Aiman dilihat berada keadaan ‘bad mood’ pada keesokan harinya kerana pada malam tadi dia telah bertungkus lumus menyemak kertas peperiksaan yang diamanahkan oleh Ustaz Mohd Asri kepadanya.Pada pagi tersebut dia meneruskan tugasannya itu sebelum ke dewan sekolah untuk program bengkel tersebut.
Adam: Wow..tengok hang semak kertas peperiksaan ini bagai seorang gurulah.
Faiz: Gaya pun memang seperti seorang guru.Ada apa-apa yang kami boleh tolong?
Aiman: Hmm..tolong terbalikkan kertas yang aku sudah semak ke muka surat sebelah lagi bolehlah...
Fasihah: Aiman, bila kita nak pergi ke dewan sekolah?
Aiman: Kita ke sana lambat sikit.Dekat-dekat pukul 10.Biar diorang tunggu kita.Nanti diorang kata kita beria hendak ganggu hidup diorang pula.
Afiq: Nampak hang seperti geram semacam saja.
Aiman: Hari ini ‘mood’ aku kurang baik.Ada dalam kalangan diorang kata sedemikian menyebabkan aku jadi ‘bad mood’ pula dengan diorang.
Adam: Aku memang sokong hang kalau hang hendak mengata pada diorang semasa bengkel nanti tetapi janganlah melampau sangat pula.
Aiman: Entahlah..ia bergantung pada ‘mood’ aku di sana nantilah.Kalau diorang buat ‘mood’ aku jadi kurang baik, mungkin aku akan bertindak dengan mengata pada diorang tetapi bukan untuk melepaskan geram tapi hendak mengajar diorang sikit.
Semasa di dewan, Aiman sememangnya mengata pada para pelajar tingkatan 3 namun dia tetap mengawal dirinya daripada melampaui batas atas kerenah mereka.
Aiman: Sebelum saya hendak masuk tajuk tentang Matematik Tambahan, saya teringin nak tanya korang semua satu soalan.Kenapa ramai sangat orang yang gagal dalam peperiksaan bagi subjek ini?
Khairul: Entah…susah agaknya..cuba tanya orang lain.
Arif: Entah..tak tahu nak kata la.
Kemudiannya Aiman menghulurkan mikrofon kepada seorang pelajar bernama Haziq dan riak wajahnya agak pelik apabila dilihat oleh Aiman.
Haziq: Kalau abang nak tahu, saya sememangnya amat bencikan abang.Dan semua pelajar tingkatan 4 memang berlagak dan sombong..
Keadaan dewan tersebut menjadi agak riuh rendah semasa Haziq mengatakan sedemikian dan kedengaran bunyi kata-kata seperti “woi…apalah hang ni…”.
Aiman: Terima kasih banyak-banyak atas luahan rasa hati tu…saya menerimanya dengan hati yang terbuka..baguslah menyatakan kebenaran..baik daripada berlakon.Tapi saya nasihatkan kepada sesiapa yang bencikan saya agar keluar dari dewan ini sebab saya faham apabila kita bencikan seseorang pastinya kita akan rasa sakit hati apabila dengar dia bercakap…
Selepas Aiman berkata sedemikian, Haziq pun mengangkat begnya dan keluar dari dewan tersebut dengan riak wajah yang geram.Walau bagaimanapun, selepas itu keadaan kembali reda dan bengkel tersebut berjalan dengan lancar sehingga ia berakhir apabila guru penyelaras tingkatan 5 datang untuk menguruskan hal susunan meja bagi para pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM pada minggu hadapan.
Semasa Aiman dalam perjalanan pulang ke kelasnya,dia bertemu dengan seorang pelajar tingkatan 3 bernama Fahri.
Fahri: Terima kasih kerana mengajar kami hari ini.Ana minta maaf kalau ada buat apa-apa silap kepada abang.
Aiman: Ala..apalah sangat yang ana ajar pun, memang sikit sangat.Eh..tiada sebab anta nak minta maaf pada ana.
Fahri: Nak tanya sikit boleh tak…Bagaimana abang belajar Matematik Tambahan?
Aiman: Belajar seperti biasa saja.Cuma kita jangan sesekali mudah putus asa apabila tidak faham sesuatu atau tidak dapat jawapan yang betul apabila membuat latihan.Itu lumrah bagi seorang pelajar.Tetapi ramai yang berputus asa, jadi diorang pun tidak berminat untuk belajar dan akhirnya keputusan peperiksaan pun tidak berapa baik.
Fahri: Oh, begitu.ok.terima kasih abang atas nasihat tu..
Aiman: Sama-sama…
Sementara itu Arif, Khairul dan Asyraaf sedang bersembang di luar dewan.
Arif: Aku tengok abang Aiman tu macam emotional semacam la..
Khairul: Itulah..aku pun rasa macam tu juga.
Asyraaf: Biasalah..setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.
Khairul: Bela abang angkat dia nampak..huhu..
Di kelasnya,sahabat-sahabat Aiman terkejut tatkala mereka diberitahu tentang kejadian yang tidak diduga tersebut sambil menasihati Aiman agar menjauhkan diri daripada para pelajar tingkatan 3.
Aiman: Kalau ikutkan aku, aku tidak mahu korang tahu tentang kejadian tersebut.Namun dah korang tahu juga, tidak mengapalah…
Faiz: Hang nak aku jumpa budak kurang ajar itu tak?
Aiman: Tidak perlu.Kurang ajar apanya?Memang hak dialah untuk meluahkan rasa hatinya.Hang janganlah hendak cari pasal dengan dia pula…….
Faiz: Begitu hang kata tak kurang ajar?Memang tidak tahu hendak menghormati ‘senior’ betul…
Aiman: Let by gone be by gone…
Afiq: Aku hairanlah dengan diorang tu.Dulu kita hendak tolong diorang semasa program study group dulu kata kita hendak ganggu hidup diorang sampai hantar surat kepada hang mengata macam-macam.Memang tidak sedar diri betul……
Aiman: Ish..tidak perlulah kita mengata pada diorang..tapi aku mengata juga pada orang..haha..tapi aku sudah malas hendak membelenggu fikiranku dengan perkara ini.Ia cuma membuatkan aku tertekan.Hmm.Kita pernah mengharapkan pertolongan seperti ini tahun lepas namun harapan tidak tertunai pun.Jadi aku fikir diorang pun mungkin sama namun hakikatnya sebaliknya.Pemikiran setiap orang memang sukar diduga dan berbeza dengan orang lain……
Pada malam itu, Aiman mengenangkan kembali apa yang telah berlaku pada hari ini.Dia berasa bersalah kerana mengata pada para pelajar tingkatan 3 walaupun niatnya itu untuk mengajar mereka.
Aiman: Ana nak mohon jutaan kemaafan atas kata-kata semasa bengkel pagi tadi.ana tak bermaksud nak sakitkan hati korang tapi ana memang geram sangat sampai terlepas cakap.Tolong juga kepada sahabat-sahabat korang ana minta maaf.
Khairul: Tak mengapalah.abang..saya tak kisah pun apa yang abang kata pagi tadi.lagipun betul juga apa yang abang kata pagi tadi tu….
Pada hari-hari terakhir persekolahan sesi 2008, para pelajar tingkatan 3 mengadakan jamuan akhir tahun.Ketika Aiman sedang berjalan bersama Faiz pulang ke kelas mereka, kelihatan kelibat seorang pelajar tingkatan 3 memanggil-manggil Aiman.
Bersambung…..
No comments:
Post a Comment