Monday, May 11, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 19

Selepas Aiman terdengar perbualan 2 orang pelajar tingkatan 3 itu, Aiman menegur pelajar tersebut dan kemudian dia terus pulang ke rumah.Ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Aiman bermonolong dengan dirinya, “Aku ni memang dipandang jahat oleh orang lain...niat aku nak membantu dianggap kejam dan cuma nak riak.Mungkin aku tak perlu tolong orang dah baru orang takkan mengata pada aku macam tu..tapi nanti orang kata aku sombong pula”.

Begitulah monolong Aiman dengan dirinya sendiri selepas mendengar kata-kata pelajar tingkatan 3 itu.Sementara itu, Fuad datang menegur Asyraaf dan bersembang dengannya.

Fuad: Hang dengan abang angkat hang tu macam mana?

Asyraaf: Macam mana? Macam mana apa?

Fuad: Yelah..korang berdua ok ke tak ok?

Asyraaf: So far ok saja..kenapa?

Fuad: Tak ada apa-apa.Saja tanya.Cuma aku nak peringatkan hang la.

Asyraaf: Peringatkan apa?

Fuad: Hang jangan la rapat sangat dengan dia kerana nanti dia mungkin tikam hang daripada belakang.

Asyraaf: Apa maksud hang?

Fuad: Eh..buat tak faham pula dia ni.Aku kata hang janganlah rapat sangat dengan abang angkat hang tu kerana dia tu bukannya baik sangat, mungkin dia akn tikam hang daripada belakang.

Asyraaf: Hang boleh tak kalau tak memburuk-burukkan orang lain?

Fuad: Aku tak memburuk-burukkan dia, cuma aku tak mahu hang terkena tikaman dia tu.

Asyraaf: Sudahlah..malaslah aku nak cakap dengan hang.

Fuad: Marahlah pula dia ni.

Pada malam itu, Aiman bersembang dengan Faiz melalui talefon selepas agak lama tidak berbual bersama.

Faiz: Hang tau tak Adi tengah seronok ber’couple’ sekarang ni?

Aiman: Betul ke? Dengan siapa?

Faiz: Aku tak pasti…tapi kalau tak silap pelajar sekolah lain la. Hang cubalah nasihatkan dia.Nanti dia asyik bercinta sampai abaikan pelajaran pula.

Aiman: La..kenapa suruh aku pula?Kenapa hang tak nasihatkan dia saja..

Faiz: Hang kan pandai berkata-kata..so memang sesuailah kalau hang saja yang nasihatkan dia.

Aiman: Hmm..yelah tu.Tak habis-habis mengarut.

Faiz: Mengarut apa pula..betullah apa yang aku kata tu.

Aiman: Apa-apa sajalah…

Cuti persekolahan kini telah berakhir, para pelajar sudah pastinya tidak sabar-sabar untuk mengetahui keputusan peperiksaan pertengahan tahun.

Afiq: Tahniah la kerana mendapat tempat ketiga dalam kelas.Seronok la hang dapat hadiah semasa hari anugerah kecemerlangan nanti..

Aiman: Terima kasih banyak-banyak..taklah seronok mana pun.

Amar: Dan seperti yang dijangka, Encik Genius kita mestilah dapat terbaik mata pelajaran yang digeruni ramai orang iaitu matematik tambahan..

Aiman: Mengata pada aku nampak.Mentang-mentang dia dapat tempat pertama…

Amar: Mengata apanya..aku cuba salute la pada hang. Dikala ramai orang gagal untuk subjek tu, hang boleh dapat 92 markah.huh..memang dahsyat.

Aiman: Apa-apa sajalah…tapi aku dengar kata seramai 90 orang yang gagal untuk subjek matematik tambahn manakala hanya 27 orang yang lulus.

Faiz: tu dia..dahsyat juga matematik tambahan ni.Sampai seramai tu yang gagal.Kalau tak silap aku, Bahasa Arab Tinggi hanya lebih kurang 30 orang yang gagal.

Aiman: Oh, hang mesti frustrated kan kerana gagal dapat terbaik Bahasa Arab Tinggi.

Faiz: Tulah..bertahun-tahun aku berusaha nak dapat anugerah tu tapi masih gagal.

Amar: Ala..tak mengapa la.Sekurang-kurangnya hang akan dapat anugerah terbaik PMR 2007.

Faiz: Hmm..betul juga tu.

Amar: Adik angkat hang tu tak dapat apa-apa anugerah ke?

Aiman: Entah..aku pun tak tahu.Aku belum tanya dia lagi..

Amar: Aku tahu hang mesti nak dia pun dapat hadiah juga nanti kan.

Aiman: Kalau boleh macam tu la.

Amar: Kita tunggu dan lihat sajalah.

Ketika Program Study Group pada petang itu, Aiman sempat bersembang dengan Asyraaf.

Aiman: Anta ada dapat apa-apa anugerah tak pada hari anugerah kecemrlangan nanti?

Asyraaf: Kalau ikutkan ana sepatutnya dapat terbaik Bahasa Melayu tetapi entahlah..tengok-tengok orang lain yang dapat pula.Sedih juga rasanya.

Aiman: Eh…kenapa boleh jadi begitu pula?

Asyraaf: Ana pun tak tahu.

Aiman: Insya ALLAH balik rumah nanti ana cuba hubungi Ustaz Mohd Asri dan Cikgu Malik.

Asyraaf: Eh..tak payahlah hubungi diorang. Menyusahkan anta saja.

Aiman: Eh..tak menyusahkan ana la.Esok lepas baca Al-Quran kita sama-sama pergi ke bilik guru ok.

Asyraaf: Hmm..okey.

Aiman: Anta janganlah sedih ok.Insya ALLAH anta akan dapat anugerah tu.

Asyraaf: Hmm..harap-harap begitulah….

Pada malam itu, Aiman telah menghubungi Cikgu Malik dan Ustaz Mohd Asri berkenaan hal tersebut.

Aiman: Cikgu, bagaimana ada orang lain pula yang dapat anugerah terbaik Bahasa Melayu sedangkan Asyraaf yang dapat markah tertinggi?

Cikgu Malik: Maaflah…cikgu tak tahu menahu tentang siapa yang dapat anugerah tu. Cikgu cuma semak kertas peperiksaan dan serahkan markah tersebut kepada unit peperiksaan dan penilaian.

Aiman: Oh..begitu ke? Kalau macam tu, esok saya dan Asyraaf pergi jumpa cikgu ok.

Cikgu Malik: Ok.Esok kamu datang jumpa saya.

Keesokan harinya, Aiman dan Asyraaf berjalan merata sekolah untuk mencari guru-guru yang menguruskan senarai penerima anugerah semasa hari anugerah kecemerlangan nanti di samping Cikgu Malik.Dikala mereka berdua sedang sibuk dengan perkara tersebut, mereka terserempak dengan Amar dan Faiz.

Amar: Kenapa korang berdua nampak kelam kabut semacam saja?

Aiman: Kalau tak Asyraaf dapat anugerah terbaik Bahasa Melayu tetapi ada kesilapan dan dia tak dapat.

Amar: Kalau dah tak dapat tu terima sajalah..

Aiman: Dia sepatutnya dapat hak dia.

Amar:  Hang pula satu..tak payah sibuk dengan hal orang lain..

Bersambung....

No comments: