Saturday, May 30, 2009

Drama "Roda Kehidupan" - Episod 26

Sejurus selepas Aiman pergi ke bilik guru, dia pun pulang ke kelasnya.Dalam perjalanan pulang ke kelasnya, dia bertemu dengan seorang pelajar tingkatan 3 bernama Fuad.

Fuad: Abang nak tahu sesuatu tak?

Aiman: Apa benda?Kalau tak penting tak beritahu pun tak mengapa..

Fuad: Ia mungkin penting untuk pengetahuan abang.Sebenarnya Asyraaf nak jadi adik angkat abang hanya kerana dia simpati dan kesian pada abang.Dia sendiri ceritakan pada saya.Dan saban hari saya tengok dia macam nak ambil kesempatan pula ke atas abang.Saya tak mahulah abang dipermainkan dengan dia.

Aiman tersentak dengan apa yang diberitahu oleh Fuad lalu dia terus berjalan dan Fuad memanggilnya namun dia tidak menghiraukannya.

Amar: Dengar kata hang pergi berjumpa pengetua tadi.Apa halnya?

Aiman: Pasal surat tu la.Pengetua ada minta nama-nama yang terlibat tetapi aku tak berikannya.

Faiz: Kenapa hang tak berikan saja?

Aiman: Diorang kan bakal menduduki peperiksaan percubaan PMR tidak lama lagi. Jadi aku tak mahu konsentrasi mereka terganggu akibat hal ini.

Adam: Ish..hang ni la.Baik sungguh la.Diorang buat macam tu pun hang masih boleh bersabar lagi.Kalau aku dah lama aku serang diorang balik.

Aiman: Aku bukannya baik seperti yang disangka.Kadang-kadang pun aku ada melakukan kesilapan.

Amar: Aku bukannya nak kata tapi aku rasa aku perlu cakap.Aku rasa hang perlu jauhkan diri daripada Asyraaf.Sejak dia jadi adik angkat hang, banyak masalah yang timbul.Dia seolah-olah menjadi bebanan dan mengganggu pelajaran hang saja.

Aiman: Aku faham niat hang baik iaitu nak ambil berat tentang aku.Tetapi entahlah, aku rasa macam Asyraaf dah jadi penting dalam hidup aku.Dia memahami aku dan bagi aku dapat rasa bagaimana ada adik lelaki.

Amar: Kami ni tak memahami hang ke?

Aiman: Tak..bukan begitu maksud aku.

Pada malam tersebut Aiman termenung sendirian dan bertekad untuk memenuhi permintaan para pelajar 3 Abu Bakar agar tidak mengganggu hidup pelajar tingkatan 3 selepas ini. Dia juga telah menetapkan di dalam hatinya untuk menumpukan perhatian terhadap pelajarannya di samping peperiksaan SPM yang bakal didudukinya pada tahun hadapan.

Aiman juga membuat keputusan untuk menjauhkan diri daripada Asyraaf untuk kebaikan Asyraaf dan langkah yang terbaik daripada membahayakan keselamatan Asyraaf.Dia terfikir-fikir sama ada apa yang dikatakan oleh Fuad kepadanya benar ataupun tidak.

Aiman: Aku rasa macam tak percaya bahawa Asyraaf cuma nak jadi adik angkat aku kerana dia kesian dan simpati kepada aku yang inginkan mempunyai adik lelaki.

Faiz: Betul ke? Kesiannya hang…

Aiman: Aku bukannya nak simpati orang kepada aku.

Faiz: Tak sangka dia macam tu.Mungkin dia juga nak ambil kesempatan ke atas hang.

Aiman: Kenapa hang cakap begitu?

Faiz: Yelah..dia tahu hang sanggup buat apa saja untuk dia sebagai abang angkat dia.

Aiman: Aku tak tahulah nak cakap apa..tapi aku dah anggap dia macam adik kandung aku sendiri tetapi dia buat begini pula pada aku.

