Friday, June 12, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 30

Aiman dan Faiz pergi ke bilik guru untuk berjumpa Sir Ahmad Tarmizi dan mereka berdua menceritakan tentang perbuatan insan menggunakan nama ‘Katak Pisang’ itu.



Sir Ahmad Tarmizi: Kamu tolong saya dapatkan maklumat tersebut dan mencetaknya kemudian berikan kepada saya.Saya memang sibuk sejak kebelakangan ini sampai tiada masa untuk melayari internet.

Aiman: Hmm.. ‘insan’ tersebut siap kata sesuatu kepada saya yang nampaknya seperti mengugut hendak membelasah saya pula.

Sir Ahmad Tarmizi: Kalau dia hendak membelasah kamu, sudah tentu dia terus bertindak tanpa mengugut kamu.Kalau mengugut, nampak sangat dia itu penakut dan cuma hendak menggertak kamu.

Aiman: Betul juga kata sir..



Peperiksaan akhir tahun telahpun tamat dan kini merupakan masa untuk menunggu keputusannya pula.Pada suatu malam, Aiman mendapat panggilan daripada Ustaz Mohd Asri yang meminta pertolongan Aiman supaya tolong menyemak kertas peperiksaan bagi kelas yang diajarnya kerana dia berada di dalam wad di Hospital Umar Abdul Aziz akibat sakit jantung.Aiman berjanji akan membantu Ustaz Mohd Asri menyemak kertas peperiksaan tersebut.



Selain itu Aiman, Faiz dan Amar dan beberapa orang pengawas turut sibuk menguruskan sesi temu duga bagi pengambilan pengawas baru bagi tahun 2009.

Aiman: Tahun depan mungkin la aku letak jawatan sebagai pengawas sekolah..

Faiz: Mana boleh..takkan sebab hang berjanji dengan Asyraaf tu hang nak letak jawatan?

Aiman: Janji tetap janji..janji yang ditabur mesti dikotakan.

Amar: Siapa suruh hang berjanji dengan dia tu ha?

Aiman: Ikut suka aku la nak berjanji dengan dia…

Faiz: Sabar la ek..jangan marah pula..

Amar: Aku tak nampak pun ciri-ciri kepimpinan yang ada pada diri dia.Banyak orang lebih layak jadi pengawas daripada dia.

Aiman: Cakaplah apa saja yang hang nak cakap.



Pada malam tersebut Zahid yang sudah lama tidak menghubungi Aiman tiba-tiba  menghubunginya.

Zahid: Tak sangka adik angkat sendiri sanggup nak belasah abang angkatnya…

Aiman: Hahaha..hang cakap apa benda ni ha? Aku tahu sebenarnya hang yang upah orang belasah aku kan kononnya Asyraaf yang upah.Hang ingat aku ni bodoh ke?

Zahid: Memang bagi aku hang tu bodoh..bodoh dalam pandai..hahahaha..

Aiman: Hang ni memang tak guna betul! Dah…tak payah kacau hidup aku..

Zahid: Ikut suka aku la nak kacau hidup siapa pun…hahaha..

Selepas itu Aiman terus mematikan talefon bimbitnya kerana terlalu sakit hati dengan kata-kata Zahid.Pada waktu itu datang emaknya ke biliknya.

Mak Aiman: Aiman, mak dengar kata Aiman ada adik angkat? Betul ke? Aiman tahu tak Aiman sebenarnya ada…eh tak ada apa-apa la..

Aiman: Sebenarnya Aiman ada apa, mak?Err….sebenarnya memang Aiman ada adik angkat.

Mak Aiman: Tak ada apa-apa la..Buat apa Aiman ada adik angkat?Tak cukup ke adik-adik yang Aiman ada sekarang ni ha?

Aiman: Bukan begitu mak…tapi Aiman teringin nak ada adik lelaki..

Mak Aiman: Emm..teringin adik lelaki?Anak mak ni la..macam-macam sungguh kerenah.Boleh mak tahu siapa nama adik angkat Aiman tu?

Aiman: Asyraaf Fauzan Bin Rahman..dia memang baik, mak.bukan budak jahat ke apa.

