Wednesday, May 13, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 20

Selepas Aiman dan Asyraaf terserempak dengan Amar dan Faiz, mereka berdua terus pergi tatkala mendengar kata-kata Amar yang bisa menyakitkan hati sesiapa saja yang mendengarnya.Lantas mereka berdua pergi berjumpa Cikgu Malik untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Cikgu Malik: Emm..lepas cikgu semak balik senarai markah tu, memang Asyraaf la dapat markah paling tinggi.Tapi Cuma lebih satu markah daripada Wardatul Wafa.

Aiman: Alhamdulillah, jadi Asyraaf la yang akan dapat anugerah terbaik Bahasa Melayu?

Cikgu Malik: Sudah semestinya…apa pun kamu pergi confirm dengan Ustaz Mohd Asri kerana beliau yang menguruskan urusan senarai penerima anugerah.

Asyraaf: Baik, cikgu.Terima kasih banyak-banyak cikgu.

Cikgu Malik: Sama-sama.

Aiman: Jom Asyraaf, kita cari Ustaz Mohd Asri pula.

Selepas itu, mereka berdua pun berjalan ke sana sini mencari Ustaz Mohd Asri bagi mengesahkan perkara tersebut.Sementara itu, sahabat-sahabat Aiman sedang bersembang di kelas mereka.

Amar: Pelik betul la Aiman tu.bukan main bersungguh-sungguh tolong adik angkat dia tu supaya dapat anugerah nanti juga.

Faiz: Pelik apanya?Tak peliklah…mestilah dia nak Asyraaf pun dapat anugerah seperti mana dia pun dapat.

Amar: Memanglah..tapi tak perlulah sampai berjalan satu sekolah semata-mata untuk perkara tu.Nampak macam Asyraaf tu mempergunakan dia pula untuk kepentingan peribadi.

Afiq: Hmmm..hang ni la..dari dulu sampai sekarang tak habis-habis cakap benda-benda yang buruk pasal Asyraaf tu.Biarkan sajalah..lagipun ia tak ada kena mengena dengan hang pun kan.

Amar: Memanglah..tapi aku tak mahulah Aiman tu dipergunakan oleh budak tu pula.Aiman kan kawan baik aku.

Faiz: Aku faham niat hang baik..tapi janganlah sampai berprasangka buruk pula dengan Asyraaf tu.

Amar: Aku ingatkan korang nak sokong aku, rupanya korang sama saja dengan Aiman, lebih percayakan budak tu.

Afiq: Hang ni kan..jangan fikir yang bukan-bukan pula.

Amar: Whatever la…

Akhirnya Asyraaf telah disahkan akan menerima anugerah terbaik Bahasa Melayu bagi tingkatan 3 selepas dia dan Aiman bertungkus lumus mencari guru-guru yang berkenaan.

Asyraaf: Ana nak ucapkan jutaan terima kasih pada anta kerana anta banyak tolong ana. Kalau bukan kerana anta, ana takkan dapat anugerah tu.

Aiman: Ala…anta tak perlu berterima kasih pada ana.Sebaliknya anta perlu bersyukur pada ALLAH kerana DIA yang menentukan segalanya.Lagipun abang kenalah tolong adik.

Asyraaf: Hehe…Hmmm..ok.Ada orang kata pada ana bahawa kalau ana rapat dengan anta, nanti anta akan tikam ana daripada belakang.

Aiman: Oh…kalau anta rasa apa yang orang kata tu betul, ana rasa sebaiknya anta perlu anggap bahawa ana tak pernah wujud dalam hidup anta.

Asyraaf: Tak..ana tak percaya pun apa yang dia kata kerana ana yakin anta bukan seorang insan yang kejam bahkan anta memang baik sangat.

Aiman: Yelah tu baik…Anta berminat tak untuk menjadi pengawas?

Asyraaf: Hmm..ana berminat la juga.

Aiman: Kalau begitu, ana berjanji ana akan cuba sedaya agar anta akan jadi pengawas dan sekiranya gagal, ana akan letakkan jawatan sebagai pengawas.

Asyraaf: Hmm..Abang Amar mesti tak suka kalau ana jadi pengawas.

Aiman: Tak perlulah pedulikan dia.

Semasa raptai hari anugerah kecemerlangan diadakan di dewan, beberapa orang pengawas tingkatan 5 memanggil Aiman.

Aiman: Ada apa ni?

Shah: Kami nak tanya sikit boleh?

Aiman: Tanya banyak pun tak mengapa..

Shamila: Kami tengok hang dengan Asyraaf rapat semacam saja.Dulu tak pun.Ada apa-apa ke?

Aiman: Hmmm..rapat ke?

Shah: Ala..tak payah sembunyikannya pula.

Aiman: Biasa sajalah…

Shamila: Ni nak tanya lagi.Siapa yang cakap aku ada pinjam talefon bimbit Asyraaf semasa aku pergi ke pertandingan bahas dulu dan kemudian hilangkannya?

Aiman: Apa benda pula tu?

Shah: Hang tak tahu atau buat-buat tak tahu..Tapi aku dengar kata Amar yang kata.

Aiman: Entah…aku memang tak tahu menahu ok.Aku ada hal ni..

Ketika mana Aiman sedang berbual dengan pengawas tingkatan 5 itu, Faiz sedang bersembang dengan pelajar tingkatan 3 bernama Muaz.

Muaz: Abang Aiman tahu tak Asyraaf tengah ber’couple’ sekarang ni?

Faiz: Betul ke? Dia ber’couple’ dengan siapa?

Muaz: Shamila.

Faiz: Apa? Biar betul ni….

Muaz: Kalau abang rajin beritahulah Abang Aiman.Tapi jangan beritahu kata ana yang beritahu.

Selepas Aiman pergi meninggalkan beberapa orang pengawas tingkatan 5 itu, Faiz terus pergi kepadanya.

Faiz: Hang tahu tak adik angkat hang tu tengah ber’couple’ sekarang ni?

Aiman: Hang ni mengarut apa benda pula? Siapa yang beritahu hang?

Faiz: Mengarut apa bendanya..dia ber’couple’ dengan Shamila.Oh..rahsialah…..

Aiman: Apa? Mengarut kuasa sejuta….rahsialah pula.bertitahu sajalah siapa yang beritahu hang..

Faiz: Dia minta aku rahsiakannya.

Aiman: Hang boleh tolong aku tak?

Faiz: Boleh..apa?

Aiman: Tolong panggil Asyraaf kejap.Dia ada di luar dewan tu….

Selepas itu Faiz terus pergi memanggil Asyraaf yang sedang bersembang di luar dewan bersama sahabat-sahabatnya.

Faiz: Asyraaf, Abang Aiman nak jumpa anta di dalam dewan tu.

Asyraaf: Oh..okey.

Bersambung…..

No comments: