Sunday, January 9, 2011
Perihal Study Hard & Study Smart - Bahagian 1
Ahaaa. . satu tajuk yg agak menarik utk diperkatakan. Tujuan artikel ni ditulis pun atas permintaan juga la. Demi x nak menghampakan yg meminta, maka ditulislah artikel ni mengikut pengetahuan saya. Study hard dan Study smart – dua ungkapan yg boleh kata cukup popular dlm kalangan pelajar. Betul kan? Memang kita sudah sedia maklumi pasal kedua2nya, namun kita ni mmg faham ke maksud sebenar drpd kedua2nya?
Ahaaa.. insyaALLAH dlm artikel ini, saya akan cuba mengupas secara detail pasal kedua2nya sekali serta bandingkan dua cara study ni. Memang kena pilih salah satu je or boleh gabung ke mcm mana.
Utk mukadimah, ingin saya berikan sedikit perumpamaan ye. Cuba baca & hayati. Seorang hamba ALLAH ni, dia sangat rajin beribadah. Mmg rajin sungguh. Boleh kata sehari tu entah brapa bnyak masa dia guna utk beribadah. Namun, dlm dia byk beribadah tu ada satu benda pelik tentang diri dia. Dia seorang yg agak bias dgn org lain. Maksudnya dia mmandang org lain x brapa baik sebab x bnyak beribadah – asyik sibuk dgn hal dunia je. Dia juga abaikan tanggungjawab dia utk mencari rezeki ; yakni dia suka mngharapkan bantuan org lain. Akibatnya dia x ramai sahabat & ramai org x suka padanya. Agak2 mcm mana ye pandangan ALLAH ke atas dirinya? Redha atau murka? Pandai2 jwb la ye.
Hamba ALLAH yg kedua – dia seorang yg sgt disukai & disenangi oleh semua org yg kenal dia. Sebab apa ye? Pertama, dia seorang yg sgt baik hati. Baik hati? Dia suka tolong org lain sama ada bentuk harta, tenaga & lain2. Dia juga suka bersangka baik dgn sahabat2nya. Tapi dalam masa yg sama, dia seorang yg x banyak beribadah. Yakni yg ibadah wajib tetap ditunaikan namun ibadah sunat x banyak. Agak2 la ye, mcm mana pula pandangan ALLAH k eatas hamba ALLAH yg ni pula?
Baiklah. . . dah bagi perumpamaan tu. Harap2 faham la ye. Betul x semua org nk berjaya dlm pelajaran? Lepas tu ada harta banyak? Dan mcm2 lagi yg org nak. Ok...semua yg org nak ni boleh kan dikategorikan sbgai outcome/output/result & lain2 la. Manakala kerja, study & lain2 pula dikira input/effort & lain2.Betul x kita utamakan output drpd input? Maksudnya yg penting kita kaya , walaupun dgn cara kita x perlu brkerja keras. Kita dpt result yg cemerlang dlm exams walaupun dgn study yg x byk. Tapi dlm pentingkan output/result/outcome tu, jgn buat x kisah dgn soal input. Maksudnya jgn sebab kita nak kaya tp kita merasuah, mencuri & sbagainya. Nak dapat result bagus dlm exams tp kita meniru dlm exams, guna ilmu sihir & sbagainya. Thats mean dlm sibuk nak kaya ke cemerlang dlm exams ke apa, cara yg kita guna utk capai outcome tu pun kena betul la. Yg x langgar syariat Islam.
Eh3.. melalut sampai syariat islam ni apa kes. Hehe.. Relax la bro/sis. Baca sampai habis. Ok la. Kita dapat lihat kan ramai org dgn cara study yg mcm2. Lepas tu mcm2 result yg dorg dapat. Ada bagus, ada sederhana, ada teruk. Maksudnya input mnentukan output. Klau study tu sgt berkesan, maka dpt la jwb exams dgn baik seterusnya dpt result yg cemerlang. Sebaliknya klau study tu x berksan, study sampai 10 jam sehari tu pun x ada guna sebab x dpt jwb dgn baik dlm exams, at last dapat result teruk. Nampak x beza dua tu.
Ni ada satu lagi perumpamaan nak bagi. Si A suka tidur dalam 4-5 jam sehari. Namun, tidurnya tu nyenyak sehinggakan dia segar je pada siang harinya. Manakala si B pula suka tidur dalam 8-10 jam sehari. Namun, tidurnya tu x berapa nyenyak sehinggakan dia asyik mengantuk & rasa letih je pada siang harinya. Orang pun rasa hairan melihat Si A & Si B ni. Nampak x beza dua ni?
Mcm mana pula dgn study? Sorg pelajar ni – dia rajin study. Sehari dia study 5-6 jam. Kira banyak la kan. Tapi org hairan kenapa result exams dia x berapa bagus pun. Sederhana je. Sorg lagi pelajar ni – dia ni org tengok dia x la rajin sgt study. Sehari dia study 2-3 jam je. Lagi sikit drpd pelajar tadi tu la. Namum, results dia sgt memberangsangkan malah mengalahkan pelajar tadi seterusnya jadi best student dlm kelasnya.
Daripada 3 kisah yg diceritakan di atas, kesimpulan yg dpt kita buat yg membezakan dua org dlm satu kerja itu ialah soal kuantiti & kualiti. Org yg beribadah banyak, study banyak & tidur banyak boleh dikatakan org yg pentingkan kuantiti. Manakala org yg ibadah x byk, study pn x byk & tidur pun x lama pula boleh dikatakan org yg pentingkan kualiti. Antara kualiti & kuantiti, mana lagi penting? Rasanya semua akan jawab kualiti kan?
Oleh itu, jelaslah bahawa cara kita study tu sangat2 penting, bukan berapa banyak masa yg kita study. Sebab ia mmbezakan antara study yg pentingkan kualiti & study yg pentingkan kuantiti. Itulah dia study smart & study hard.
Aduh...panjangya mukadimah! ! hahaha... x pe la panjang. Lagipun biar faham konsep dua cara study ni betul2 dulu baru kita proceed dgn soal study smart. InsyaALLAH pasal tu kita akan sambung dlm artikel bahagian 2 yg akan di’post’ kemudian ye. Tunggu kemunculannya! Huhu.. Sekadar cadangan, bagi yg belum pernah baca artikel “Tajdid dalam pemikiran pelajar” , baca la ye. Semoga ia dapat beri manfaat kpd diri kita, InsyaALLAH. Thats all for this article. To be continued in next part. . .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mohon copy untuk bhn rujukan dlm proses pembikinan mjlah skolah..
yup. silakan. kalau boleh, tolong selitkan sekali sumber rujukan ni. hehe..
Post a Comment