Di Hospital Umar Abdul Aziz, ibu bapa Aiman dan ibu bapa Asyraaf telah bertemu antara satu sama lain.
Mak Aiman: Tak sangka nama anak kandung saya sama dengan nama saya.Bagaimana keadaan dia sekarang ni?
Mak Asyraaf: Alhamdulillah dia baik-baik sahaja.Bagaimana pula keadaan Aiman?
Mak Aiman: Alhamdulillah Aiman pun baik saja.
Doktor Azmi: Saya rasa sebaiknya perkara ini dirahsiakan buat masa ini demi menjaga keadaan.
Ayah Aiman: Saya bersetuju dengan pandangan doktor dan apabila tiba masanya barulah kita akan beritahu mereka berdua.
Asyraaf pula menghubungi Aiman yang sedang bersendirian di rumah.
Asyraaf: Ana nak cakap sikit boleh tak?
Aiman: Cakaplah……
Asyraaf: Kenapa ana tengok anta macam jauhkan diri daripada ana je?
Aiman: Ana dah cukup rasa bersalah dengan anta sebab mendatangkan banyak masalah pada anta.Dah la anta nak ambil PMR tahun ni.ana tak mahu menghancurkan masa depan anta pula.
Asyraaf: Anta tak bersalah untuk semua tu..lagipun bukannya anta nak semua tu jadi kan.semua yang jadi tu takdir ALLAH.
Aiman: Memang takdir ALLAH tapi bila ana tengok result trial anta, ana jadi lagi bersalah..
Asyraaf: Ana dapat 5A tu bukannya sebab anta tapi sebab ana tak berusaha keras.
Aiman: Sebab apa anta tak berusaha keras? Sebab anta ada masalah kan dan masalah tu puncanya datang daripada ana kan..
Asyraaf: Dahlah tu…anta tahu tak ana sebenarnya sayangkan anta macam abang ana sendiri…anta kena tahu tu.
Aiman: Hmm..sebenarnya ana pun sayangkan anta macam adik kandung ana sendiri.Tapi ana sanggup korbankan kepentingan ana demi kebaikan anta.
Asyraaf: Janganlah macam tu…ana tak mahu anta jauhkan diri anta daripada ana..
Aiman: Yang penting sekarang anta bersiap untuk hadapi PMR lebih kurang sebulan saja lagi.Tak payah fikir pasal ana ni..ok ana nak pergi bersiap-siap nak berbuka puasa…
Keesokan harinya di sekolah Asyraaf berasa agak sedih dengan tindakan Aiman yang menjauhkan diri daripadanya.
Arif: Kenapa hang ni?Lain macam aku tengok…
Asyraaf: Aku sedih la sebab Abang Aiman jauhkan diri daripada aku..
Arif: Kenapa hang sibuk fikirkan pasal tu?Sepatutnya sekarang ni hang tumpukan pada PMR tu. Tak lama lagi kita akan hadapi PMR..lebih kurang sebulan saja lagi..
Asyraaf: Memang la tapi entahlah..aku pun tak tahu nak kata..
Arif: Macam ni la..buat masa ni hang tumpukan dulu la pada PMR ok..
Asyraaf: Tapi aku hairan la pasal kes yang timbul seperti surat layang tu banyak cikgu yang tunding jari pada aku yang betul-betul terlibat terlepas pula..
Arif: Sabar jelah..dah hang ketua tingkatan mungkin sebab tu cikgu tunding jari pada hang.
Pada hari Jumaat yang mendatang, ketika Aiman sedang berjalan kaki dari Perpustakaan Awam Negeri ke Masjid Alwaniah, dia mendapati terdapat sekumpulan insan mengekorinya. Dia berasa aneh melihat kelibat insan-insan yang mengekorinya itu namun dia tidak mengendahkannya. Ketika Aiman melalui sebuah bangunan kecil, insan-insan yang mengekorinya itu tiba-tiba bergegas berlari menghampirinya lalu mengepungnya.