Mak Aiman: Asyraaf Fauzan Bin Rahman?

Aiman: Kenapa, mak? Tengok mak macam terkejut je…

Mak Aiman sememangnya terkejut mendengar nama yang diberitahu oleh Aiman kerana ternyata adik angkat Aiman itu sebenarnya merupakan adik kandungnya sendiri.

Mak Aiman: Tak ada apa-apa la..mak tak terkejut pun.

Aiman: Aiman tengok riak muka mak pun Aiman tahu mak terkejut..tak payahlah berahsia pula.

Mak Aiman: Tak mengapalah…Aiman nak ada adik angkat pun terpulanglah..tapi jangan sampai adik kandung sendiri buat tak layan pula..

Aiman: Mak tak marah ke? Ok…Aiman takkan lupakan tanggungjawab Aiman terhadap adik Aiman sendiri.

Mak Aiman: Mak tak marah…Ehmm..Baguslah kalau macam tu..

Keesokan harinya di sekolah Aiman berselisih dengan Asyraaf semasa di surau sekolah namun Aiman tidak memandang Asyraaf.Ia membuatkan Asyraaf berasa hairan dan sedih.

Asyraaf: Aku hairan la kenapa Abang Aiman macam dah benci pada aku saja?

Arif: Bukankah hari tu hang kata Abang Aiman ada beritahu hang dia dah cukup rasa bersalah dengan hang sebab mendatangkan banyak masalah pada hang.Dah la hang nak ambil PMR tahun ni so dia tak mahu menghancurkan masa depan hang pula.

Khairul: Apa masalahnya kalau korang tak rapat? So tak adalah kawan-kawan kita mengata pada hang atapun pada Abang Aiman..

Asyraaf: Aku bukannya peduli apa orang nak kata yang penting aku ok saja dengan Abang Aiman.

Ketika Aiman bersiap untuk pulang ke rumah selepas dia selesai menunaikan Solat Zohor, sahabat-sahabat Aiman memanggil-manggilnya pula dan memberitahunya bahawa Cikgu Suzana ingin berjumpa dengannya di bilik kaunseling.

Cikgu Suzana: Akhirnya datang juga kamu.Cikgu hendak tanya kamu sama ada kamu boleh memberikan ceramah kepada pelajar tingkatan 3 ataupun tidak tentang subjek Matematik Tambahan esok?Hal ini kerana Ceramah Program Titian Kasih tidak dapat diadakan kerana penceramahnya tidak dapat hadir.

Aiman: Hmm…boleh tu memanglah bolehrasanya.Saya memang tahu bahawa sebahagian pelajar tingkatan 3 kata saya hendak mengganggu hidup diorang apabila saya bakal memberikan ceramah kepada diorang.Walau bagaimanapun tidak mengapalah diorang kata sedemikian.Lagipun Insya ALLAH ini merupakan kali yang terakhir saya mengganggu hidup diorang.

Cikgu Suzana: Oh..ok.Terima kasih banyak-banyak atas kerelaan kamu.Esok pagi-pagi kamu datang ke sekolah dan letakkan bahan dalam peti surat bilik kaunseling untuk diperbanyakkan untuk diedarkan semasa bengkel.

Aiman: Baik,cikgu.

Selepas Aiman berjumpa Cikgu Suzana, sahabat-sahabat Aiman bertanya kepadanya tentang apa yang dikatakan oleh Cikgu Suzana lantas Aiman memberitahu mereka.

Amar: Hmm..bengkel tersebut akan diadakan esok?Eh..tiba-tiba jadi pula.Minggu lepas cikgu kata ia sudah dibatalkan.

Aiman: Sebenarnya begini, Cikgu Khairul Anwar kata pada aku bengkel tersebut mungkin dibatalkan atau ditunda.Jadi dalam situasi sekarang, ia ditundalah dan bukannya dibatalkan.

Afiq: Oh, begitu.Jadi aku dan Syazwan perlu hadirlah esok untuk menjadi fasilitator.

Aiman: Sudah semestinya.Lagipun bukan korang berdua sahaja, Hanani dan Fasihah pun perlu hadir juga.

Bersambung………

No comments: