Friday, November 14, 2014

Defending hadith as authority - Part 1

Secara umumnya, hadith merupakan penerangan atau penjelasan; dan sistem perundangan tambahan kepada al-Quran.

Namun, dewasa ini, terdapat banyak pihak yang bangkit mempersoalkan kedudukan hadith Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam yang menjadi pegangan utama umat Islam selepas al-Qur’an, baik dari golongan mubaligh Kristian, atheist, syiah malah dari segelintir Muslim yang menolak hadith yang sering digelar Quranist.

Sebahagian umat Islam yang membaca atau mendengar kata-kata dan hujah mereka kadangkala terpengaruh dan seakan menerimanya, dek kekurangan atau kosong tentang ilmu hadith yang sangat hebat lagi unik ini. Maka, kita sebagai pendakwah mempunyai peranan yang besar dan penting untuk mendidik masyarakat Muslim ke arah memahami agama dengan lebih mendalam, khususnya mengenai hadith dan sunnah nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam.

Hanya menunding jari ke arah golongan yang menyerang dan mengkritik Islam tidak akan menyelesaikan masalah, malah ia menampakkan lagi kelemahan kita dalam merealisasikan misi dakwah yang bersifat rahmat ke seluruh alam.

Friday, November 30, 2012

Ummah Centric vs Jemaah Centric

*Artikel lama, lebih kurang 6 tahun lalu oleh Dr Maszlee Malik, Pensyarah UIAM. Bagiku, amat baik untuk dibaca bagi yang belum pernah baca.

Ketika saya pernah ditanyakan oleh salah seorang siswa, "Ustaz ni jemaah JIM ke?". Saya segera membalas, "Tidak, saya ahli jemaah Muslimin". Dia bertanya, "Jemaah baru ke tu?". Saya katakan kepadanya, "Tidak, ia telah wujud semenjak zaman Rasulullah S.A.W lagi".

Beliau tidak berpuas hati, "Itu saya tahu, tapi kan ustaz ahli JIM". Saya membalas sambil tersenyum, "Ya, saya ahli JIM, ahli Darul Fitrah, ahli Persatuan Ulama Malaysia, ahli Muslim Profesional Forum, ahli Pertubuhan al-Nidaa, rakan kepada ABIM, Ricoi, Hunafa, Accin, US, PAS, keADILan, UMNO dan macam-macam lagi "jemaah".

Tuesday, November 27, 2012

Arghh.. What’s going on in my life?

533079_3178689030475_181965962_n

Hmm.. Semua orang tak dapat lari daripada hadapi masalah dan suka duka kehidupan di dunia yang sementara ini. Yang membezakan kita ialah, “Apa persepsi kita terhadap apa yang berlaku?” dan “Bagaimana kita respon terhadapnya?”. Ye tak?

Ungkapan “nikmat derita” mungkin agak asing bagi sebahagian orang. Mungkin… Namun, bagi mereka yang pernah melalui penderitaan, mereka pasti mengiyakannya. Eh.. Derita itu satu nikmat?

Dengan penderitaan yang kita rasai, ia sebenarnya melunakkan jiwa kita agar kembali kepada Allah ‘Azza Wa Jalla, yang mana Dialah satu-satunya tempat bergantung harap, selain ia merendahkan rasa sombong dan takabbur dalam diri ini.

Thursday, November 22, 2012

Diari Seorang Hamba…

tawadhu

Walau insan itu senyum saban hari,
Kadangkala bergelak ketawa,
Ia bukanlah pengukur hakiki,
Akan kebahagiaan atau penderitaannya.

Ada banyak perkara mungkin kita tak tahu,
Coretannya nampak semuanya baik sahaja,
Tangisannya pada malam hari tak siapa tahu,
Kepada Allah jualah tempat bergantung harap.

Kita berusaha keras bagi kepuasan hati insan,
Tapi kadangkala kita leka akan menggapai keredhaan-Nya,
Sehingga keliru tentang keutamaan,
Kesannya hidup menjadi kucar kacir.

Duhai insan yang selalu lupa,
Sahabat karib kita juga ada masalah,
Mereka mungkin hanya mampu mendengar luahan kita,
Tapi Allah jualah yang Maha berkuasa,
Memberi dan memhilangkan rasa bahagia dan derita dalam jiwa insan.

Friday, November 16, 2012

Impian Hidup Berteraskan Akhirat…

Semua orang ada impian, sama ada sikit atau banyak, kecil atau besar. Ada yang mahu mengubah dunia! MasyaAllah..tingginya! Ada yang nak berjaya di dunia dan di akhirat. Ayat standard. Heheh..