Faiz: Hmm..lebih baik la hang jauhkan diri daripada dia.Dia tak memberikan apa-apa pun pada hang melainkan cuma mendatangkan masalah pada hang.

Aiman: Memang aku terfikir-fikir nak buat begitu pun.

Afiq: Ha..baguslah tu…



Sejak itu maka Aiman pun menjauhkan diri daripada Asyraaf.Asyraaf pelik dengan tindakan Aiman itu namun dia terima dengan tindakan Aiman itu.Peperiksaan Percubaan PMR pun tiba dan Asyraaf mendapat keputusan 5A bagi peperiksaan tersebut.

Asyraaf: Aku pelik kenapa cikgu-cikgu tunding jari pada aku pasal kes surat layang pada Abang Aiman tu?Sedangkan aku langsung tak terlibat.

Arif: Sabar jelah…nak buat macam mana.Tapi sejak hang rapat dengan Abang Aiman banyak masalah yang timbul.

Asyraaf: Betul juga tu..sampai aku pun tertekan.

Sementara itu Aiman bersembang dengan Amar di kelas mereka.

Amar: Hang tau ke bekas adik angkat hang tu dapat berapa A trial PMR?

Aiman: Hmmm..dia dapat 5A.

Amar: Huh..ambil berat juga nampak pasal dia.

Adam: Ingatkan sejak jauhkan diri daripada dia dah tak pedulikan dia.

Aiman: Dah rasa nak ambil tau nak buat macam mana.

Faiz: Dah sayang akan dia tentulah ambil berat.

Amar: Sayang? Fuh…hebat istilah yang digunakan.Haha….

Masa berlalu begitu pantas sekali dan peperiksaan pertengahan penggal 2 pun tiba. Lima hari peperiksaan berlalu begitu sahaja ibarat kilat yang memancar.

Afiq: Bagaimana dengan peperiksaan?

Aiman: Hmm..Entahlah. Nak kata ok pun tak ok juga.‘Moderate’ lah yang aku boleh kata.

Adam: Oh..tetapi hang mesti dapat 1A kan untuk Matematik Tambahan.

Aiman: Insya ALLAH mudah-mudahan. Kuasa ALLAH dapat mengubah segalanya. Kita tidak boleh terlalu yakin dalam sesuatu perkara nanti kita akan mudah kecewa apabila yang berlaku adalah sebaliknya.

Selepas berakhirnya peperiksaan, cuti persekolahan pertengahan penggal pun bermula. Tiba-tiba Aiman menerima panggilan daripada Ustaz Azwan.

Ustaz Azwan: Assalamu’alaikum, Aiman. Ustaz nak tanya kamu ni. Kamu ‘free’ tak hari ini?

Aiman:Wa’alaikumussalam. Hmm.. Entahlah. ‘free’ la juga. Mengapa, ustaz?

Usatz Azwan: Begini, kamu nak tak sertai bengkel para pelajar tingkatan 3 seperti yang pernah diadakan pada bulan Mei dulu?

Aiman: Hmm.. Bukannya saya tidak mahu menolong cikgu-cikgu dengan menyertai bengkel tersebut tetapi uztaz faham-faham sajalah apa yang telah berlaku antara dengan diorang. Saua tidak mahu kehadiran saya nanti tidak akan menyenangkan hati diorang. Tetapi saya nak minta tolong ustaz sikit boleh tak? Saya nak minta tolong ustaz berikan kertas soalan peperiksaan percubaan PMR kepada Asyraaf Fauzan, pelajar tingkatan 3 Ali.

Ustaz Azwan: Boleh, tiada masalah. Kejap lagi ustaz singgah di rumah kamu ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Aiman: Terima kasih banyak-banyak ustaz. Maaflah kerana menyusahkan ustaz pula.

Ustaz Azwan: Sama-sama..

Bersambung……







No comments: