Saturday, January 8, 2011
Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 26
Selepas Asyraaf menerima panggilan daripada Khairul, dia menerima panggilan daripada satu nombor yang tidak dikenalinya. Pada mulanya dia enggan menjawab panggilan tersebut, namun setelah dipaksa oleh sahabat-sahabatnya, dia mwnjawabnya juga.
Asyraaf: Assalamu’alaikum.. siapa ni ea?
Cikgu Nooraini: Wa’alaikumussalam.. ni Cikgu Nooraini.
Asyraaf: Ohh.. cikgu ...... . Sori la cikgu sbb saya x save pun no cikgu dlm hp saya.
Cikgu Nooraini: Oh.. x mengapa. Cikgu mengganggu x ni?
Asyraaf: Ehhh.. x menggangu pun. Errr.. kenapa cikgu call saya ni?
Cikgu Nooraini : Bkn apa.. minggu depan kan sekolah dah nak start. So kalau boleh cikgu nak kamu jadi pengerusi majlis masa perhimpunan sekolah pertama nanti. Boleh tak?
Asyraaf: Ohh... boleh je cikgu. Tak ada masalah. Hehe...
Cikgu Nooraini: Bagus la kalau mcm tu. Nanti hari ahad cikgu jumpa kamu ye dekat sekolah. Kan hari ahad nanti pendaftaran.
Asyraaf: Ohh..baik cikgu.
Asyraaf berasa hairan melihat sahabat-sahabatnya yang merenung ke arahnya.
Asyraaf: Ehh..kenapa dengan korang ni? Tak sihat ke?
Amirul: Siapa yang call tu? Cikgu mana?
Asyraaf: Cikgu Nooraini la...cikgu minta aku jadi pengerusi majlis masa perhimpunan sekolah minggu depan.
Arif: Wahhh.. first time hang jadi MC la ni. Huhuhu....
Asyraaf: Tapi kan hang kata hari tu kita nak cadang dekat Teacher Amelia pasal MC 2 orang tu kan...
Arif: Yelah.. tapi kita cakap pasal tu dengan teacher lepas buka sekolah nanti la. So minggu depan hang jadi MC seorang2 la ye. Hehe..
Hafiz: Teringin juga aku nak jadi MC. Haha..
Amirul: Aku pun. Hohohoo...
Asyraaf: Haaa.. kalau mcm tu bagi korang je la jadi. Keh3...
Pada malam itu, Khairul termenung seorang diri di ruang tamu selepas pulang dari kelas intensif.
Mak Khairul: Emmm.. kenapa Khairul termenung seorang2 ni?
Khairul: Err.. tak ada apalah mak. Cuma rasa letih je.
Mak Khairul: Alaaaa.. kalau letih, masuk la bilik tidur. Haa.. ni mak nak tanya sikit. Khairul memang confirm nak balik SMKAIT ke? Jgn cepat decide sgt... nanti menyesal pula sebab tinggalkan KISAS.
Khairul: Pasal tu memang Khairul dah fikir masak2 dah. Lagipun dah rasa mcm tak boleh dah nak stay dekat sana.
Mak Khairul: Ohh.. kalau begitu ceritanya, mak ayah tak boleh kata apa dah la. Yang penting pelajaran Khairul ok je. Nanti SPM pun result bagus. Supaya boleh pergi overseas. Haa..kawan2 tahu tak Khairul nak balik SMKAIT?
Khairul: Hmmm..insyaALLAH.Hmm... ada seorang je yang tahu. Yang lain x beritahu pun. oklah mak. Khairul masuk bilik dulu la ye. Dah mengantuk sangat dah ni.
Mak Khairul: Haaa.. ok2. Pergilah tidur.
Selepas Khairul masuk ke bilik tidur, dia menerima panggilan daripada Asyraaf.
Asyraaf: Assalamu’alaikum, sheikh KISAS !! hehe..
Khairul: Wa’alaikumussalam. Sudah la wei.. aku dah pindah dari KISAS dah pun.
Asyraaf: Hang mmg confirm dah ke nak balik SMKAIT ni? Nanti mnyesal pula tinggalkan KISAS tu. Sekolah kluster tu. Siap sekolah berprestasi tinggi lagi. Huhuhu..
Khairul: Alaaa.. tu sekolah je. Tak semua students dia bagus pun. Macam aku. Tu yg dah brtekad nak balik SMKAIT ni.
Asyraaf: Kalau dah begitu decison hg, aku respect je la. Hg dah contact cikgu2 SMKAIT ke pasal nak balik ni?
Khairul: Dah..aku dah inform Cikgu Suraya. Yg tu je lah. Sbb kan PK HEM. Hehe..
Asyraaf: Ohh..ok. Bila hg nak masuk balik ni?
Khairul: Hmm.. insyaALLAH minggu ke-2 prsekolahan rasanya. Minggu depan aku siapkan proses nak keluar KISAS then baru balik sini. Yo bro. Aku nak tidur dulu la ye. Mengantuk giler dah ni. Kelas dari pagi tadi sampai ke malam. Assalamu’alaikum...
Asyraaf: Ohhh..ok2. sori ganggu..wa’alaikumussalam...
Ketika Khairul bersiap-siap untuk tidur, tiba-tiba dia terdengar bunyi pasu pecah. Dia terus bergegas keluar dari biliknya untuk melihat apa yang berlaku.
Bersambung.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment