Saturday, May 9, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 18

Ketika Aiman sedang termenung di kelasnya, Aiman diberitahu oleh Amar dan Faiz bahawa Ustaz Mohd Asri ingin menemuinya di bilik guru.Lantas Aiman pergi ke bilik guru untuk menemuinya.

Aiman: Kenapa ustaz nak jumpa saya?

Ustaz Mohd Asri: Bukannya apa, Cuma ustaz nak tanya sama ada kamu mempunyai masa lapang tak cuti sekolah ni?

Aiman: Hmm…rasanya ada. Kenapa ustaz?

Ustaz Mohd Asri: Kalau kamu ada kelapangan, datanglah sekolah semasa cuti sekolah nanti untuk membantu cikgu-cikgu dalam program bengkel untuk para pelajar tingkatan 3.

Aiman: Oh,begitu. Insya ALLAH saya pasti akan hadir untuk membantu cikgu-cikgu disamping boleh tolong para pelajar tingkatan 3 sama.

Ustaz Mohd Asri: Oh, baguslah. Syukron jazilan.

Aiman: ‘Afwa, ya ustaz.

Semasa Aiman baru keluar dari bilik guru, dia terdengar perbualan antara beberapa orang pelajar tingkatan 3.

Amzar: Wei..hang tau tak Abang Aiman tu gay..pelik tetapi benar.

Azwan: Betul ke? Ataupun hang nak mereka-reka cerita?

Amzar: Aku tak berbohonglah. Hang kan tau dia jadi abang angkat Asyraaf.Sebenarnya dia tu suka akan lelaki tapi buat-buat nak jadi abang angkat Asyraaf pula.

Azmer: Huh…cerita panas ni.Tak sangka pula dia tu gay.Haha…

Azwan: Kesian perempuan yang sukakan dia.

Azmer: Kenapa pula?

Azwan: Yelah..dah dia sukakan lelaki.Mestilah cinta diorang padanya takkan terbalas.Haha..

Amzar: Macam-macalah hang ni.

Aiman tersentak mendengar perbualan pelajar-pelajar tersebut lantas berjalan dengan pantas pulang ke kelasnya.Di kelasnya, sahabat-sahabat Aiman berasa aneh kerana Aiman diam tanpa bicara.

Faiz: Kenapa dengan hang ni? Ada apa-apa masalah ke?

Amar: Hmm..jawablah Aiman.Kenapa ustaz nak jumpa hang tadi?

Faiz: Hmm..kalau hang ada masalah, ceritalah pada kami.Manalah tau kami dapat membantu hang.Lagipun kami kan sahabat hang, jadi tentulah kami sentiasa mengambil berat akan diri hang.

Amar: Ya..jangan pendamkan masalah hang dalam hati tu.Nanti hang juga yang menderita sendirian.

Namun begitu, Aiman tidak berkata-kata apa-apa walaupun Faiz dan Amar berkata pelbagai perkara.

Amar: Kenapa dengan Aiman tu? Takkan ada masalah dengan adik angkat dia?

Faiz: Entahlah…manalah aku nak tau.Tapi aku tak rasa dia ada malasah dengan Asyraaf.Tengok diorang ok saja.

Amar: Itulah masalahnya..Aiman suka sangat pendamkan dan rahsiakan masalah dia daripada pengetahuan kita.

Faiz: Nak buat macam mana..dah tu yang dia suka.Rasanya aku pernah dengar dia kata dia tak mahu ceritakan masalah dia pada orang lain kerana dia tak tergamak nak membebankan dan menyusahkan orang lain.

Amar: Kenapalah dia berfikiran begitu pula? Memang nampak sangat berfikiran negatif.Jadi apa gunanya ada sahabat kalau bukan untuk membantu kita disaat diperlukan.

Cuti persekolahan pertengahan tahun pun tiba.Aiman memenuhi jemputan cikgu-cikgu agar hadir ke sekolah bagi membantu mereka dalam program bengkel untuk para pelajar tingkatan 3.

Ayah Aiman: Kenapa Aiman nak pergi sekolah hari ini?Sekarang kan cuti sekolah..

Aiman: Aiman nak pergi untuk membantu cikgu-cikgu dalam bengkel untuk pelajar tingkatan 3.

Ayah Aiman: Kenapa Aiman rajin sangat nak tolong pelajar-pelajar tu? Kan lebih baik kalau Aiman berada di rumah dan ulangkaji pelajaran.

Aiman: Ala..dah Aiman rasa nak tolong diorang.Lagipun boleh tambah pahala kalau ikhlas kerana ALLAH.

Ayah Aiman: Usahlah pentingkan orang lain sangat.

Aiman: Aiman taklah sampai mengabaikan diri sendiri.

Ketika program tersebut, Aiman dapat melihat dan mengenali para pelajar tingkatan 3 tahun ini.Guru-guru berasa gembira dengan kehadiran Aiman yang dapat membantu mereka dalam bengkel tersebut.

Teacher Amelia: Terima kasih banyak-banyak la Aiman kerana kamu sudi datang ke bengkel ni walaupun kamu bukan pelajar tingkatan 3.Teacher amat menghargai jasa baik kamu ni.

Aiman: Ala..tak ada-apa la teacher.Lagipun saya nak balas jasa teacher dan cikgu-cikgu lain yang telah mendidik dan mengajar saya selama ni.

Teacher Amelia: Beruntung sekolah ni kalau semua pelajar berfikiran dan bersikap macam kamu.

Aiman: Eh..teacher.Janganlah puji saya berlebih-lebihan pula.

Ketika Aiman ingin pulang ke rumahnya pada hari terakhir bengkel tersebut diadakan,dia telah ditakdirkan terdengar satu perbualan antara dua orang pelajar tingkatan 3.

Fuad: Wei..aku hairan la kenapa Abang Aiman tu sibuk sangat nak hadir bengkel ni sama?

Amzar: Entahlah..mana aku nak tau. Dia nak tunjuk baik la tu dan nak dapat pujian daripada cikgu-cikgu kata dia tu rajin.

Fuad: Betul juga kata hang tu.Meluat betul aku dengan dia.Eh..Abang Aiman.Abang Aiman dengar ke apa yang kami kata?

Aiman: Tak dengar pun.Kenapa?Korang mengutuk pasal ana ke?

Amzar: Tak adalah…takkan kami nak mengutuk abang pula.

Aiman: Manalah tau kalau-kalau korang mengutuk ana kan.

Fuad: Kenapa kami nak mengutuk abang pula? Abang kan baik..

Bersambung…..

1 comment:

whO I am?? said...

not bad..
papepun..truskn usaha anda..
post la lam www.penulisan2u.blogspot.com
msti byk owg bleh bgi idea tuk brkrya..
cubalah..
mungkin msa lapang nnt leh diisi dgn krya anda..
moga brjya!!!