Asyraaf dan sahabat-sahabatnya berbalah apabila Hafiz bertanya tentang kebenaran tentang bid’ah Amalan Bacaan Yasin pada malam Jumaat.
Asyraaf: Hmm..ingat hang seorang saja ke yang pergi dengar kuliah ha? Aku pun selalu pergi juga la..
Anwar: Hek eleh..setakat pergi saja tapi tak tahu apa pun buat apa..
Asyraaf: Siapa kata aku pergi dengar saja tapi tak tahu apa? Aku ingat la apa yang aku dengar..aku selalu pergi kuliah hadis mufti..Dr Mohd Asri Zainul Abidin..
Anwar: La..patut la pun..ingatkan dengar kuliah siapa.
Amirul: Kenapa hang kata macam tu?
Anwar: Emm..nak dengar kuliah pun..kena la pandai pilih orang..bukannya pakai dengar saja.
Hafiz: Eh..apa maksud hang ni?
Anwar: Ish..tak dapat tangkap lagi..nak dengar kuliah orang yang ikut fahaman wahabi tu siapa suruh ha? Tak ada kerja ke....
Amirul: Astaghfirullah Al ‘Azim..hang ni jangan suka menuduh orang yang bukan-bukan boleh tak? Senang saja labelkan orang..
Anwar: Amboi..defend dia nampak..ke hang pun sama saja dengan dia..berfahaman wahabi juga.
Asyraaf: Sedap mulutnya tuduh orang macam-macam...kalau banyak pandangan agama tak sependapat tak patut la terus lebelkan orang yang berlainan tu wahabi ke apa..
Kemudian datang Ustaz Mohd Asri ke kelas mereka untuk kelas bahasa Arab.
Hafiz: Ustaz kita ni pun wahabi juga ke? Hee....
Anwar: No comment...
Ustaz Mohd Asri: Hai..apasal dengan kamu ni? Macam baru habis bergaduh saja..apa hal?
Hafiz: Hehe..bukan bergaduh pun ustaz..Cuma ni ha Anwar tiba-tiba cakap pasal wahabi lepas tu labelkan orang pula kata berfahaman wahabi...
Ustaz Mohd Asri: Huh..korang ni hebat sungguh la..cakap bab-bab begini juga....
Asyraaf: Anwar la yang mulakan cakap bab wahabi ni...
Anwar: Amboi...senang nak serang aku balik nampak...
Ustaz Mohd Asri: Sudah la kamu ni..asyik nak bertengkar saja tak habis..biar ustaz cakap sikit pasal wahabi ni..
Hafiz: Bagus la macam tu..saya teringin sangat nak dengar.
Ustaz Mohd Asri: Begini..Wahabi ni sebenarnya disandarkan kepada Sheikh Muhammad Bin Abdul Wahab..yang merupakan seorang yang berpegang pada mazhab Hambali..dia merupakan mujaddid Islam yang nak mengembalikan ajaran Islam yang sebenar pada zamannya..entah macam mana wujud yang dikatakan fahaman wahabi dengan amalan-amalan yang entah dapat dari mana seperti yang ramai orang dakwa tu..bila orang berpegang dengan yang lain daripada diorang..so diorang dilabelkan sebagai berfahaman wahabi.
Asyraaf: Ha..dengar tu Anwar..senang-senang tuduh orang...
Anwar: Cakap banyak dia ni haih....
Ustaz Mohd Asri: Sudah la tu...tak payah bergaduh...tu la masalah umat Islam..benda macam ni pun nak berbalah sampai bermusuh..macam mana nak bersatu kalau macam ni..
Asyraaf: Hmm..minta maaf la ustaz...saya bukannya apa..geram dengan Anwar ni...
Ustaz Mohd Asri: Haih..kamu ni la..tak payah nak geram-geram dengan orang...
Asyraaf: Baiklah ustaz...
Pada malam tersebut, Arif bersembang dengan Aliya melalui mesej.
Aliya: Hmm..study macam mana? Ok?
Arif: Alhamdulillah...boleh la...hang macam mana? Mesti ok kan..
Aliya: Hmm..alhamdulillah boleh la juga..Cuma add math pening sikit..
Arif: Oh..kalau aku tak apa..ada Asyraaf jadi kaunter bertanya aku la...hee..
Aliya: Best la boleh tanya dia...dia tak ada awek ke?
Arif: Hmm..mana ada..ramai orang minat dekat dia tapi dia ni memang jenis tak suka couple ni...
Aliya: Oh..patut la pun..dekat sekolah ni pun ada yang minat dekat dia...
Arif: Oh..ya ka? Bertuah dia..nanti tak payah susah-susah nak cari...buat penapisan saja..huhu...
Kemudian datang Mak Arif yang melihatnya tersenyum sambil memegang talefon bimbitnya.
Mak Arif: Hai..kenapa dengan Arif ni? Dilamun cinta ke?
Arif: Ish..mak ni..apa tetiba cakap pasal cinta ni..tak ada la...
Mak Arif: Ya kan? Adik kata Arif selalu bermesej dengan budak sekolah mak..betul ke?
Arif: Err...ya..kenal tak Aliya?
Mak Arif: Siapa..Aliya? Ha..kenal..form 4 juga kan?
Arif: Ya..oh..mak kenal ek...hehehe.....
Mak Arif: Hmmm..kamu berdua ni couple ka?
Arif: Ish..mak ni..apa la..couple apanya...hee....
Mak Arif: Kalau ya tolong break cepat..tumpukan pada study tu..tahun depan nak SPM...tak payah bercinta monyet ni...
Arif: Ok la mak..terima kasih atas nasihat tu...hehehe...
Keesokan harinya Arif pergi awal ke sekolah kerana dia bertugas sebagai naqib bacaan AlQuran.
Hafiz: Awal datang ke sekolah hari ni nampak...hang dengan Aliya macam mana?
Arif: Ish..hang ni..pagi-pagi tanya soalan entah macam tu....
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment