“Bila anda buat sesuatu, jangan fikir diri sendiri. Banyak-banyaklah fikirkan orang lain terutama apa yang Anda boleh buat untuk merubah mereka berubah jadi lebih baik, lebih maju dari sebelumnya.
"Bila orang lain mengumpat pasal anda, meluat melihat kerajinan anda, jangan fikir sangat soal mereka. Banyak-banyaklah fikir diri sendiri. Tanya diri anda, apa yang anda boleh buat untuk memajukan diri sendiri ke tahap lebih baik dari yang sebelum ini?”
Fikiran kita lebih banyak kita gunakan pada orang lain, bukan pada diri sendiri. Kita selalu memikir apa yang mereka cakapkan pasal kita, kita membayangkan air muka mereka yang kurang senang dengan kita, kemudian kita selalu ingat apa yang diorang tak suka pasal kita. Akhirnya, ia membuat kita jadi tidak selesa. Selepas itu, jadi stress pula!
Kita buat buruk pada orang, perbuatan kita akan dibalas dua kali ganda, mungkin supuluh kali ganda lebih buruk! Kesannya, kita akan ditemukan dengan situasi buruk yang membuat hidup kita susah, buruk jadinya.
Tetapi, kita buat baik pada orang, perbuatan kita akan dibalas dua kali ganda juga, mungkin supuluh kali ganda lebih bagus juga! Kesannya, kita akan ditemukan dengan situasi baik yang membuat hidup kita jadi senang, jadi baik. Hebat dan bagus. Dari situlah kita muncul cemerlang dalam pelajaran, pekerjaan atau perniagaan kita. Sebab itulah orang-orang berjaya, orang-orang cemerlang semuanya orang baik-baik.
Kan hidup jadi lebih lancar, lebih tenang bila kita selalu buat baik, fikir baik-baik dengan semua orang? Sebab apa kita selalu memikir yang buruk-buruk, yang negatif pada orang? Untuk apa dan apa hasilnya?
Walaupun orang boleh buat buruk pada kita jika kita buat baik sentiasa, namun kita tidak akan rugi apa-apa (walaupun sebenarnya kita boleh rugi berjuta-juta bila orang tipu kita). Dalam jangka masa panjang, kita akan makin cemerlang, makin bahagia dan makin tenang. Kesannya selepas itu, kita akan ceria dan gembira, termasuk makin seronok bekerja.
Walapun Anda pernah jatuh sekali, tapi bila Anda menten selalu fikir baik-baik, berperangai yang baik-baik, Anda akan go up berkali-kali.
Hidup kita ni penuh dengan pelbagai keajaiban yang akan membawa kepada pelbagai kebahagiaan. Kita akan jumpa semua tu bila kita start buat baik pada orang, berfikiran baik-baik, berkata yang baik-baik, sebaik mungkin yang pernah kita pernah buat sepanjang hidup kita.
Nota: Dipetik daripada laman web motivasi
No comments:
Post a Comment