Setelah menonton video ucapan YB Nurul Izzah Anwar tempoh hari berkenaan dakwaan beliau "menyokong gejala murtad"(cuba fahamkan sebaik mungkin sebab ia dalam English), aku berasa agak tertarik untuk sedikit mengulas berkenaan hal ini.
Pertama, pada pandangan peribadi, kenyataan beliau itu ada benarnya dari sudut makna, tetapi salah dari sudut waqi'(salah tempat dan konteks budaya di Malaysia).
Theoretically, kita percaya memang Islam tidak terikat pada mana-mana kaum. Maka, dari sudut teori ini, kalau ada orang Melayu yang bukan beragama Islam sejak lahir, maka mereka tidak boleh dipaksa untuk masuk Islam.
Namun, berbeza dalam konteks Malaysia, yang mana dalam perlembangaan negara kita(mengambil definisi orang Melayu dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan) ada menyebut bahawa Melayu itu ialah mereka yang beragama Islam. Orang Islam ialah orang Melayu dan orang Melayu ialah orang Islam. Maka, kalau kaum Cina dan India yang masuk Islam pun, mereka boleh menjadi Melayu kalau ikut definisi perlembangaan dengan tafsiran sedemikian.
Oleh itu, apabila kenyataan seperti itu dikeluarkan di Malaysia, bermakna ia 'seolah-olah' membenarkan orang Islam untuk murtad. Bagiku, adalah ‘gopoh’ untuk membuat kesimpulan bahawa beliau menyokong gejala murtad.
Kedua, kenyataan seperti itu sangat terdedah kepada pelbagai tafsiran dan menimbulkan banyak persepsi terutama dalam kalangan orang Bukan Islam, seolah-olah Islam itu terbuka untuk keluar masuk begitu sahaja, sedangkan maksud "tiada paksaan dalam agama" khusus pada mereka yang bukan Islam tidak mengira kaum, dan bukannya pada orang Islam, juga tidak megira kaum.
Boleh rujuk Tafsir Ibnu Katsir, terbitan Pustaka Imam As-Syafie untuk ayat 256, Surah Al Baqarah ini.
Ketiga, disebabkan keterbukaan kepada pelbagai tafsiran ini juga menyebabkan orang ramai juga melihatnya dalam kerangka politik, dengan beranggapan BN telah mengamalkan sikap ‘mengongkong’ dalam "kebebasan beragama" di negara ini, padahal apa yang dilakukan kerajaan itu betul.
Maka, persoalan besar yang 'mungkin' timbul: BN mungkin dianggap salah dalam mengongkong kebebasan beragama orang Melayu, maka, adakah apabila PR memerintah, mereka akan memberikan kebebasan kepada orang Melayu?
Kesimpulannya, kebenaran itu milik Allah ‘Azza Wa Jalla. Kita boleh mendakwa itu dan ini, selebihnya diserahkan kepada-Nya yang mengetahuis segala-galanya.
Semoga Allah mengampuni daku, juga beliau dan kita semua dalam keterlanjuran kita dalam berkata-kata, juga ampuni segala kesilapan kita dalam apa yang diperkatakan. Jangan mudah melabel orang 'sesat' lagi teruk 'kafir' kerana kita bukan 'penghukum'.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Zar radhiallahu ‘anhu, dia berkata bahawa Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لاَ يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلاً بِالْفُسُوقِ وَلاَ يَرْمِيهِ بِالْكُفْرِ إِلاَّ ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِك
Maksudnya: "Tidak boleh seseorang menuduh orang lain dengan kefasikan dan tidak pula dia menuduhnya dengan kekafiran, melainkan hal ini akan kembali kepadanya jika orang yang tertuduh tidak demikian" -- Hadis Riwayat Imam Bukhari(6045) --
Dalam riwayat lain yang mana Abdullah ibn 'Umar radhiallahu ‘anhuma, dia berkata bahawa Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
أيُّما رجُلٍ قالَ لأخيهِ : يا كافرُ ، فقد باءَ بِها أحدُهُما
Maksudnya: “Jika seseorang berkata kepada saudaranya, “Wahai kafir!” maka salah seorang di antara dua orang itu menjadi kafir(yakni lalau keadaannya seperti yang dikatakan, maka sungguh dia kafir, namun jika tidak, maka ucapan itu akan kembali kepada si pengucap)” -- Hadis Riwayat Imam Bukhari(6104) --
Mohon perbetulkan fakta atau apa sahaja yang ku sebutkan jika salah. Barakallahu fina abadan abada. Jazakumullah khairal jaza'.
No comments:
Post a Comment