adik Irsyad, jadi tidak hairanlah Irsyad boleh keluar makan sekali bersama keluarga.
Namun, dalam ramai “committee” yang bertugas, ada yang tidak berpuas hati dengan Irsyad kerana dianggap “curi tulang”.
Irfan: Kau nampak tak Irsyad tu? Boleh dia keluar sedap2 hati je dengan family dia kot tu.
Adibah: Ala. Apa masalahnya? Biarlah dia nak keluar. Dia kan PC.. PC relax je masa registration day ni. sama la aku pun. hehe..
Irfan: Kalau ye pun tak ada kerja, tolonglah unit-unit lain ni. Jangan curi tulang!
Rasydan: Hai.. marah benor kau, Irfan. Come on la.. Kalau family kau datang pun, probability kau nak buat benda sama tinggi kan?
Irfan: Tak! Aku takkan senang-senang nak curi tulang macam Irsyad tu.
Di saat mereka bersembang tentang Irsyad, dia terus menuju kepada mereka untuk membantu apa yang boleh.
Irsyad: Hai.. sembang apa ni? Boleh join? Huhu..
Irfan: Kau pergi mana tadi? Best curi tulang nampak.
Adibah: Alaa..sudah la Irfan oi. Benda kecil pun nak dibesarkan. Matang la sikit.
Irfan: Kau jangan sibuk boleh tak? Aku tengah cakap dengan dia ni.
Irsyad: Aku keluar makan dengan kawan aku dan family dia. Family dia ajak..takkan nak tolak kot.
Irfan: Hah! Kawan tu? Ke adik angkat? Yang penting bukan family! Cakap sajalah kau tengah bertugas, apa susah.
Rasydan: Cukup la Irfan oi. Kau bising dia curi tulang la, ni kita duk sembang ni tak curi tulang ke?
Irsyad: Ye..aku salah. Aku minta maaf sebab tak tolong korang. Dia bukan adik angkat ke apa, kawan biasa je, kenal dalam Facebook. Dia duk tanya macam-macam dulu sebelum daftar ni, so parents dia nak la kenal aku.
Adibah: No hal la Irsyad.. Kau dah kerja keras pun kan semalam tolong angkut beg kat luggage drop point ni.
Irfan: Eh, Diba. Apasal kau duk bela sangat dia ni? Kau suka dia eh?
Adibah: Astaghfirullah.. apa la yang tak kena dengan kau ni Irfan?
Ketika mereka belum sempat tamatkan perbualan mereka, Manager bagi Student Committee, Khairul Faiz datang menjenguk mereka.
Faiz: Apa cerita korang ni? Macam gaduh je. Ada problem ke?
Irsyad: Tak ada apa-apa. Biasa je boss. Hee
Irfan: Biasa? Eh.. tak sedar diri. Faiz, ni ha.. Irsyad ni tadi boleh keluar makan dengan family kawan dia tadi. Ada ke patut?
Faiz: Bukan aku nak berpihak kepada sesiapa, tapi kita kena lihat situasi jugalah. Tak salah pun dia nak keluar kalau dah diajak, boleh rapatkan ukhuwwah kan. Yang penting jangan lama sangat sudah la.
Rasydan: Haa.. dengar tu Irfan. Tepat lagi tuntas daripada YB kita.
Bersambung….
No comments:
Post a Comment