Pemuda 1: Woi Aiman tak guna..berlagak bagus konon..hmm..kenapa hang diam?takut?
Pemuda 2: Dia takutlah tu…berlagak saja pandai tapi penakut..hahahaha…hang mesti fikir siapa dalang disebalik benda ni kan?Siapa lagi kalau bukan adik angkat hang bernama Asyraaf tu…
Aiman terkejut dengan apa yang diberitahu oleh pemuda tersebut namun dia terus mendiamkan diri.
Pemuda 3: Kenapalah dengan hang ni budak..suka sangat ganggu hidup orang..tak payahlah kacau hidup pelajar tingkatan 3 tu…jaga hidup hang sajalah…wei..bisu ke…
Pemuda 4: He..geramnya aku dengan budak ni..
Mereka lantas mengambil sebatang kayu yang panjang lalu memukul kepala Aiman dan pukulan itu menyebabkan Aiman jatuh tersungkur kerana kesakitan. Ketika mereka cuba untuk mencederakan Aiman lagi, tiba-tiba datang seorang pemuda dan ternampak kejadian tersebut lantas menjerit kepada kumpulan insan tersebut sehingga menyebabkan kumpulan insan tersebut lari bertempiaran.Kemudian pemuda tersebut mendekati Aiman yang terduduk sambil memegang kepalanya yang masih terasa sakit.
Aiman: Terima kasih abang kerana menyelamatkan saya daripada terus dikerjakan oleh mereka.Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH ‘Azza Wa Jalla atas pertolongan abang.Apa nama abang?
Ikmal: Sama-sama.Nama abang Muhammad Ikmal Bin Arpan.Eh..Adik tak apa-apa ke?
Aiman: Alhamdulillah, saya baik-baik saja.Cuma kepala saya terasa sakit sikit.
Ikmal : Abang rasa adik kena buat laporan polis tentang kejadian ini walaupun adik tidak cedera parah.Jom ikut abang pergi ke Balai Polis IPD Kangar.
Aiman: Eh..tak payahlah.Saya tidak mahu membesar-besarkan hal ini.Walaupun saya tak apa-apa kan
Ikmal: Adik ni, jangan meremehkan hal serius seperti ini.Mana kita tahu nanti mereka datang belasah adik pula.Tapi tak mengapalah,jika itu yang adik mahukan, abang tak boleh kata apa-apa.
Aiman: Oklah abang.Saya hendak ke masjid ni.Waktu Solat Asar pun pun dah nak masuk.
Kejadian tersebut telah mengejutkan sahabat-sahabat Aiman yang mengetahuinya.
Faiz: Sampai hati hang berahsia dengan aku pasal tu…kenapa tak laporkan pada polis saja?
Aiman: Benda apa?
Amar: Tak payah berdolak dalih pula..macam la kami tak tahu..adik angkat hang tu upah orang belasah hang kan?
Aiman: Astaghfirullah Al ‘Azim..hang ni kan tak ada kerja lain ke..tak payahlah tuduh Asyraaf sampai ke situ pula..
Amar: Aku cakap berdasarkan apa yang orang beritahu aku..aik..walaupun dah tak rapat dengan dia tapi masih mahu pertahankan dia pula...
Aiman: Siapa beritahu hang bahawa Asyraaf dalangnya?
Amar: Rahsialah…dia boleh berahsia takkan aku tak boleh…
Di bilik guru Asyraaf telah berjumpa Sir Ahmad Tarmizi berhubung kejadian tersebut.
Sir Ahmad Tarmizi: Kamu tahu tak pasal kejadiaan Ahmad Aiman pelajar tingkatan 4 dibelasah?
Asyraaf: Dibelasah? Tak tahu pun..bila?
Sir Ahmad Tarmizi: Saya terima aduan bahawa kamu adalah dalangnya.Betul ke?
Asyraaf: Taklah..Mana saya tahu..saya tak tahu apa-apa pun..
Bersambung……
No comments:
Post a Comment