Wednesday, January 26, 2011
Drama "Roda Kehidupan 2" - Episod 27
Ketika Khairul bersiap-siap untuk tidur, tiba-tiba dia terdengar bunyi pasu pecah. Dia terus bergegas keluar dari biliknya untuk melihat apa yang berlaku. Dia mendapati ada orang di luar rumahnya. Dia terus ke bilik ibu bapanya untuk memberitahu perkara tersebut.
Mak Khairul: Ada orang dekat luar? Khairul mimpi je agaknya..
Khairul: Tak...memang ada org dekat luar. Khairul nampak dgn jelas..Cuma x tahu siapa. Rasa2 patut x khairul keluar pergi tengok?
Ayah Khairul: Ishh...apa la khairul ni. Dah kata ada org yg mungkin pencuri, nak pergi tengok pula.kalau dia bawa senjata, lepas tu cederakan khairul mcm mana. Kan susah.
Khairul: Habis tu nak buat apa ni?
Tiba-tiba talefon bimbit Khairul berbunyi, yang mana dia menerima satu mesej daripada satu nombor yang tidak dikenalinya. Mesej tersebut berbunyi, “Jangan balik ke SMKAIT...kalau tak hg akan menyesal”. Khairul tergamam melihat kandungan mesej tersebut.
Ayah Khairul: Kenapa khairul? Siapa hantar mesej tu?
Khairul: Errr....kawan, ayah.
Mak Khairul: Hai...apasal lain macam je anak mak ni? Bagi mak ayah tengok mesej apa tu.
Khairul: Mesej biasa je...x ada apa2 pun.
Ayah Khairul: Bagi la kami tengok...biasa ke luar biasa ke.
Lantas Khairul pun memberikan talefon bimbitnya kepada ibu bapanya. Mereka terperanjat melihat kandungan mesej tersebut.
Ayah Khairul: Mesej biasa ke ni?! Berbaur ugutan!
Mak Khairul: Siapa yg hantar mesej ni, khairul?
Khairul: Entahlah mak...khairul pun x tahu siapa ni. Dah x keluar nama pun dekat sender.
Mak Khairul: Mak rasa x sedap hati la..kenapa dia kata jgn balik ke SMKAIT?
Ayah Khairul: Ni.. Ayah nak tanya sikit...khairul ada musuh x?
Khairul: Ehhmm...seingat khairul, mana ada musuh pun. Tapi...x tahulah pula kalau ada org x puas hati dgn khairul.
Keesokan harinya, Khairul terserempak dengan Asyraaf di Masjid Alwi selepas menunaikan solat Zohor. Dia menceritakan tentang mesej yang diterimanya malam tadi.
Asyraaf: Hahhh...makhluk mana yg hantar mesej tu?
Khairul: Adoi...hg ni la. Kalau aku tahu, for sure dah la aku beritahu. Tapi yg sure aku mmg rasa x sedap hati lepas dpt mesej tu.
Asyraaf: Rasa x sedap hati? Kenapa? Risau apa nak jadi lepas hg balik SMKAIT?
Khairul: Mesti la..ada juga rasa mcm x nak balik SMKAIT.
Asyraaf: Hoho...sampai ke situ pula ye. Ikut hg la ye..Aku no comment. Hg nak balik ke x nak terserah dekat hg.
Khairul: Hg ni la..tolong la bagi pandangan..cakap mcm tu la.
Asyraaf: Bkn x nak bagi pandangan tapi x tahu la nak cakap apa.
Khairul: Hmm..aku pun dh pening campur risau ni.
Asyraaf: Mcm ni la ya akhi.. berdoalah byk2 ye..minta petunjuk kpd ALLAH..aku pun tlg doakan utk hg juga...
Khairul: Ohhh..ok2..syukran jazilan ya akhi habibi...hehe..
Asyraaf: ‘Afwan ya akhi habibi..huhu..oklah aku ada hal ni..nak pergi dulu. Jumpa lagi...he3...
Ketika Asyraaf dalam perjalanan pulang dari masjid, dia menerima panggilan daripada Arif.
Arif: Assalamu’alaikum ya akhi!! Ada berita panas!!
Asyraaf: Wa’alaikumussalam....berita panas?? Apa dianya ni?
Arif: Hehe...hg tau x Khairul nak balik ke SMKAIT!!
Asyraaf berasa sangat terkejut dan tergamam. Arif berasa hairan kerana Asyraaf terdiam dan tidak berkata apa-apa..
Bersambung......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sALAM..blog ni lagilah mantap!!
w'salam... apa yg mantapnya ya akhi?
Post a Comment