Namun, ramai yang seringkali 'terlupa' akan segala impian mereka itu, dek 'kesibukan' dalam pelbagai urusan hidup yang membuatkan fikiran kadangkala berserabut, kerana semua itu hanya dibayangkan dan terletak dalam fikiran.

Thursday, November 8, 2012

Isu Kenyataan YB Izzah: Ulasan Peribadi

Setelah menonton video ucapan  YB Nurul Izzah Anwar tempoh hari berkenaan dakwaan beliau "menyokong gejala murtad"(cuba fahamkan sebaik mungkin sebab ia dalam English), aku berasa agak tertarik untuk sedikit mengulas berkenaan hal ini.

Pertama, pada pandangan peribadi, kenyataan beliau itu ada benarnya dari sudut makna, tetapi salah dari sudut waqi'(salah tempat dan konteks budaya di Malaysia).

Theoretically, kita percaya memang Islam tidak terikat pada mana-mana kaum. Maka, dari sudut teori ini, kalau ada orang Melayu yang bukan beragama Islam sejak lahir, maka mereka tidak boleh dipaksa untuk masuk Islam.

Sunday, November 4, 2012

Hakikat Insan dan Pujian…

Artikel ini ditulis dan dikongsikan hasil daripada apa yang berlaku sejak sekian lama ‘terpendam’ lama untuk ku coretkan. Pujian: satu topik yang dikira sangat menarik untuk dibahaskan, kan?

Secara peribadi, aku tidak pernah rasa nak marah orang yang ‘ikhlas’ memujiku. Namun, jikalau ‘ikhlas’ sekalipun, pujian itu hendaklah bersikap sederhana, jika tidak memuji pun tidak mengapa, cukup dengan ucapan terima kasih dan apa-apa yang sesuai untuk diungkapkan.

Pujian yang berlebihan itu bisa merosakkan jiwa. Secara jujurnya, ‘gerombolan’ pujian-pujian yang kadang-kadang ‘menghantui’ diriku dan buatkan aku terkadang terasa dilema itu benar-benar mengganggu ketenangan jiwaku.

Sunday, October 28, 2012

Oh, No! I’m about to be leaving Perlis…

Allah.. Cepat sangat rasanya masa berlalu. Terasa sangatlah singkat tempoh berada di Perlis ni. Pejam celik..pejam celik..dah 10 hari? Subhanallah.. Maha Suci Allah yang menciptakan makhluk bernama ‘masa’ dengan begitu hebat sekali.

Ada orang rasa 10 hari macam sebulan, ada yang rasa macam 5 hari, ada yang rasa macam sehari. Semua tak lain tak bukan, ia bersangkut paut dengan soal keberkatan masa.

Okay.. Enough.. That’s all for the introduction. Let’s straight to the point. He he..

Saturday, October 27, 2012

Cersapen: Di Mana Silapnya?

Sedang tekun membaca buku “Sebelum Aku Bernikah”, Akmal menerima panggilan daripada sahabatnya, ‘Aisyah.

“Assalamu’alaikum.. Kalau kita mesej saja boleh tak?”, kata Akmal.
“Wa’alaikumussalam.. Oh, ok2”, balas Aisyah.

Beberapa minit kemudian, dia menerima SMS daripada Aisyah yang berbunyi:

Pasal hajat awak tu kan, saya dah cuba tanya dia secara berlapik. Alhamdulillah, dia positif. Bahkan, dia terkejut sebabnya dia baru ingat nak minta tolong saya tanyakan benda yang sama pada awak. Subhanallah! Indahnya aturannya, indahnya cinta!”

Tuesday, October 23, 2012

Belajar Kerana Allah?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxVlzQJnGHHHEBirVilhDouwknzlSBejFE0AeJrXZ04d_ddOf3uw5VWFeKZJpgxNTjWHoLaAstmEcoBN9tKjXgE1a5NDMrGvv-5GBd9s6VRVRn8uwF53xnFW1HlYQO3NCs8ktYuy0KB8im/s1600/belajarkeranaALLAH.jpg

Antara persoalan yang seringkali bermain dalam fikiran sebahagian para penuntut ilmu ialah, “Apakah tujuan aku menuntut ilmu? Katanya niat dan tujuan kena ikhas, belajar kerana Allah".  Namun, ramai juga yang hanya ‘pandai’ menyebut ungkapan “Belajar kerana Allah” tanpa memahami maksud dan konsep yang sebenarnya.

Ayat standard yang mungkin biasa dengar: “Kita menuntut ilmu adalah untuk dipratikkan dan dimanfaatkan dalam kehidupan kita di dunia yg sementara ini, bagi menggapai redha Allah Ta'ala