Saturday, May 30, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 26

Sejurus selepas Aiman pergi ke bilik guru, dia pun pulang ke kelasnya.Dalam perjalanan pulang ke kelasnya, dia bertemu dengan seorang pelajar tingkatan 3 bernama Fuad.

Fuad: Abang nak tahu sesuatu tak?

Aiman: Apa benda?Kalau tak penting tak beritahu pun tak mengapa..

Fuad: Ia mungkin penting untuk pengetahuan abang.Sebenarnya Asyraaf nak jadi adik angkat abang hanya kerana dia simpati dan kesian pada abang.Dia sendiri ceritakan pada saya.Dan saban hari saya tengok dia macam nak ambil kesempatan pula ke atas abang.Saya tak mahulah abang dipermainkan dengan dia.

Thursday, May 28, 2009

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Tingkatan 4

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SBP 2006

Mathematics [ kertas 1] [ kertas 2][ skema ]
Additional Mathematics  [kertas 1] [ kertas 2]
Physics[kertas 1 ] [ kertas 2] [kertas 3]
Chemistry [ kertas 1] [kertas 2] [ kertas 3]
Biology [ Soalan ]

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SBP 2007

Mathematics [ kertas 1] [ kertas 2]
Additonal Mathematics [ kertas 1] [kertas 2]
Physics [ kertas 1] [kertas 2] [kertas 3]
Chemistry [kertas 1] [kertas 2] [kertas 3][skema ]
Biology [kertas 1] [kertas 2]

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SBP 2008

Mathematics
Additional Mathematics
Chemistry
Biology
Physics

KOLEKSI SOALAN ADDITIONAL MATHEMATICS

Paper 1
Paper 2

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN MELAKA 2009

Physics [ skema ]
Chemistry[ skema ]
Biology [ skema ]
Mathematics
Additional Mathematics

Saturday, May 23, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 25

Ketika Asyraaf sedang berjalan menuju ke kantin sekolah pada waktu rehat, kelihatan seorang pelajar tingkatan 4 iaitu Hakimi datang kepadanya.

Asyraaf: Ada apa abang?

Hakimi: Tak ada apa-apa.Cuma tak sangka hang dan Aiman ada skandal pula.Hahaha….

Asyraaf: Skandal?Skandal apa pula ni?

Hakimi: Ala…buat tak tahu pula.Hahaha..

Penjelasan Wahabi Yang Kita Salah Fahami

Mengikut sejarah kota Mekah dahulunya di mana terdapat 4 penjuru di Masjidil Haram yakni rukun Yamani, Iraqi, Shaami dan Hajarul Aswad. 4 penjuru ini pada suatu masa dahulu terdapat 4 imam mewakili 4 mazhab. Masing-masing jemaah akan solat di belakang Imam Mazhab masing-masing. Apa yang akan anda katakan bagi seseorang yang melakukan pembaharuan dengan mengubah ini semua kepada satu imam sahaja, satu kiblat dan jutaan makmum mengikut sehingga kini seperti yang kita sedia maklum. Kali terakhir Daulah Islamiah tertegak di muka bumi adalah kerajaan Uthmaniah dan ianya jatuh di Turki dan setelah itu tiada lagi kerajaan Islam yang tertegak kecuali kerajaan Islamiah Saudiah setelah berkurun lama.

Thursday, May 21, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 24

Semasa Aiman sedang berbual dengan Adam ,datang seorang pelajar tingkatan 3 bernama Yazid Imtiyaz sambil memberikan kepadanya plastik seperti sampul surat yang berisi kertas.

Adam: Apa benda tu?

Aiman: Entah…katanya ia daripada pelajar tingkatan 3 Ali.

Adam: Eh..banyaknya kertas dalam tu..Boleh aku tengok?

Aiman: Mana boleh..nampak tak di depannya tertulis “kepada Ahmad Aiman, kelas 4 Ali”.

Adam: Ok..hang tak mahu buka ke plastik tu?

Aiman: Nantilah dulu...buat apa nak tergesa-gesa..aku tahulah hang nak curi tengok kan.

Adam: Eh..tak adalah..pandai sungguh tuduh orang.

Aiman: Aku taklah menuduh hang..melawak sajalah..

Tuesday, May 19, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 23

Selepas pertemuan mereka yang terlibat dalam konflik tersebut bagi meleraikannya, akhirnya keadaan dilihat menjadi seperti sediakala.Pada malam itu, Faiz menghubungi Aiman bagi mengetahui perkembangan semasa.

Faiz: So bagaimana?Hang dan Amar dah berbaik ke?

Aiman: Sudah..pagi tadi semua yang terlibat dalam konflik tu dah berdamai dan ia telahpun berakhir.

Faiz: Alhamdulillah..baguslah.Amar dengan Asyraaf pula bagaimana?

Aiman: So far diorang pun dah berdamai.Yang aku nak ketawa apabila tengok diorang tersenyum semasa bersalaman.

Faiz: Oh..ruginya aku tak ada masa tu.Kenapa tak rakam masa berdamai tu?

Aiman: Aku manalah bawa talefon bimbit ataupun kamera.Tetapi diorang sempat bertengkar sebelum berdamai tu.

Faiz: Oh..tak mengapalah.Yang penting sekarang semuanya sudah kembali seperti biasa.

Monday, May 18, 2009

Kata-Kata Motivasi

“Bila anda buat sesuatu, jangan fikir diri sendiri. Banyak-banyaklah fikirkan orang lain terutama apa yang Anda boleh buat untuk merubah mereka berubah jadi lebih baik, lebih maju dari sebelumnya.

"Bila orang lain mengumpat pasal anda, meluat melihat kerajinan anda, jangan fikir sangat soal mereka. Banyak-banyaklah fikir diri sendiri. Tanya diri anda, apa yang anda boleh buat untuk memajukan diri sendiri ke tahap lebih baik dari yang sebelum ini?”

Fikiran kita lebih banyak kita gunakan pada orang lain, bukan pada diri sendiri. Kita selalu memikir apa yang mereka cakapkan pasal kita, kita membayangkan air muka mereka yang kurang senang dengan kita, kemudian kita selalu ingat apa yang diorang tak suka pasal kita. Akhirnya, ia membuat kita jadi tidak selesa. Selepas itu, jadi stress pula!

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 22

Selepas kejadian yang berlaku pada hari jumaat lepas, hubungan Aiman dan Amar menjadi renggang sehinggakan mereka tidak tegur menegur antara satu sama lain selama 2 hari.

Faiz: Hmm..aku tak tahulah apa yang sepatutnya aku kata pada hang.

Aiman: Kalau tak tahu nak cakap apa, so tak perlulah cakap.

Faiz: Aku tak sangka sampai begini jadinya.

Aiman: Apa maksud hang?

Faiz: Yelah…hang bergaduh dengan Amar sampai dua hari dah tak cakap.Ingat hadis nabi pasal tak tegur menegur lebih 3 hari tu.

Aiman: Hmm..dalam situasi sekarang, siapa yang cari pasal? Aku atau dia?

Faiz: Janganlah keras kepala atau masing-masing bersikap ego pula dalam hal ni.Ala..hang mengalah la dengan dia.takkan hang nak terus bermusuh dengan dia..

Aiman: Memang aku nak tegur dia tapi bila tengok dia macam nak mengelak saja daripada aku, rasa malas pula aku nak tegur.

Faiz: Kalau sampai esok hang dan dia masih tak tegur menegur antara satu sama lain, semua ni memang salah Asyraaf dan aku akan pergi jumpa dia.

Aiman: Ni..Asyraaf tak ada kena mengena dalam hal ni.

Faiz: Tak ada kena mengena?Dialah punca segala punca terhadap konflik ni tau.Lagi satu, Amar ada kata hang tu lebih percayakan orang yang hang baru kenal 3 bulan daripada orang yang hangdah kenal 3 tahun.

Aiman: Bukannya begitu.Aku percayakan mengikut naluri aku mengikut situasi tertentu la.

Sunday, May 17, 2009

Ulasan: Kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP)

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH kerana saya diizinkan untuk mengikuti Kursus Motivasi Alihan Pelajar yang diadakan di Alor Star. Secara jujurnya, saya betul-betul teruja dan kagum dengan pengisian dan pendekatan yang digunakan dalam kursus tersebut iaitu pendekatan emosi.

Banyak perkara yang saya peroleh sepanjang dua hari kursus tersebut yang selama ini saya tak tahu dan saya tak terfikir. Namun itulah yang dinamakan insan. Kita sering terlalu merendah diri sehingga mengatakan diri kita bodoh, kita tak boleh berjaya sedangkan yang menentukan kita akan berjaya atau gagal itu adalah diri kita sendiri!

Friday, May 15, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 21

Selepas Faiz memberitahu Asyraaf bahawa Aiman ingin berjumpa dengannya, lantas Asyraaf masuk ke dalam dewan untuk berjumpa dengan Aiman yang sedang duduk termenung keseorangan.

Asyraaf: Kenapa anta nak jumpa ana?

Aiman: Anak tanya nak sikit boleh?

Asyraaf: Tanya sajalah….

Aiman: Betul ke anta ber’couple’ dengan Shamila, pengawas tingkatan 5 tu?Tolong jawab dengan jujur..

Asyraaf: Eh…mana ada.siapa yang beritahu anta ni?

Aiman: Siapa yang beritahu tak penting, yang penting benda tu betul ataupun tak.

Asyraaf: Tak…ana tak ada ber’couple’ dengan sesiapapun……

Aiman: Kalau begitu tak mengapalah.Jangan berbohong dengan ana pula..

Asyraaf: Eh..takkan ana nak berbohong dengan anta pula.