Semua orang ada impian, sama ada sikit atau banyak, kecil atau besar. Ada yang mahu mengubah dunia! MasyaAllah..tingginya! Ada yang nak berjaya di dunia dan di akhirat. Ayat standard. Heheh..
Namun, ramai yang seringkali 'terlupa' akan segala impian mereka itu, dek 'kesibukan' dalam pelbagai urusan hidup yang membuatkan fikiran kadangkala berserabut, kerana semua itu hanya dibayangkan dan terletak dalam fikiran.
Oleh itu, jikalau kita lihat perkara ini dari sudut psikologi dan agama, mungkin ada perlunya untuk kita menulis senarai impian kita itu, dengan penuh keazaman dan rasa kebergantungan kita kepada Allah 'Azza Wa Jalla, yang Maha Berkuasa atas segalanya.
Apabila selalu tengok senarai itu dengan penuh rasa kehambaan, insyaAllah ia jadikan lebih mantap untuk kekalkan kita atas jalan perjuangan yang sebenar.
Hmmm.. Nak letak di mana? Terpulang pada diri sendiri. Dinding, sebelah cermin. Kalau rasa ia hanya untuk pengetahuan sendiri, maka letak di tempat rahsia.
Semoga kita mencapai impian yang diletakkan itu, diakhiri dengan mendapat keredhaan dan rahmat Allah ‘Azza Wa Jalla, kita dimasukkan ke dalam syurga-Nya. Aamiin ya rabbal ‘alamin. :)
No comments:
Post a Comment